Monday 7 September 2015

Ahmad Awang: Bai'ah Lagho dan Paksaan Bila Saya Tak Jadi Pesuruhjaya PAS?


Ahmad berkata, dari segi hukum, beliau berpegang kepada kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor yang mengatakan bahawa bai'ah talak tiga dibuat secara taklik.

Namun dakwanya, taklik yang dipegang oleh partinya adalah dipaksa, justeru bai'ah taklik dengan sumpah paksa, dianggap sebagai 'lagho'.

"Maka, untuk membatalkan sumpah 'lagho' itu, kafarah (penutup kesalahannya) ialah bagi makan 10 orang fakir miskin, selesailah," katanya ketika berucap dalam majlis jamuan Aidilfitri yang diadakan di sebuah kediaman penduduk Kampung Baru Kamunting di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pandangan kedua pula diambil mengikut hujah peguam sivil dan syarie, Mohamed Hanipa Maidin apabila mengatakan bai'ah dalam kalangan wakil rakyat Pas telah gugur ekoran pakatan pembangkang kini telah 'mati' apabila parti itu memutuskan hubungannya dengan DAP.

Ahmad mendakwa, hujah Mohamed Hanipa itu sememangnya kuat kerana beliau sering memenangi kes di mahkamah melibatkan bekas Timbalan Pre-siden Pas, Mohamad Sabu, malah bai'ah berkenaan dilakukan ketika calon-calon mereka masih berada dalam pakatan pembangkang.

Dulu semasa Ahmad Awang ini menjadi Pesuruhjaya PAS dialah yang minta semua calon PAS berbai'ah dan dia tiru bulat-bulat Kelantan. Tapi bila kalah lawan Hadi dalam pemilihan Presiden dia buat u-turn.


Sebagai bukti saya ambil petikan blog al-Husseyn antara ta'asud GHB no. 1. Al Husseyn dalam artikel "Majlis Bai'ah dan Penyampaian Watikah Calun PAS Perak". telah menyebut bagaimana bai'ah macam Kelantan diamalkan di Perak. Tak tahu selepas ini Cikgu Hussin akan delete enteri ini.

Antara yang ditulis oleh al Husseyn ialah;
Sebelum penyampaian watikah dilakukan, Ustaz Ahmad Awang telah menjelaskan beberapa perkara tentang lafaz ‘bai’ah’ yang perlu dilakukan oleh semua calun pada majlis itu.

Menurut Ust Ahmad Awang, lafaz bai’ah tersebut sama seperti mana yang digunakan di Kelantan ; dimana tiada seorang pun yang berani ‘melompat’ walaupun ditawarkan RM5 juta oleh pihak lawan.
Apakah bai'ah ini tidak paksaan dan lagho semasa Ahmad Awang menjadi Pesuruhjaya PAS dan Bai'ah terus menjadi lagho bila dia kalah dalam pemilihan berhasrat nak keluar PAS tubuh parti baru?

Manusia apabila agama sudah menjadi tunggangan dan tujuan kedunian melebihi kepercayaan akidah ini akibatnya.

Kita masih sayang 'orang tua ini'. Kita sangat berharap dan mendoakan agar dia menyedari kesilapannya dan kembali kepada jalan yang benar.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

10 comments:

  1. lepas ni semua cerai taklik senang2 boleh pusing....mana2 suami yg nak seksa bini...senang2 ckp...saya dipaksa oleh tok kadi tuk lafaz cerai taklik lepas akad nikah...kejer gila mereka ni mempersendakan baiah dan cerai taklik...

    ReplyDelete
  2. Masaalah dimana nilai ilmu kamu wahai sahibul samahah wal fadillah wal ustaz alalimah ustaz Ahmad bin Awang fullstop wahai GHB inikah ulamak yang kamu harapkan.

    ReplyDelete
  3. Tolak hudud ada dalil
    Langgar baiah ada dalil
    Selfie.dgn amoi ada dalil

    Lepas ni apa dalil lagi...

    ReplyDelete
  4. restu untuk guna cai undi pun ada dalil.
    setandan kelapa tak kan jatuh dgn sendiri kecuali dicantas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari Join Parti Cangkul Tonjak Tayar Traktor

      Tak apa walaupun ku sebagai Al Cangkuli sejagat sedut exhaust rocket tapi untuk Abuya Bukit Penang, kira okey tu. Progressive, bukan macam PAS...... balik2 tahlil

      Undilah kami Al-ARCANGKULI. Kami dah top rate semangat Tahyul Say-yes-sir (PAS pakai Tahaluf Siyasi)

      Wirid kami UG CAI, UG CAI, HALAU, HALAU

      Mahaguru Kami Abuya Bukit Penang

      Matlamat kami Progressive, Inclusive, Locomotive, Primitive dan Pahemmmmmm

      Delete
    2. Mana bukti restu utk cai? Dah puak2 GHB ni mmg berhati busuk, kesana sini duk kutuk hudud, presiden dan MSU. kami ahli pas dah lama meluat dgn kerenah geng so call progresif ni. Yg mereka tahu hanya menjilat lim 2 beranak - dasar manusia gila kuasa

      Delete
  5. Tanya sikit Bro Nordin.

    Kalau Baiah puak2 ni langgar dengan bayar kafarah. Bayangkan menifesto politik Cap Cangkul Tayar Traktor

    Kalau depa menang, mesti depa kata............... Tak per aku blanja golongan Asnaf makan nasi arab lauk kambing dgn Ayam masak merah. Baik punya.... gang aku kat Shah Alam ada bikin.

    Adoooooiiiiii Baiah pun dioarang langgar. Janji lagi la..... Sungai Way Brader

    Sori tulisan diatas menggunakan bahasa pasar untuk memudahkan kefahaman

    Tolong komen Brader Nordin.

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Rupanya tak susah nak jadi munafiq ....

    ReplyDelete
  7. GHB bukan ikut Anwar Ibrahim tapi ikut Anwar Sadat yg berkawan dgn yahudi

    Di Malaysia Yahudi adalah persatuan cap rocke

    ReplyDelete
  8. kesian dia ni, jgn mati dlm kekufuran sudah...

    ReplyDelete