Thursday 17 September 2015

Ahli Baharu Parti AMANAH 30,018 orang, Kenapa Berbohong?


Semasa Pelancaran Perdana Parti Amanah Negara, setiausaha parti berkenaan, Anuar Tahir berkata parti yang baharu berusia 16 hari ini kini berjaya menarik lebih 30,000 ahli. Katanya lagi, Amanah yang sudah mempunyai 105 cawangan menyasarkan 100,000 ahli sehingga hujung tahun ini.

"Setakat semakan semalam, 30,018 ahli baharu. Atas arahan presiden kita menyasarkan 100,000 ahli pada 31 Disember ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah.

Memang kalau sekali dengar kita akan teruja dan tertarik. Apatah lagi yang bercakap berapi-api dengan semangat yang berkobor. Mahu pula semasa pelancaran yang yang gilang gemilang dihadiri pula hampir 3000 peserta.

Sebelum ini Anuar Tahir yang sama bercakap pada pemberita;
KUALA LUMPUR - Sambutan luar biasa diterima Parti Pekerja Malaysia apabila 35,000 borang keahlian yang dicetak habis dalam masa tiga hari selepas parti itu dilancarkan semula.


Setiausahanya, Anuar Tahir berkata, ketika ini mereka sedang melakukan cetakan borang baru untuk diedar ke beberapa negeri lagi termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Sambutan luar biasa, kami juga terkejut kerana baru sahaja pelancaran rasmi dibuat sudah ramai yang berminat.

"Kita dalam proses mencetak borang keahlian baru dan dijangka dalam tempoh sebulan ini kita boleh capai 50,000 keahlian," katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya adakah 35,000 borang itu sudah diisi dan diserahkan semula kepada pihak parti.

Beliau berkata, sebahagian besarnya sudah dikembalikan kepada parti bagaimana masih belum mendapat angka rasmi.
Menurut Anuar, pada 16 September depan Parti Pekerja Malaysia akan bertukar nama kepada Parti Amanah Negara. (sila rujuk di sini)
35, 000 borang belum sampai tapi ahli sudah capai 30, 018 orang.

Mengikut kenyataan awal negeri paling ramai ialah Kelantan 7000 ahli diikuti Johor 5000 ahli dan Selangor 4000 ahli. Manakala Kedah tempat keempat 2000 ahli. Neger lain tidak dinyatakan secara rasmi.

Tapi sebelum ini diwar-warkan kononnya Terengganu paling ramai penyokong PASMA hanya mampu menyerahkan borong 129 ahli sahaja semasa perlancaran AMANAH di Terengganu.


Saya rasa sebagai parti baru, tak perlulah kita berbohong pasal keahlian kalau kita rasa kita berjuang diatas landasan yang benar, kerana sudah pasti orang akan datang berduyung-duyung. Tapi jika kita mulakan parti kita dengan berbohong untuk menunjukkan kita sangat kuat dan sangat berpengaruh, lambat laung orang akan tahu juga temberang kita. Akhrnya kita juga yang malu.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

3 comments:

  1. Hello Bro Nordin

    Depa puak2 GHB ni kalut. Hari tu waktu Bersih depa kena sound dgn Abuya Sifu Bukit Penang, "Mana hangpa punya orang". Habis Koled Smart, Din Pudu berbuih mulut macam masuk sabun FAB nak explain.

    Aku tau gang2 ni ramai budak2 bekas JIM/Ikram dan Abim. Berapa ekoq jaaaaaaaaaaaaa.

    Cuma kita kena hati2 depa ni macam lalang, kalau tak semboq roundup habihhhh Bendang dibuatnya


    Aku nak habaq skit, tolong sampaikan kat Boss2 parti. La ni orang ramai nak join bulan. Kena buat kerja kemaihh skit. Lepas tu register jadi pengundi.

    Minta blogger2 Bulan kumpul video2 Mat Sabu cakap dulu dan apa dia cakap la ni. Bubuh2 side by side. Baru orang tau cakap gang kaler limau mandarin ni ligat pusing macam helicopter.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bahasa jawa kata..jempol ..( bagus) sangat posting d atas. limau mandarin kluaq pun bermusim habis raya cina susah nak cari dah. well done bro

    ReplyDelete