Thursday 12 November 2015

Menjawab Fitnah Senarai Pengkhinataan Hj Hadi dalam PR


13 Jun lalu saya terima emel untuk mengulas Senarai Pengkhianatan Hj Hadi Dalam Pakatan Rakyat yang di tulis oleh M. S. Ibrahim Al-Malibar. Bila saya membaca senarai tersebut, mulut saya keluar perkataan kesian kepada penulis dan penyebarnya kerana membuat fitnah. Di akhirat nanti sudah pasti mereka tergolong golongan "muflis". Solat dan amalan baiknya hangus kerana membayar hutang fitnah. Sudaah pasti janji ALlah akan terlaksana.

Saya mengambil keputusan, tak payah balas, malas nak layan sebab terlalu banyak fakta yang bohong dan fitnah dalam tuduhan tersebut.

Saya ingat perkara ini telah selesai. Rupanya penyebar fitnah dan mereka yang suka mengadu domba akan menyebar maklumat palsu berkali-kali supaya perkara tersebut nampak benar. Ini ada cara UMNO. Mereka bergerak semacam UMNO.



Hari ini saya dapat lagi sebaran fitnah kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Malah komen-komen dalam artikel saya disertakan dengan sebaran ini.

Ok. Untuk layan mereka. Saya jawab No. 1 dulu.
1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?. - M S Ibrahim Al-Malbar


Sebelum saya menjawab isu ini, untuk makluman pembaca perkara ini telah dibahas dalam media internet. Webmaster Tranungkite Songkok Putih pada itu dan blogger BatuApi@Firestone telah membahaskan perkara ini. Saya sekadar memanjang hujah-hujah mereka berdua dan menambah apa yang saya tahu.

16 September berlaku setelah Abdul Hadi Awang dan Ustaz Harun Taib ke Paris untuk pertemuan dengan Dr Yusof Qardawi.

Pada asalnya Dr Yusof Qardawi sepatut ke London untuk pertemuan dengan beberapa orang pimpinan PAS difahamkan atas isu politik Malaysia. Tapi oleh kerana Dr Yusof Qardawi tidak dapat visa ke England pertemuan tersebut telah dipindah ke Paris.

Abdul Hadi ke Paris bersama Ustaz Harun Taib. Walaupun Abdul Hadi dan Harun Taib satu negeri, mereka jarang boleh bersama dan kesempatan pergi balik ke Paris telah membuatkan mereka banyak melakukan perbincangan.

Bila pulang daripada Paris ada pesanan Dr Yusof Qardawi untuk berwaspada dengan Anwar Ibrahim. Saya tak perlu detailkan apa yang perlu diwaspadakan itu.

Penulisan Penarik Beca yang kononnya Ustaz Nasrudin Mat Isa ke London berpeluk mendapat restu untuk berUG dengan UMNO adalah fitnah. Ustaz Nasruddin tidak ke London, 4 orang pimpinan yang pergi itu bukan Ustaz Nasruddin (mereka terpaksa pergi pasal tiket dah dibeli dan ada pertemuan dengan pelajar di sana yang telah dirancang).

Bila balik daripada Paris, Nada Abdul Hadi sudah berbeza berkenaan dengan 16 September dan ini fahamkan atas nasihat Dr Yusof Qardawi dalam isu Islam antarabangsa kedudukan Jamaah Islam.

Mustaffa Ali telah membuat sidang media. Ini pertama kali Mustafa Ali menggunakan kuasa Pengarah untuk mengambil ruang utama akhbar. Tanyalah Zul Sulong atau Tarmizi Mohd Jam mengenai maklumat ini (pengkhianat yang kini berada dalam AMANAH).

Dalam kenyataan tersebut bila sampai ucapan 16 September, dia minta semua rakaman suara di matikan tetapi kenyataan dicatat dan siar. Saya tanya geng harakah kenapa Cikgu Pa buat macam tu. Kata mereka bila kena serang teruk Cikgu Pa masih boleh berdalih wartawan silap "kod ucapannya", pasal rakaman suara tak ada kan!! Otai Pas ni memang hebat pasal layar buruk!

Esokkannya Cikgu Pa buat sekali lagi sidang media pasal 16 September di Kuala Terengganu. Saya berpendapat dia nak kukuhkan apa yang dibuat olehnya di Kuala Lumpur. memang dia nak stop 16 September yang jadi mainan tanpa ada pun MP yang berpaling tadah.

