Wednesday 23 September 2015

Kenapa Azmin Kata Pakatan Harapan Tiada Kaitan Dengan Selangor?



Semasa minum semalam ada sahabat bertanya, "Nordin kenapa Azmin kata PAKATAN HARAPAN tiada kaitan dengan Selangor?" Saya menjawab kalau Azmin kata "PAKATAN RAKYAT" sebelum ini tiada kaitan dengan Selangor pun betul.

Wah menarik perbincangan kali ini, kata sahabat saya.

Saya dah lama anggap bahawa kerajaan Selangor bukan kerajaan PAKATAN RAKYAT. Itu adalah kerajaan Azmin Ali dengan sokongan Adun PAS dan UMNO. Sama dengan sebelumnya kerajaan TS Khalid Ibrahim dengan sokongan adun PAS dan UMNO.

Kita kena faham politik pembentukan kerajaan dan dasar Malaysia terhadap posisi adun dan parti barulah kita boleh memahami pembentukkan kerajaan. Dasar ini menyebabkan "YB Katak" boleh hidup di Malaysia.

Sebelum saya menerangkan lebih detail kita kena faham dan sedar bahawa PKR memang nakkan Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor. PKR memperjudi Pakatan Rakyat atas kehendak ini. Apabila Anwar tak boleh jadi MB, PKR terpaksa mempertahankan bermati-mati Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Atas perkara ini, PKR sanggup curi 2 Adun PAS dengan janji-janji yang mungkin sudah tak releven lagi walaupun dia orang tahu risiko sangat tinggi sebab PAS ada komitmen bai'ah kepada parti dan ini menjejaskan hubungan PKR dengan PAS.

Saya tak hairan kalau Presiden mengatakan ini adalah pengkhianat dan barua. Memang itu selayaknya bagi mereka yang merobek sumpah janji setia kepada perjuangan yang didokong.

PAS dipanggil oleh Sultan Selangor dalam krisis ini dan ditawarkan sebagai MB untuk jalan penyelesaian, tapi Presiden PAS berpegang pada prinsip. Oleh kerana sultan tidak mahu Wan Azizah menjadi MB dan ini disampaikan oleh Presiden PAS kepada Anwar Ibrahim dan PKR. Tapi malangnya Anwar berkeras untuk nak Wan Azizah menjadi  MB dan sanggup untuk membelakangi sultan dalam isu ini. Perlembagaan dikaji untuk mencari celah bagaimanan kuasa sultan boleh disingkirkan.

Saya tak kisah itu sikap Anwar. Tapi malangnya ada pimpinan PAS yang "sekepala" dalam hal ini sanggup membelakangi parti sendiri yang boleh kita kenali sebagai PASMA/GHB.

PAS kemuka nama MB semuanya adalah PKR walaupun sultan berharap PAS mengemukan tokohnya. Tapi media dengan sokongan pimpinan dalam PAS memainkan isu kononnya PAS (Presiden) kemukakan 3 nama daripada PAS bertujuan untuk menyerang peribadi Presiden PAS. Allah Maha Kaya, manusia yang manipulasi isu dan keadaan ini akhirnya tercicir. Rasanya tak perlu saya sebut namanya satu persatu anda mungkin dah boleh mengganggapnya.

Isu menjadi makin rumit apabila 5 daripada 30 (termasuk 2 barua PAS, 13 PKR dan 15 DAP) surat akuan sumpah menyokong Wan Azizah pada 11 September ditarik balik atas isu paksaan. Mereka ialah Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda), Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) dan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing).

SD Xavier

Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas)

SD Ng Sze Han
Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Ng Sze Han (DAP-Kinrara)

SD Shuhaimi
Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda) 

SD Rajiv
Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing)

SD Amir
Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Amirudin Shari (PKR-Batu Caves)

Semua orang sedar dan tahu Azmin menyatakan sokongan kepada Wan Azizah dan PKR mengeluarkan kenyataan bahawa partinya memberikan sokongan sebulat suara kepada Wan Azizah. PAS lah jadi mangsa atas krisis dalam PKR ini sedangkan penyokong Azmin masih mengharapkan Azmin menjadi MB dan juga Presiden PKR.

