Tuesday, 5 May 2015

Filem Lama UG Dihidupkan Semula Oleh Mereka Yang Terdesak



Saya terbaca di blog Greenboc seorang penulis PKR tentang cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar diadakan kerajaan perpaduan hanya satu bentuk "eskapisme" (melarikan diri) dan tidak akan menyelesaikan krisis dalaman PAS dan Umno, kata penganalisis politik Ibrahim Suffian. Pengarah Merdeka Center – sebuah pengkaji bebas – itu berkata masalah sebenar dihadapi kedua-dua parti tertumpu pada pimpinan yang tidak menunaikan kehendak sebahagian ahli, dan ia tidak akan dapat diselesaikan menerusi kerajaan perpaduan.
Saya pun hairan kenapa akhbar dan portal Pakatan Rakyat menjadikan UG seolah-olah hidup dan cuba memainkan filem lama ini bagi memberikan satu gelombang kepada ahli PAS kononnya ulama PAS masih berusaha untuk bergabung dengan UMNO.

Saya pernah mencabar beberapa orang wartawan termasuk wartawan Harakah sendiri untuk membuktikannya. Saya kata oleh kerana UG ini nampak macam berpusat di Terengganu. Di Terengganu PAS mempunyai lebih daripada 400 cawangan. Saya kata jika benar UG wujud tolong bagi saya satu sahaja cawangan yang membincangkan agenda nak bergabung dengan UMNO ini samada dalam mesyuaratnya, usrahnya atau apa-apa program. Jika ada saya akur dengan kewujudan UG dan saya pasti setuju memang PAS nak bergabung dengan UMNO.

Saya cabar lagi. Kalau boleh kawasan Dr Syed Azman sendiri ada tak dibincangkan?

Kita kena cerdik dalam hal ini. Jangan jadi bodoh sangat sehingga kita boleh membuat rumusan jika Dr Hassan Ali misalnya nak bergabung dengan UMNO maka PAS akan bergabung dengan UMNO. Mana pergi keputusan muktamar PAS yang kita war-warkan? Keputusan muktamar adalah kata mutlak kita? Kan bodoh namanya.

Takkan Ustaz Nasarudin Mat Isa berjumpa Pak Lah selepas sidang parlimen maka Ustaz Nasarudin boleh mengubah keputusan PAS boleh bergabung dengan UMNO. Bacalah sejarah macam mana gabungan PAS dengan UMNO dulu. Bukan mudah sehingga banyak berlaku perpecahan. Ingat gabungan boleh terjadi dengan hanya niat? Terjadi begitu aje ke?

Kenapa kita diperbodohkan oleh mereka yang ada kepentingan untuk menjatuhkan sesama PAS dengan merosakkan imej pimpinan yang tak disukai? Kononnya mereka ada kepentingan keduania dan pangkat sehingga sanggup gadai perjuangan untuk bersama UMNO? Kenapa tipis sangat iman kita dalam hal ini?


Bercakap pula pasal Ibrahim Suffian (Pengarah Eksekutif Merdeka Center). Dia ini juga yang buat kajian kononnya DS Abdul Hadi tidak disukai untuk jadi MB. Kajian ini dibentangkan oleh Syed Azman dan kajian itu juga mencadangkan Syed Azman menjadi MB jika PAS perintah Terengganu. Presiden PAS jenis tawaduk terus terima. Tapi nasib baik ada beberapa orang profesional dan ulama dalam PAS yang mengemukan kajian baru menafikan kajian Merdeka Center.

Kajian dengan cula (sistem PAS) mana lebih baik dan tepat? Ini biar Ibrahim Suffian jawab.

Kalau kajian sekadar dibuat untuk mengenakan seseorang itu bukan kajian. Itu namanya BARUA. Saya masih ingat bagaimana kajian kepada PPSMI dibuat yang kita berdemo bantah. Semua penganalisis telah diberikan arahan untuk keputusan kajian. Rupanya Merdeka Center pun spesis dengan UMNO. Malangnya PAS bayar kepada Merdeka Center lebih daripada RM40 ribu untuk kajian itu. Dengar cerita kajian yang PAS bayar itu juga dijual kepada UMNO. Jenis makan kiri kanan. Ini saya cabar kepada Ibrahim Suffian menafikannya supaya saya memperdetailkan lagi maklumatnya.

Cukuplah perbodoh pembaca di media massa. UG tu daripada 2008 sampai sekarang nak diulang tayang. Kita marah UMNO ulang tayang tentang Melayu akan berpecah, huru hara dll tapi perangai kita macam UMNO juga.

Jadi-jadilah buat fitnah. Jadilah manusia yang benar dan jujur.





Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

1 comment:

  1. ..bila akal brtunjang iman maka terhasil bntuk tndakan mmbawa mnfaat

    ReplyDelete