Saturday 18 April 2015

Usaha Menjatuh Presiden PAS makin giat dengan fitnah baru


Seperti yang kita ketahui sebelum ini, telah banyak fitnah yang dbuat untuk menjatuhkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Fitnah ini telah dijalankan oleh suatu team yang terancang dengan pelbagai isu dan berita siang dan malam dengan posting yang tersusun rapi. Terbaru pertemuan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bersama dengan TS Khalid Ibrahim mengunjungi rakan lama Speaker Dewan Perwakilan Indonesia Bp Irman Gusman di Jakarta telah dijadikan kononnya ini adalah usaha menjadikan TS Khalid Ibrahim MB Selangor semula. Siapa yang menghidupkan api fitnah yang sedang tidur kalau tak PASMA dan JEBON?

Posting asal oleh TS KHalid Ibrahim boleh di lihat di sini:-



Daripada maklumat penyelidikan PAS Pusat telah menunjukkan penyokong PASMA yang banyak membantu golongan menentang Presiden PAS adalah cybertropper UMNO malah maklumat mereka juga bersumberkan maklumat UMNO. Sila lihat di bawah:-



Posting ini telah mula disebarkan oleh Aznil Hisham seorang Dr yang sangat taksud kepada UMNO. Petikan ini sebenarnya untuk dijadikan berita. SuaraTV telah menyiarkan satu artikel berkenaan TS Khalid akan kembali jadi MB dengan gabungan PAS + UMNO.

Cybertropper UMNO yang berada dalam PAS yang sangat kuat menyokong kumpulan Pakatan Rakyat telah menggunakannya untuk menyerang PAS terutamanya dalam usaha menjatuhkan Presiden PAS untuk muktamar ke-61. 

No comments:

Post a Comment