Tuesday 28 April 2015

Presiden PAS dan Pembantunya


Ada orang menyebut bahawa PAS lemah semasa Tuan Guru DS Haji Hadi Awang menjadi Presiden.  Hujah ini sama seperti pertanyaan kepada Saidina Ali kerana kekalutan umat Islam di zaman beliau dimana dizaman Saidina Ali tidak sebaik di zaman Saidina Abu Bakar dan Omar. Jawapan Saidina Ali sepatutnya menjadi teladan kepada kita yang berjuang dalam gerakan Islam.

Kawan saya albangi di Kuching ada membuat posting gambar di atas. Gambar dan penerangan itu pun menjawab kepada pertanyaan yang kata Tuan Guru Presiden PAS, DS Haji Abdul Hadi lemah.


Orang kata lagi kita perlu tukar Presiden pasal Presiden lemah.

Saya pula berfikiran sebaliknya. Kita perlu tukar orang dibawahnya yang tak boleh wala' (kalau ikut  Jamaah Islam) dan tidak memahami perlembangaan kalau nak ikut perlembagaan PAS. Presiden ada misi dan visi kena ikut bukan sabotaj misi dan visi presiden kerana tak sama dengan misi dan visi kita. Kalau tak setuju misi presiden, lawanlah presiden, ambil tapuk kepimpinan PAS dalam muktamar bukannya membuat groups dibelakangi presiden dengan menyebar maklumat dan perkara yang tak betul. Itu cara kalau kita rasa wala' itu tak betul.

Sebenarnya kelemahan Presiden kerana beliau tidak punya pembantu yang memahami perjuangan Islam sebenarnya berbeza dengan Al Marhum Tuan Guru Haji Yusof Rawa yang mana 2 pembantunya ialah Ustaz Fadhil Mohd Nor dan TG Haji Abdul Hadi Awang sangat memahami perjuangan Islam.

Begitu juga ramai yang sebut kepimpinan Ustaz Fadhil Mohd Noor dimana TG Haji Abdul Hadi dan Ustaz Hassan Syukri yang dikatakan 'khazanah PAS' adalah pembantu yang sangat memahami perjuangan ustaz Fadhil Mohd Noor.

Bayangkan kalau pada masa itu Mohamad Sabu Timbalan Ustaz Fadzil Mohd Noor. Ustaz Fadzil Mohd Noor menyebut "Pembebasan Ummah' (lihat ucapan dasar) lalu Mohd Sabu kata itu pendapat peribadi Ustaz Fadhil kepada media. Kita tak nak pembebasan Ummah kita nak pembebesan Putrajaya.

Bayangkan pula Naib Presidennya ialah Husam Musa, dalam ceramah dan media Husam menyebut yang layak menjadi Perdana Menteri ialah Ezam Mohd Noor (Masa tu Anwar di penjara, Ezamlah satu-satu yang hebat! dengan menepikan Ustaz Fadhzil Mohd Noor presiden PAS pada masa itu)

Tak haru biru PAS ketika itu.


Saya ambil contoh bagaimana semasa ustaz Hassan Syukri menjadi Timbalan yang kita sangat kagum dengan beliau sehingga PAS berjaya maju termasuk pusat tarbiyyah di taman Melewar. Siapa yang buat groups melawan dan menjatuhkan Ustaz Hassan Syukri dengan menjadikan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai 'kambing hitam', kalau tak 10 budak hitam dalam PAS. Tanya Dr Hatta Ramli, Kamarudin Jaafar dan Khalid Samad.

Siapa yang beriya-riya nak menolak syura bagi jawatan tertinggi dalam PAS? Tanyalah Mahfuz dan Salahuddin Ayub.

Rosaknya gerakan Islam PAS kerana kita cuba menyeleweng perjuangan ini dengan perjuangan misi dan visi kumpulan yang kita bentuk sebagaimana ucapan Ustaz Fadzil Mohd Noor dalam muktamar yang diistilahkan 'anai-anai'



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

1 comment:

  1. Sekarang puak jebon dah keluar pas.mtapi knapa pas makin mesra umno..

    ReplyDelete