Thursday 28 May 2015

Betul ke Cakap Ahmad Awang Kata Tak Ada Ahli Tolok Hudud??




Saya menonton video kempen terkini Ustaz Ahmad Awang kononnya tak ada ahli PAS yang tolak hudud. Tahniah kepada team yang buat video ini dan kempen yang agresif untuk menjatuhkan Ustaz Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Saya rasa tak perlu saya berhujah siapa yang tolak hudud. Adalah lebih baik pembaca melihat (tonton) sendiri ucapan pimpinan PAS di bawah artikel ini. Bahasa dan cara gaya yang diungkapkan memang menolak hudud, hanya kita tak boleh baca hati dia sebagaimana Presiden PAS mengatakan hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Kita menghukum dari segi apa yang kita boleh faham mengikut bahasa percakapan. Saya rasa apa yang di sebut oleh Ustaz Ahmad Awang adalah tidak benar. Mungkin Ustaz Ahmad Awang tidak melihat sendiri video ini.





Saya masih bertegas dengan pendapat saya dalam penulisan saya yang lalu jika PR tawan Putrajaya tak ada siapa akan buat hudud. DAP kalau belum tawan dah bantah macam orang giler, selepas tawan Putrajaya dengan kuasa yang lebih besar sudah pasti tidak akan bersetuju malah silapsilap PAS akan terpencil oleh pakatan DAP dan PKR.

Adakah pimpinan PAS di atas nak buat hudud? Semoga Allah selamatkan PAS daripada kepimpinan yang "hanyut".




Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

3 comments:

  1. Walaupun ulasan agak bias, tengok sahaja video Dr Zul, saya terus terpanggil untuk bersetuju dgn hujjah Dr Zul. Islam adalah rahmat untuk semua dan ada keutamaannya. Hairan kenapa pemikiran penulis agak tertutup...maaf.

    ReplyDelete
  2. Kesian kamu kerana tidak memahami hujjah yg telah Dr Dzul sampaikan itu.Dia bukan meolak Hudud sepertimana yg kamu tuduh. Beliau memperkatakan ttg keutamaan pd ketika ini.

    ReplyDelete
  3. Kesian kamu kerana tidak memahami hujjah yg telah Dr Dzul sampaikan itu.Dia bukan meolak Hudud sepertimana yg kamu tuduh. Beliau memperkatakan ttg keutamaan pd ketika ini.

    ReplyDelete