Friday 29 May 2015

Ahmad Awang menziarahi veteran dan bekas Bendahari Pas Pusat??


Saya terbaca posting di facebook Tarmizi Mohd Jam (maaf tak panggil dato' yang dibeli di Kemboja) tentang Ustaz Ahmad Awang menziarahi veteran dan bekas Bendahari Pas Pusat, Dato Abdul Halim Abdul Rahman di rumahnya. Kata Tarmizi Mat Jam Ustaz Ahmad Awang mendapatkan nasihat. Alhamdulillah, Ustaz Abdul Halim mengiringi perjuangan Ustaz Ahmad Awang dengan doa restu dan memberi nasihat dan perangsang tulisan Tarmizi Mohd Jam mengakhir postingnya di facebook.

Saya tergelak.

Kenapa saya tergelak. Rupanya kaedah yang dibuat oleh DS Anwar Ibrahim ditiru oleh Ustaz Ahmad Awang. Kalau Anwar Ibrahim perjumpaan dengan Dr Yusof Qardawi kadang kala ziarah, kadang kala Anwar ziarah. Ada gambar dan ada kenyataan pendek Dr Yusof Qardawi merestui Anwar dan sebagainya. Kenyataan-kenyataan ini adalah satu psywar untuk memenangi hati pembaca yang kita tak tahu apa sebenarnya yang diucap oleh Dr Yusof Qardawi.

Saya ada maklumat yang Dr Yusof Qardawi berkata "kena berhati-hati pada Anwar" berkaitan dunia Islam dan sokongan US. Saya boleh berbahas dalam hal ini jika sesiapa ingin saya detailkan bila dan kepada siapa Dr Yusof Qardawi berkata. Kita tutup isu Anwar berbalik kepada Ustaz Ahmad Awang.




Orang kata gambar tak berbohong, tapi gambar boleh di manipulasikan untuk menunjukkan kita disokong malah kita dibenci. Kalau orang datang rumah kita, takkan kita nak halau. Kita sambut dengan senyum malah peluk erat silaturahim apatah lagi seseorang yang kita ziarah itu status ulama. Ulama ada sifat kemulian tapi ulama inilah yang cuba dihina dan dicaci oleh pihak berkepentingan dalam PAS.

Takkan ulama nak halau kalau yang berbeza pendapat datang ke rumahnya? Jadi bagi saya gambar ini sekadar psywar memenangi hati sesiapa yang membaca dan melihat, tidak lebih daripada itu.

Contoh gambar dimanipulasikan. Yang jadi mangsa Presiden PAS kononnya bersalam tak lihat muka LGE.


Saya nasihat kepada Tarmizi Mohd Jam tak payah manipulasi veteran PAS dalam pemilihan muktamar kali ini. Kalau benar Ustaz Ahmad Awang hebat berkempen cara sihat.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

1 comment:

  1. Kami di bwh ni jd keliru ulamak mana yg perlu diikut dan ulamak mana sebenarnya ikhlas dlm perjuangan. Moga Allah selamatkan kami dr ulamak yg bermuka2 dan berjuang bkn krn Allah.. Amin..

    ReplyDelete