Friday 29 May 2015

Saya Setuju Tak Hadir



Ada orang minta saya ulas pasal tak hadir (sebenarnya telah menolak tapi poster dibuat juga) dalam HIWAR SIYASI atau lebih mudah sebut forum/debat. Tak hadir boleh ditafsirkan banyak sebab dan paling mudah sebagai PENAKUT atu TAK ADA HUJAH.

Saya akan ulas bukan tak hadir untuk program di atas sahaja tapi untuk semua program menjelang muktamar ke-61 ini. Kenapa kumpulan dikatakan pro ulama tidak hadir dan menolak usaha debat dan forum?

Saya suka mengimbau kembali sebelum ini, forum-forum dan debat-debat terbuka dibuat atas tajuk tertentu tapi golongan yang dikatakan pro ulama tidak dijemput pun untuk membela diri. Majlis itu lebih kepada majlis untuk menghentam bagi sebelah pihak. Bayangkan majlis yang ada 3 dan 4 ahli panel dan seorang lagi pengerusi semuanya satu hala hanya menghentam satu pihak sedangkan satu pihak lagi tidak dijemput untuk berhujah dan mengemukan pandangan.





Di atas adalah sebahagian kecil contoh-contoh forum/debat yang diadakan daripada banyak program menjelang muktamar oleh satu pihak dalam PAS. Ini sebenarnya bukan forum atau debat tetapi lebih kepada majlis menyerang satu pihak bermula daripada pengerusi majlis sehingga kepada yang tukang tanya (ini pun sebenarnya diatur dengan soalan terancang).

Kumpulan ini sebenarnya tidak berjaya dalam rancangan mereka. Mereka menukar strategi di saat akhir untuk buat forum atau berdebat sebenar. Harapan mereka kali ini mereka boleh "BUNUH KREATOR".

Maka wujudlah saranan debat untuk calon Presiden. Cerdik pandai yang sehaluan mulalah berhujah dalam akhbar PAS perlu berdebat untuk menjulang kepimpinan. (kita tak pernah dengar debat untuk calon Timbalan Presiden diwarwarkan, kenapa?)

Ustaz Hadi tak layan dan tak serius dalam hal ini. Adakah kita boleh kata Ustaz Hadi PENAKUT? Tak ADA HUJAH? Tak ada misi dan visi seperti poster sebaran memburukkan Ustaz Hadi dibuat oleh kumpulan ini. (Maklumat terkini ada pimpinan PKR juga terbabit dalam membiayai facebooker dan blogger dalam usaha menguasai PAS pada muktamar kali selain DAP. Jika kesempatan saya akan dedahkan secara terperinci.)




Sama juga bila Ustaz Nik Abdul menolak debat dengan Suhaizan Kaiat. Bagi saya tindakan Ustaz Nik Abdul sangat bijak, tidak terperangkap dengan mainan strategi.

Bila mereka merasai pelan debat/forum terbuka gagal. Mereka cuba untuk memerangkap pula kepimpinan PAS yang lain daripada golongan yang dikatakan pro ulama.

Tidak hadir adalah jalan terbaik dan keputusan terbaik. Hadir juga bagus kerana kita boleh beri hujah. Tapi kalau hadir kepada kumpulan yang nak sembelih dalam majlisnya yang diatur saya rasa itu tindakan tidak bijak. Orang tak akan kata kita berani tapi bodoh.

Mereka akan mengambil kesempatan daripada apa-apa yang diperkatakan oleh ahli panel pro ulama yang boleh dimanipulasi untuk kebaikan mereka. Berhujah baik macam mana pun mereka tak akan terima.

Saya bagi contoh ucapan pengulungan Presiden PAS pada Muktamar ke-60 yang lalu. Ustaz Hadi telah mengulung perbahasan muktamar selama 1 jam 8 minit. Tahu apa yang siarkan oleh akhbar dan media pro kumpulan ini? BARUA!! ya, perkataan barua sahaja. Yang lain hampir satu jam hanya sia-sia sahaja.

Adakah kita rasa mereka ini akan menyiarkan apa yang baik daripada 2 ahli panel kumpulan pro ulama ini. TIDAK! Mereka akan tunggu apa yang boleh dimanipulasi untuk disebarkan oleh akhbar serta facebooker yang telah dibayar. 2 ahli panel akan menjadi mangsa. Apa yang baik tidak lagi kelihatan yang anak nampak dan terserlah ialah kebodohannya sahaja.

Tidak hadir dengan mengaggalkan rancangan itu adalah lebih 'smart' dan yang ini saya sangat setuju dengan tidakan 2 pimpinan di atas.

Iman Nawawi telah meletakkan hadis amalan bergatung kepada niat no. 1 dalam 1800 ++  hadis terbaik dalam kitab Riadhus Solihin. Kenapa? Sebagai seorang Islam kita kita faham niat adalah mutiara amalan. Jika kita buat perkara baik dengan niat yang buruk sudah pasti Allah tidak akan memberikan apa-apa ganjaran kepada kita. Malah saya rasa Allah pasti murka.

Dulu pernah nabi nak berperang, Abdullah Ubai mengajak nabi kunjung masjidnya. Masjidkan suatu yang baik? Tapi bila dibuat atas dasar dan niat yang tak baik, kita tahu kesudahannya nabi buat pada masjid itu.

Forum dan debat suatu yang baik (baca tulisan saya di sini) tapi jika dibuat untuk suatu tujuan dan rancangan yang tak baik tidak akan menghasilkan natijah yang baik.

Maaf saya tak kata kumpulan tersebut adalah Abdullah Ubai tapi cara dan gaya kerja menyamai kerja yang dibuat oleh si Abdullah tersebut.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

1 comment:

  1. Dah macam CIA punya game dah puak2 ni, cold and calculative,

    ReplyDelete