Saturday 16 May 2015

Boleh Percaya Ke? Cakap-cakap Muhyiddin Ni?



Bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan hari ini, kerajaan bersetuju untuk menambah baik elaun pengetua dan guru besar, umum Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, elaun pengetua sekolah menengah kini dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 sebulan manakala elaun guru besar sekolah rendah dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan.
Penambahbaikan elaun itu akan berkuat kuasa 1 Julai ini dan melibatkan 2,405 pengetua dan 7,757 guru besar, katanya.

Boleh percaya ke?
Kalau Najib memang sah saya tak akan percaya. Adakah Muhyiddin ini boleh kita percaya. Tun Mahathir ketika ditanya siapa ganti PM setelah dia dilihat begitu "garsang" menyerang Najib hanya menyebut 'dalam halkum' Muhyiddin ni lemah tapi bolehllllah!

Sebelum ini 16 MEI 2014, tahun lalu Muhyiddin pernah berjanji. Tahu apakah janji dia kepada cikgu seluruh Malaysia yang dia bohong?

16 Mei merupakan hari dimana sambutan Hari Guru diadakan di seluruh negara. Bersempena dengannya, hari ini Menteri Komunikasi dan Multimedia mengumumkan yang mana mereka akan memberikan Netbook 1Malaysia kepada semua warga pendidik seluruh negara.

Sebagai permulaan, sebanyak 400,000 orang guru seluruh negara dijangka akan menerimanya, sekaligus membolehkan mereka menggunakannya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pemberian ini hanya terhad kepada guru-guru di sekolah kerajaan sahaja dan tidak termasuk sekolah swasta.

Yang nak tergelaknya dah TIPU hari guru tahun lepas. Tahun ni nak tipu lagi. Pengetua dan Guru Besar pula jadi mangsa.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment