Monday 7 September 2015

Isu Bai'ah: Kenapa Hanipa Maidin Membiar Dr Hatta?



Saya terbaca artikel Hanipa Maidin yang bertajuk "Isu Baiah: Apa niat presiden PAS sebenarnya?". Saya rasa perlu saya memberikan sedikit komen terhadap artikel bekas peguam PAS ini.

Hanipa Maidin ada menulis;
Pertamanya, beliau menukilkan pendapat ketua hakim Mahkamah Syariah Kelantan yang mengatakan jatuhnya talak 3 kesan daripada baiah tersebut dan berkemungkinan Mahkamah Syariah Kelantan akan "'ligan"(kejar ) Dr Hatta untuk dibawa ke Mahkamah Syariah Kelantan.

Walaupun presiden PAS tidak secara jelas menyatakan sokongan atas apa yang dikatakan oleh ketua hakim tersebut, namun sikap Hadi yang tidak sama sekali mengkritik tindakan seorang hakim yang mendahului menjatuhkan hukum sebelum pihak yang dihukum itu dibawa ke mahkamah menimbulkan persoalan adakah presiden PAS merestui kaedah dan bentuk keadilan sebegitu?
Saya ingin bertanya Hanipa Maidin dalam isu bai'ah dan talaq 3 isteri calon-calon PAS ini mana yang lebih mengetahui isu dan keadaan sebenar antara Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelatan dan Presiden PAS?

Kenapa seorang peguam tak boleh faham bahawa bai'ah dalam parti yang pernah dia dokong dulunya dibuat atas dasar perjuangan Islam. Seteruk-teruk Khalid Samad dia juga akur tentang bai'ah dan ada menulis (rujuk di sini) bahawa bai'ah tu macam tentera Tariq Ibn Ziyad. Khalid Samad berkata;
Ada juga yang berkata bahawa tindakan seperti ini menzalimi isteri. Namun ia hanya menjadi zalim sekiranya calon itu khianat dan berpaling tadah! Sekiranya calon tersebut istiqomah di dalam perjuangan, tiada kezaliman yang berlaku. Manusia yang sanggup melompat dan dengan itu menzalimi bukan sahaja partinya dan rakyat yang telah menyerahkan amanah kepadanya, tetapi sekaligus isteri kesayangnya melalui talak tiga ini, manusia sebegini sememangnya layak dilaknat Allah, para Malaikat dan seluruh yang melaknat.
Saya hairan dengan Hanipa ini, hari-hari duduk bersama Khalid Samad dalam satu pentas menjajah Malaysia untuk berkempen parti baru takkan tak boleh tanya Khalid Samad sehingga bodoh begitu dalam mengulas hal ini.

Hanipa Maidin menulis lagi;

Keduanya, presiden PAS juga nampaknya bersetuju di sana wujudnya jalan keluar bagi mengelakkan kesan baiah yang keras itu iaitu dengan pihak PAS boleh membuat keputusan memecat Dr Hatta sekali gus kesan baiah tersebut tidak lagi wujud dan terpakai.

Sudah tentu ini kaedah terbaik yang PAS patut lakukan demi menyelamatkan satu rumah tangga yang dibina sekian lama, dengan andaian baiah itu sendiri bukan baiah yang laghah......

......Keengganan PAS atau presidennya menawarkan formula jalan keluar itu dengan memecat Dr Hatta mengundang spekulasi liar bahawa dendam menjadi asas kepada keengganan parti Islam tersebut.

Di manakah Islam sebagai Rahmat yang PAS selalu canangkan selama ini?
Saya tak tahu kenapa Hanipa Maidin hanya nampak jalan keluar ialah PAS kena pecat mereka? Apakah dengan PAS pecat mereka mereka boleh jaja seluruh negara bahawa PAS mengzalimi mereka dan mereka tidak akan melepas jawatan MP dan Adun yang dimenangi?

Wooi peguam tahukan anda bahawa semasa anda dan rakan-rakan anda hendak menjadi calon kepada parti PAS anda telah berjanji akan setia kepada PAS dan jika anda belot atau dipecat anda akan mengosongkan jawatan agar tempat anda boleh diadakan pilihanraya semula.

Peguam, awak tahu ke janji?? Busuk-busuk UMNO pun kadang kala dia pegang janji sesama mereka (walaupun tak pada rakyat) contohnya Ahmad Said melepaskan jawatan MB Terengganu walaupun merajuk dan menggugut.

Kenapa nak minta Presiden pecat? Kenapa cuba persalahkan Presiden PAS? Dimana peranan disebelah anda pula sedangkan anda yang mencetus keadaan ini?

Kenapa tak boleh letak jawatan sebab itu bukan hak mutlak anda. Lepas jawatan Dr Hatta selamat daripada laknat Allah dan keluarganya pun selamat daripada talaq 3.

Kalau anda rasa anda betul, parti baru anda hebat mendapat sokongan bertandinglah pada kerusi yang dikosongkan itu.Buktikan bahawa anda dan parti anda hebat, PAS sudah tidak releven lagi.

Sorrylah sekarang i lihat u makin stupid...


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

5 comments:

  1. Alhamdulillah tuan nordin..saya amat setuju dengan artikel anda.. saya menyokong tulisan dan perjuangan anda. Saya doakan anda supaya mendapat kekuatan menentang para-para munafiq GHB.

    ReplyDelete
  2. kita marah sebab ulamak restu cai undi, tak patuh pada cai undi kata tak hormat ulamak pulak..

    kalau ketua ketua tak suka cakap terus terang..ni dak suruh perwakilan yg tendang melalui cai undi...adil ke? berakhlak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear orgutan....tlg siasat dgn ikhlas dan amanah...ghb x pakai cai ke? Pastu sblm pemilihan pas tu hari...byk blogger2 pro ghb terang2an letak muka2 yg mereka kehendaki pemilih2 undi nnt...so...diamla...sbb makin buka mulut...makin pakcik yg nmpk x amanah...sia2 je

      Delete
    2. yg memilih tu bukan bodoh dan tak tau baik buruk caloh...ingat dia org tu semua kayu ke? dah kalah sudah lah terima je hakikat org tak suka....

      Delete
  3. Loser cangkul ni memang pelik. Almaklum LOSER waktu pemilihan buat wadah baru dan baru pikir alasan

    Loooooser GHB Cangkul.Looooser

    ReplyDelete