Geng kumpulan G18 (termasuk Husam Musa yang dijanjikan akan dijadikan Timbalan Perdana Menteri jika MP UMNO boleh dibeli) melenting terus berkumpul ke Kelantan jumpa Tok Guru Nik Aziz. Entah apa diceritakannya tok Guru Nik Aziz mengamuk terus hantar surat ke Harakah untuk di siarkan.

Ketua Editor pada masa itu ialah Ahmad lutfi Othman. Bila sampai faks kenyataan Mursyidur Am lewat setelah harakah hampir nak cetak. Dia membuat keputusan kenyataan itu dimasukkan pada ruang belakang. Sepatutnya tak boleh masuk, tapi dia buang ruang khasnya dibelakang.

Wan Nordin SMS kepadamnya pasal faks kenyataan Tok Guru Nik Abdul nak disiarkan di blognya. Lutfi balas, sebaik-baiknya berita ini jangan dikeluarkan oleh orang harakah. Wan Nordin jawab Dato' Kamaruddin Jaafar bersetuju siar (itu peranan KJ dalam melagakan pimpinan PAS). Lutfi diam dan dia berkata, dia hanya nasihat terpulang kepada mereka.

Tok Guru Nik Aziz datang ke KL nak jumpa dengan wartawan harakah. Semua wartawan malas nak jumpa orang tua tu... mesti "nanya"!!

Lalu mereka hantar wartawan muslimat,  sdri Intan (berniqah dan perwatakan lembut). Menurut kata Intan, Tok Guru Nik Aziz tumbuk-tumbuk muka Cikgu Pa pada akhbar harakah sambil berkata, kalau saya muda saya ludah dia ni.

Malam itu adaa ceramah di Tamaan Melewar, ceramah Tok Guru Nik Abdul sangat beremosi. Kawan saya yang berkerja dengan PA Sistem lari keluar makan, malas nak dengar katanya tinggal Bos PA system orang Kedah kini masuk AMANAH.

Dua hari selepas itu Cikgu Pa ke Kelantan jumpa Tuan Guru Nik Abdul Aziz nak selesaikan kes. TGNA mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan dengan kedudukan MP Islam. Mereka ok sahaja. gambar di bawah adalah pertemuan tersebut.



Setelah mendapat maklumat yang betul dan pandangan beberapa pimpinan ulama lain akhirnya krisis nak ludah dan tumbuk muka selesai. Batu api yang beri maklumat salah kepada TGNA sebelum ini frust tertonggeng.




Malah geng-geng blogger celaka seperti disebut oleh tuan Guru Nik Abdul Aziz frust juga. istilah 'usrah babican' yang dipopularkan oleh batuapi@firestone gagal mencaturkan PAS. Kini semuanya dah jadi AMANAH dan PKR.

Pokoknya TGNA diberi maklumat yang tidak benar, pasal itu dia selalu buaat keputusan yang tidak tepat dan bila ada perbincangan kita lihat TGNA sorang yang mulia dia terima kesilapan dan membetulkannya. Tapi yang pelik yang masa TGNA marah itu dihebohkan oleh geng cybertropper AMANAH tetapi keputusan akhir tidak pula dimaklumkan.

Itulah CELAKAnya mereka.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

8 comments:

  1. Terbaik dari blogger kegemaranku nordinali teruskan pembongkaran demi kebenaran yang hakiki.....

    ReplyDelete
  2. Assamualaikum. Sdr Noordin, saya berminat membaca tulisan anda. Tetapi tulisan itu tiada kebertanggungjawapan sebab orang tidak kenal anda. Nak jadi orang perjuangan kena sanggup terima tanggung jawab sikit.

    ReplyDelete
  3. Assamualaikum. Sdr Noordin, saya berminat membaca tulisan anda. Tetapi tulisan itu tiada kebertanggungjawapan sebab orang tidak kenal anda. Nak jadi orang perjuangan kena sanggup terima tanggung jawab sikit.

    ReplyDelete
  4. Xder nama pun x per tuan..teruskan!!

    ReplyDelete
  5. harapan saya berharap tuan selalu la update kerana bosann dengan blogger kaki kipas dap....tenkiu

    ReplyDelete
  6. harapan saya berharap tuan selalu la update kerana bosann dengan blogger kaki kipas dap....tenkiu

    ReplyDelete
  7. Tahniah teruskan penulisan anda kerana kerana bloger jahat telah semakin ramai menghentam PAS. Semoga Allah menginsafkan mereka ATAU MENGHANCURKAN MEREKA.

    ReplyDelete
  8. hanya berita khabar angin sahaja disiarkan di sini ..hihi

    ReplyDelete