Wednesday 27 May 2015

Perkataan TOLOL yang diputar belit oleh media sosial dan blogger



Saya telah menulis berkenaan usaha memburukkan Presiden PAS giat dilakukan dengan membuat fitnah dan memutar belit ayat atau perkataan yang disebut oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Usaha ini telah dilakukan oleh blogger dan facebooker dengan berkala dan dipercayai dibiayai oleh orang tertentu. Mereka mendapat upah atas tujuan ini.

Saya juga meminta bukti dalam tulisan sebelum ini kepada seorang blogger yang menguna nama Mat Indera SiPejuang yang telah membuat fitnah dalam tulisannya mengatakan Ustaz Nik Abdul berkata debat tak syarie. Malangnya si blogger ini bukan menjawab soalan tetapi memaki hamum semua orang termasuk memperli menggunakan perkataan TOLOL kononnya ini adalah perkataan Presiden PAS.

Si Mat Indera ini telah menukar ayat Presiden PAS daripada "Dalam perkara dasar pimpinan PAS tak berganjak. Dalam berbeza pendapat kita bermesyuarat. Bila jadi keputusan mesyuarat kita terima keputusan itu dan kita tak berpecah. KALAU ADA YANG BERPECAH ITU ADALAH YANG TOLOL DALAM PAS" kepada


Mat Indera tambah perkataan DAN KELUAR DARIPADA PAS. Dengan cara ini sebaran di media sosial kononnya Presiden PAS kata TOLOL dan perhalau ahli daripada PAS.

TOLOL maknanya bodoh dan memang bodoh sekiranya kita berbeza pandangan kita nak keluar daripada parti. Perbezaan pandangan adalah perkara biasa. Apa yang disebut oleh Presiden PAS tak ada apa pun biasa aje. Hanya ada yang ghairah nak buat fitnah.


Video di atas adalah perkara sebenar apa yang disebut oleh Presiden dalam wawancara tersebut.

Greenboc seorang lagi blogger yang membuat perkara yang sama.





Saya sekali lagi memberikan nasihat kepada mereka yang suka membuat fitnah dan memutar belit isu supaya kita berhati-hati dalam membuat sebarang ulasan dan kenyataan. Kalau kita tak ada maklumat yang betul jangan membuat ulasan. Kalau kita dah dapat video yang benar, tapi masih memutar belit lagi kenyataan ini namanya kita ada penyakit hati yang sangat teruk.

Ingatlah dosa fitnah ini sangat buruk. Kita akan menjadi manusia malang di akhirat nanti. Apatah lagi kita membuat fitnah kepada pemimpin gerakan Islam. Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka ini.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

2 comments:

  1. Ya Allah..sekiranya benar apa yg dipaparkan oleh blogger mat indera dan greenboc maka bantu la pimpinan kami ke arah jalanmu yg lurus. Tetapi sekiranya kedua blogger tersebut sengaja membuat onar dan fitnah kepada pimpinan kami maka kami mohon engkau berilah balasan yg setimpal buat mereka sebagaimana engkau perbuat terhadap umat yg terdahulu. Moga2 engkau jauhkan dari fitnah yg dasyat ini. Amin Ya Rabbal A'lamin...

    ReplyDelete
  2. skrg ni allah nk uji para saf ulamak bagaimana menghadapi krisis kepimpinan dan krisis persahabatan pakatan...tanpa ujian mana mungkin perbendaharaan duniawi boleh diberi kpd ulamak..mereka digasak dan diasak...adakah mereka ulamak yg berckp kedamaian tetapi bila menimpa mereka...maka jln berputus yg mereka ambil...adakah saf ulamak akan mengambil jln berpisah atau jalan berdamai...sesuatu yg menarik utk kita tgk nanti

    dap dgn ketiadaan tgna dan anwar...menjadi tidak terkawal...seolah2 lks dan lge itu dap dan dap itu adalah lks dan lge...bersilih ganti mengasak pas..satu tuan guru lim ki siang dan satu khalifah lge umar abd aziz...masya allah...tetapi sesuatu yg menarik jgk...melainkan beberapa kroni lks dan lge...lain2 dap byk berdiam diri dari tumpang bersuara...knp? adakah mereka terlalu takut dibwh cengkaman lim family atau mereka semua merasa malu dgn tindakan ketua2 mereka...krn kebykan mereka pernah bersama2 ulamak dan ahli pas dipadang memenangkan calon masing2

    pkr plak dah terlepas peluang...selama ni mereka berlagak sebagai abg dalam pakatan...tetapi bila berdepan dgn krisis ni mereka lbh byk berdiam...tidak mendamaikan atau meyebelahi satu pihak sedangkan bkn itu sifat parti yg nak menjadi abg...mendamaikan adik beradik...bkn berpihak pd satu adik dan hentam satu adik....btw...setakat baca teks ucapan dlm media TMI ke MK ke...x usah lah...itu sekdar lepas batuk jer...anwar pun senyap dr penjara sedangkan bila soal dirinya atau bininya...pandai pula membuat kenyataan dr penjara?

    rakyat melihat...dan rakyat menilai sifat dap dan pkr selama ini...maka rakyat skrg sedang memerhati pula apa tindakan ulamak dlm pas...mampukah pas dan layakkah pas mendamaikan kembali 3 parti ini dlm pakatan atau pr sudah smpi ke persimpangan

    mudah2an allah memberi hidayah kpd ulamak menyelesaikan krisis kepimpinan dan krisis persahabatan supaya mudah2an bkn sahaja pr mampu ke putrajaya tetapi selepas di putrajaya islam terus dikagumi dan dihormati masyarakat di malaysia...malah dunia islam dan bkn islam akan melihat bagaimana saf ulamak dapat menyelesaikan masalah persengketaan sebegini dgn penuh hikmah walaupun diasak dan digasak tetapi tetap teguh memegang quran dan sunah..mencari jln terbaik demi kesatuan pr....maka jika begitu... layaklah urusan addin diserah pd ulamak dari allah

    ya allah...tuhan yg mengurus sekian alam tanpa letih dan mengantuk...tanpa kekurangan...pada mu sahaja tempat kami memohon...permudahkanlah urusan ulamak kami menyelesaikan masalah yg menimpa kami skrg ni....

    ReplyDelete