Rang Undang- Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 bagi menangani militan di negara ini diluluskan tanpa pindaan pada 2.25 pagi Selasa, selepas dibahaskan lebih 14 jam di Dewan Rakyat
POTA diluluskan selepas undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan).
Maka berlumba-lumba FB dan Whatsapp kunco PASMA dan Jebon menyebarkan maklumat dan senarai nama yang berbohong untuk tujuan memburuk pimpinan PAS yang tidak disenangi.
Malah penulis blog yang sangat benci ulama yang saya rasa saya tak perlu namakan yang sudah pasti pembaca mengenalinya terus menulis pandangan dan pendapat yang berat sebelah tanpa melihat apa sebenarnya yang berlaku.
Bagi mereka etika dan sikap Islam yang meneliti maklumat dan sumber maklumat tidak ada lagi. Yang penting kasi hentam biar semua orang benci. Mereka menggunakan strategi UMNO menyerang PAS dalam media massa kerana mereka tahu kalau PAS jawab pun berapa orang yang tahu maklumat betul. Jadi serangan itu berjaya pasal tak ramai yang dapat maklumat betul dan ini akan menambahkan kebencian kepada ULAMA PAS.
Saya tak nak menjawab tapi rasanya posting YB Dr. Khairuddin menjawab fitnah ini.
Kenapa sifat marah dan dendam kita kita sanggup buat kerja yang bertantang dengan Islam?
No comments:
Post a Comment