Thursday 9 April 2015

Tuan Ibrahim Tuan Man Di Fitnah Lagi Oleh Jebon & PASMA


Makin hari makin banyak pendedahan tentang rancangan menjatuhkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah membuatkan kumpulan atau kunco yang dikenali Jebon atau PasMa mula gelisah dan menggunakan tektik kotor untuk menyekat pendedahan demi pendedahan yang dibuat terutama kepada Facebook Tok Usin Ceroi (TUC).

Terbaru satu fitnah di buat atas nama Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS kononya kenyataan TITM meminta TUC menamatkan (menutup) facebooknya kerana apa yang dibuat itu BERDOSA dan memecahbelahkan PAS.

Malangnya berita palsu ini telah menjadi seolah-olah benar dan disebar luas oleh whatsapp dan facebook kunco-kunco Jebon dan PASMA.

Lagi malang apabila laman ASTRO AWANI juga terambil berita palsu ini.. (baca di sini)


Saya pun hairan apa yang telah merasuk dalam pemikiran kunco2 Jebon dan PASMA sehingga mereka sanggup buat apa sahaja untuk memburukkan Presiden PAS, menolak hudud dan memfitnah ulama.

Mereka sanggup buat apa sahaja termasuk membuat satu facebook TITM semata-mata nak merosakkan hubungan kepimpinan dalam PAS. Syaitan apa yang telah merasuk dalam otak mereka ini sehingga tiada lagi nilai agama dalam diri dan pemikiran mereka. Perangai mereka lebih buruk daripada UMNO yang dibenci.

No comments:

Post a Comment