Wan Azizah tak boleh bawa surat akuan sumpah kehadapan sultan kerana sokonganya kini tinggal 25 (termasuk Azmin). [25 daripada 56]

Sultan Selangor dengan nasihat yang baik mengurus isu ini dengan amat teliti bagi saya. 3 orang dipanggil mengadap termasuk Iskandar Abu Samad daripada PAS, selain Wan Azizah dan Azmin.

Ini menjadi isu kepada mereka yang ingin merobek PAS dengan fitnah kononnya PAS nak MB Selangor. Walaupun berkali-kali dinafikan oleh Presiden PAS tapi fitnah masih berjalan terus macam isu UG dengan UMNO. Sampai sekarang pun UG tak timbul sehingga ada poster seperti di bawah.. tapi malangnya mereka yang suka buat fitnah akan ratib UG UG UG sehingga hati mereka puas dan fitnah ini terlubuk dihati semua rakyat.



Bila Sultan tanya PAS, PAS dengan 13 Adun sokong Azmin selain Wan Azizah yang tak disetujui oleh sultan. UMNO pula dengan 12 Adun sokong Azmin. Azmin pula bila jumpa Sultan setuju dengan 5 lagi sokongan yang tarik surat akuan sumpah terhadap Wan Azizah. Jadi jumlah keseluruhan yang menyokong Azmin ialah 31 Adun tak termasuk seorang lagi BEBAS, TS Khalid Ibrahim yang tak beri sokongan kepada Azmi.

PAKATAN RAKYAT hanya ada 24 Adun sahaja. Anwar pening kepala. Sultan umum Azmin Ali adalah MB Selangor yang baru ganti Tan Sri Khalid Ibrahim. Siapa kata Azmin adalah MB Selangor PAKATAN RAKYAT? Ini semua kerja bodoh menipu rakyat aje!!

Bagi nak cover hal ini, pendamaian antara Azmin dan Wan Azizah dilakukan. Pendamaian ini bukan sahaja atas isu MB Selangor tapi kalau kita 'korek' ada isu lain yang lebih tragedis. Tak baik untuk dipanjangkan. Manusia kadang kala pelik. Kita pun tak tahu macam mana dia boleh terhiris hati.

Suka saya ambil contoh bagaimana Ezam Mohd Noor keluar parti atas isu Anwar terhimpit pintu lift semasa di luar negara urusannya. Anwar hanya sebut kalau Azmin taklah terhimpit. Biasannya 2 orang sahaja yang urus Anwar di luar negara kalau tak Ezam, Azmin.


Bagi orang biasa melihat Kak Wan hadiahkan Azmin sebiji kek atas perlantikan dia menjadi MB Selangor. Tapi bagi yang mengetahui banyak perkara itu bukanlah sebiji kek biasa.... banyak maknanya.

PKR ubah struktur organisasi dengan melantik Rafizi sebagai setiausahanya untuk mengekang Azmin.

Saya rasa cukuplah di sini tak perlu panjangkan lagi.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

2 comments:

  1. Satu pendedahan yang perlu kita halusi agar PAS tidak terperangkap seperti kawan-kawan kita G18

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt, suka saya disini utk mengulas sedikit berkenaan sokongan tan sri khalid ibrahim yg menyatakan sokongan kepada Pas, bagi saya cukup lah sekadar Pas menganggap khalid sebagai rakan dalam pas sahaja, ini kerana saya taknk lihat pas akan dijadikan batu api ataupun dihuru harakan lagi oleh individu² yg ingin mengambil kesempatan sahaja, khalid ibrahim memang seorang pemimpin yg boleh dikagumi corak urus tadbirnya tetapi bagi saya, beliau masih belum lagi menerima corak dan prinsip asas perjuangan Pas 100%, seperti sebelum ini kita lihat bagaimana khalid dan parti pkr menjadi kalut akibat tindakan khalid yg mentadbir dengan memikirkan kepentingan rakyat dari kepentingan parti, kerana parti pkr dan pas sgt berbeza sebab parti pas adalah parti islam yg meletakkan corak pemerintahan islam sebagai keutamaan dlm perjuangannya, ini termasuk ingin melaksanakan hudud secara berperingkat serta prinsip dan asas perjuangan menegakkan syariat islam, boleh kah khalid terima dengan itu semua? apa pun saya harapkan semoga khalid ikhlas dan jujur dlm menyokong parti pas . wallahualam...

    ReplyDelete