Saturday 16 May 2015

Ulas Kononnya Facebook anak Fadzil Noor disekat



Hari ini Free Malaysia Today (FMT) ada menulis akaun sosial Facebook milik anak lelaki bekas Presiden Pas, Datuk Fadzi Noor dipercayai telah disekat gara-gara kritikan terbukanya terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pemberitaan yang berbentuk umum dan tidak jelas ini dipercayai sengaja ditulis untuk memberikan tekanan kepada Presiden PAS kebetulan jawatan ini dicabar.

Media Pro Pembangkang dilihat seolah-olah sekata dalam menyerang kepimpinan PAS yang tidak disukai terutama yang disebut sebagai ulama yang ingin membawa Islam sebagai perjuangannya.

Macam mana sekatan? Apa bentuk sekatan?
Apakah PAS mampu menyekat facebook Muhammad Faiz Fadzil?

Saya rasa satu hujah bodoh berbentuk fitnah dimainkan oleh media Pro Pembangkang untuk menekan satu golongan dalam PAS terutama dalam pemilihan muktamar. Mereka ini dalam satu masa melaungkan kebebasan bersuara tetapi dalam masa yang sama bersifat seperti UMNO (mungkin juga pasal mereka juga lahir dari perut UMNO) menyebar maklumat yang tidak benar.

Kalaulah 'geng' yang dikatakan ulama boleh menyekat facebook Muhammad Faiz Fadzil yang kita rata-rata tak berapa kenal pun. Baiklah PAS menyekat facebook Tun Erdagon, Awang Al Kenit dll. Kalau nak berbohong pun biarlah nampak logiknya.


Tun Erdagon dan lain-lain dibiayai (ada maklumat PKR dan DAP) untuk menyerang kepimpinan ulama dalam PAS dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Saya rasa ini lebih utama untuk disekat berbanding dengan fb Muhammad Faiz.

Saya ambil petikan daripada artikel FMT.

Penyokong kumpulan liberal yang menghubungi FMT percaya kumpulan ulama telah membuat aduan kepada syarikat pengendali Facebook supaya menyekat akaun Muhammad Faiz.
“Kami tidak lagi boleh akses akauan Facebook Muhammad Faiz. Mungkin telah disekat kerana aduan pihak sebelah sana (penyokong kumpulan ulama),” kata seorang penyokong kumpulan liberal kepada FMT.

Rupanya penyokong kumpulan liberal yang membuat tuduhan. Kumpulan Liberal yang nak Islam itu mengikut acuan pemikiran mereka. Sister in Islam??

Saya sangat sedih apabila Muhammad Faiz Fadzil bersama kumpulan liberal. Bersama-sama menentang hudud dan menetang kepimpinan ulama. Berada bersama untuk menjadikan PAS sebagai GERAKAN ISLAM TANPA SYARIAT (lebih libraeral). Kesian Ustaz Fadhil Mohd Noor ulama agung yang meninggalkan anak yang telah tersimpang daripada jalan dakwah yang dibina oleh beliau.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

2 comments:

  1. Apa pelik...anak Yusof Rawa pun meraban2...mudah2an Allah Taala pelihara anak2 TGHH, TGHD, TGNA dari lebih ilmu dari amal......

    ReplyDelete
  2. kalau benar anak fadhil noor kene ke depan bkn membiar org lain menspekulasi utk pihak beliau

    kalau x benar anak fadhil noor pun kene ke depan...krn Islam tu mewajibkan beliau membersihkan nama dan adil walau pada pihak lawan

    ReplyDelete