Monday 25 May 2015

Mat Taib Mengugut atau Berkempen?


Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib diwar-warkan oleh akhbar Pakatan Rakyat mungkin menjadi tokoh terkini meninggalkan PAS atas rasa kecewanya kepada PAS, kerana parti itu seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini.

Asas yang disebut oleh Mat Taib "
tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini" kemudian dia cuba memainkan sentimen Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam hal ini.
Mat Taib menyebut "Sekarang dah tak minat sangat dah". Maksudnya kepada PASlah. Katanya lagi
"Sahabat saya Thamrin dah cabut lari awal-awal. Dia (Tamrin) kata (PAS sekarang) mengarut".

Sebelum saya berhujah tak peduli penyokong bukan Islam saya cuba untuk mengimbau kembali Mat Taib awal kemasukkannya dalam PAS. Mungkin ada kata-katanya dulu boleh kita jadi sandaran untuk kita lihat apakah pemikiran Mat Taib ini.


Mat Taib dikatakan menjadi pengujung masjid tempatnya sebelum dia masuk PAS. Ya macam kita lihat dikampung-kampung masjid biasanya dikunjungi oleh orang tua, orang yang dah pencen apa-apa jawatan dan lebih ramai yang pencen jawatan kerajaan kerana mereka ini ada "duit pencen" tak perlu buat kerja. Mat Taib bagi saya macam pengawai kerajaan yang pencen yang insaf dan mendekati ALlah, tak lebih daripada itu.





Selepas Mat Taib masuk PAS, dia telah dikenali dan bergaul semula dengan masyarakat. PAS telah membawa kembali kehidupan asalnya yang sentiasa bersama masyarakat. Dia tidak lagi terasing.






Selepas dia masuk PAS, dia ke Terengganu pergi ke rumah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Saya masih ingat komennya dan banyak kali disebut dalam ceramahnya dia sangat segan dan malu dengan kehidupan Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang jadi MP semenjak lebih 30 tahun dengan rumah kayu yang sangat daif jika dibandingkan dengan mana-mana kepimpinan di Malaysia.

Malah jika dibandingkan dengan mana-mana kepimpinan PAS sekali pun, saya rasa rumah Ustaz Abdul Hadi adalah paling daif. Saya tak ada gambar rumah Ustaz Ahmad Awang untuk dibandingkan.

Mat Taib dulu duit juta-juta dalam beg. Tapi dia melihat pimpinan PAS sangat berbeza dengan UMNO.

Ok kita balik semula kepada sebab Mat Taib nak cabut daripada PAS.

Saya cuba teliti hujah Mat Taib, mana tahu Mat Taib kata Ustaz Hadi nak buat UG dengan UMNO ke. Nak jawatan penting dalam BN ke? Kita sedar dan Tahu Mat Taib masih ada banyak sumber daripada UMNO. Sudah pasti dia lebih mengetahui daripada Lim Guan Eng.

Tapi Mat Taib tak pernah sebut bahawa Ustaz Abdul Hadi nak berUG dengan UMNO. Yang hairannya kita dengar daripada mulut Lim Guan Eng. Daripada 'bisik-bisikan" kempinan PAS yang tak setuju dengan kepimpinan ulama dalam PAS. Tidak daripada Mat Taib. Adakah Mat tak tahu pasal UG ni? Bodoh sangat ke Mat Taib ni?

Saya rasa Mat Taib taklah sebodoh itu. Dia tahu UG ini adalah 'label' (Yang Khalid Samad selalu sebut, PAS suka melabel) untuk merosakkan kepimpinan ulama dalam PAS.

Saya banyak kali memperingati kawan-kawan saya, kita boleh berbeza pandangan tetapi jangan sampai kita fitnah. Sebab dosa fitnah dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan tidak benar, besar dosanya tak tertanggung kita diakhir nanti. Jangan kita jadi manusia yang bengkrap di kahirat nanti kerana sikap suka menyebar maklumat palsu.

Kalau dilihat perkataan tak peduli bukan Islam adalah berpusat kepada hudud. Adakah Mat Taib tak setuju dengan hudud? Yang ini saya akan bincang lain kali. Saya tak nampak satu hujah yang besar tapi saya melihat Mat Taib telah dipergunakan atau dia sendiri setuju dipergunakan untuk menjadi bahan kempen kepada golongan terdesak dalam pemilihan PAS kali ini.




Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

1 comment:

  1. Jaga2 dgn asmuni....dia adalah last hope puak2 jebon dan pasma utk merampas pas.

    ReplyDelete