Saturday, 18 April 2015
Fitnah Dari Laman Greenboc dan Siapa Sebenarnya Tukang Fitnah Ini?
Setelah wujud penjelasan daripada Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan juga Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung dengan pertemuan mereka dan apa tujuan mereka berada di Indonasia. Greenboc (Zulkifly Harun) masih lagi menulis berbaur fitnah di lamannya. Saya tak tahu apa mentaliti orang seperti ini, selalu bercakap pasal Islam tetapi masih menyebar fitnah dan suka membuat andaian dan ulasan agama dengan maklumat yang tidak benar.
Semua orang tahu, malah peserta Kongres Profesional Muslim SeMalaysia yang diadakan di Auditariom MPAJ hari ini juga mendapat maklumat yang sah daripada Dr Shamsuri SU Peribadi Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang baru balik daripada Indonasia.
Kenapa Greenboc ini suka membuat fitnah?
Saya membuat carian dan mendapatkan maklumat perangai Greenboc sebelum ini.
Rupanya perangai buruk greenboc ini telah didedahkan oleh seorang blogger (batuapi @ firestone - baca di sini) berkenaan dengan hutang dan perempuan yang mana pendedahan greenboc dibuat bersama dengan seorang lagi penulis yang menggunakan nama Tulang Besi.
Sampai hari ini cabaran oleh blogger berkenaan masih tidak dijawab oleh greenboc. Memang tabiat dan lumrah dunia, yang baik difitnah dan yang jahat disanjung. Orang yang suka menuduh orang lain terutama ulama mereka ini penuh dengan perbuatan jahat. Nak sembunyikan diri, nak tunjuk alim dengan membuat tuduhan serta fitnah kepada ulama, sedangkan dia tak sedar "DAGING ULAMA ITU BERACUN".
Kesian saya kepada Greenboc yang mana tertipu pada hasutan iblis.
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment