Thursday 9 April 2015

Pesuruhjaya PAS Melaka Kalah Bertanding Jawatan YDP PAS Kawasan Alor Gajah


Kita masih ingat lagi dalam isu MB Selangor, Adly Zahari Pesuruhjaya PAS Melaka telah membuat kenyataan terbuka dalam Malaysiakini mengkritik Presiden PAS YAB DS Abdul Hadi Awang. (Boleh baca di sini)

Tindakan membelakangkan Presiden PAS ini dlihat sangat tidak kena dan sebenar tidak disenangi oleh ahli-ahli PAS Melaka.


Adly Zahari, bekas pelajar UTM yang pernah bekerja sepenuh masa dengan PAS Terengganu sebelum menjadi Pesuruhjaya PAS Melaka dulunya adalah orang yang sangat kuat menetang kumpulan dikenali IRC. Tapi dia berubah 100% sekarang.


Adly dikalahkan oleh Ustaz Shahbuddin Isnin untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah dalam pemilihan baru-baru ini.

Selain Adly, dua orang kuatnya, Ashraf (Timbalan Yang Dipertua) dan Bahuqi (Naib Yang Dipertua) turut tersingkir.

Kedua-dua jawatan itu diganti dengan muka baharu iaitu, Ustaz Wan Zaidi dan Ustaz Riduan.

Amiruddin Hamzah menerima cenderahati dalam
perasmian mesyuarat agung PAS Kawasan Alor Gajah, Melaka






1 comment:

  1. Alhamdulillah...kene wat sujud syukur org melaka ni...mudah2 allah kifarah dosa mamat ni atas malu yg diterima akibat tewas krn memalukan presiden parti sendiri

    ReplyDelete