Tuesday, 10 November 2015

Sedia Ganti PAS di Kelantan Mat Sabu Lupa 2 Perkara


Parti Amanah Negara (AMANAH) bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu.

Mat Sabu berkata, jika sokongan AMANAH hebat, Amanah bersedia untuk bertanding di Kelantan untuk lawan UMNO. Ini bermakna AMANAH juga akan melawan PAS kerana sudah pasti PAS akan bertanding pada kerusi asalnya dan akan wujud pertandingan 3 penjuru.

Jika wujud pertandingan 3 penjuru sudah pasti ini akan memberikan kelebihan kepada UMNO. Secara tidak langsung sebenarnya AMANAH membantu UMNO untuk menjatuhkan PAS di Kelantan.

Adakah AMANAH bersedia untuk bertanding 3 penjuru yang akan membantu UMNO??

Dua bulan lalu Mat Sabu telah membuat kenyataan bahawa AMANAH sedia bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional dan PAS dalam PRU-14 nanti walaupun ini akan memberikan keselesaan kepada UMNO / BN.

Adakah ini yang dimaksudkan mengukuhkan Pakatan Rakyat?? Sehingga ramai dikalangan pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan muktamar berhijrah kepada AMANAH kononnya PAS nak bergabung dengan UMNO?

Apa bezanya bergabung dengan UMNO dengan tindakan parti AMANAH yang memberi nyawa/nafas kepada UMNO yang kini sedang nazak?

Orang yang berfikiran rasional akan melihat apa sebenarnya muslihat penubuhan AMANAH setelah tidak berjaya mendapatkan kedudukan dalam PAS.

Mat Sabu fikir jika wujud pertandingan 3 penjuru, AMANAH boleh memang ke? Saya dah tulis pasaal Mat Sabu dengan calon bebas Maimun Yusuf yang menyebabkan Mat Sabu kalah di Parlimen Kuala Terengganu sebelum ini kerana wujud pertandingan 3 Penjuru. Itu Baru Maimun yang tampal poster sendiri dengan basikal?? tolong baca di sini.

Yang kedua.

Rakyat Kelantan pada dasaarnya semuanya nak undang-undang hudud. Malah UMNO Kelantan sendiri menyokong rang undang-undang hudud Kelantan.

Kedudukan bukan Islam di Kelantan pun sama. Bagi mereka undang-undang hudud adalah undang-undang Islam yang tidak menyentuh bukan Islam dari segi pelaksanaannya. Apa nak ditakut? Yang akan dipotong adalah pencuri. Bukan Islam dan pimpinan DAP bukan pencurikan?? Malainkan merekaa ini pencuri.

Mat Sabu pula dengan geng AMANAH sedia mengundi menolak hudud di parlimen. Ini parti Islam genarasi kedua kononnya yang tolok hudud. Macam mana orang yang menentang dasar Islam cuba untuk ganti PAS di Kelantan. Agaknya "syaitan" mana nak sokong?

Geng AMANAH makin meracau. Akibat tidak boleh terima kekalahan pada muktamar, semuanya nak dibakar!! Katanya mereka ini profesional tetapi tindakan menunjukkan mereka tidak matang dan sangat emosi.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment