Friday 6 November 2015

Husam ni buta, atau sengaja buat buta?


Saya mendapat banyak pertanyaan berkenaan dengan kenyataan Husam Musa. Tak tahu mana satu saya nak mulakan. Saya dahulukan pasal gaji exco Kelantan naik.

Kenaikan ini membabitkan kenaikan elaun menteri besar daripada RM12,800 kepada RM15,000 sebulan, timbalan menteri besar, (RM8,800 kepada RM13,000), exco serta speaker DUN, (RM6,000 kepada RM10,000) dan ADUN (RM4,600 kepada RM8,000).

Bagi saya, yang lebih daripada 20 tahun berada dalam kerajaan merasakan perkara ini suatu yang tidaklah pelik memandangkan ekonomi negara yang makin teruk. Gaji ini sepatutnya sepadan dengan tangga gaji DG52 atau DG54 barulah kedudukan wakil rakyat boleh selesa.

Husam ni sebenarnya buta dalam banyak hal setelah dia tidak lagi memimpin PAS Kelantan.

Entah dia sedar atau tidak sedar bahawa semua wakil rakyat PAS dikehendaki potong gajinya 20% untuk diberikan kepada parti. Amalan ini telah dilakukan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan diteruskan oleh YAB Dato' Ahmad Yaakob.

Malah bukan ini sahaja, ada wakil rakyat PAS yang derma 100% gaji mereka untuk urusan pejabat DUN. Adakah Husam tidak mengetahuinya??

Kenapa Husam membangkitkan tentang kenaikan elaun ini? Adakah Husam sengaja nak memburukkan exco dan wakil rakyat kononnya wakil rakyat PAS tamakkan harta sedangkan setiap minggu dalam kuliah kita selalu diperingatkan tentang perjuangan Islam memerlukan derma dan derma yang kita hulurkan walaupun sedikit tetapi derma itu merupakan simpanan kita diakhirat nanti.

Adakah Husam turut menyumbang 20%? Atau di "escape" dan buat tak tahu kemudian menjadi juara rakyat kononnya dia tak mahu bebankan rakyat? Kalau kita tidak menyumbang, jangan kita burukkan orang yang menyumbang sebahagian daripada hartanya dalam kita mencari publisiti dan berkempen untuk parti baru AMANAH yang hakikatnya berkempen untuk UMNO.

Apa yang boleh saya komen Husam sebenarnya adalah satu daripada proxy UMNO yang sedang merosakkan PAS dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas dan mencipta persepsi buruk. Husam yang mengatakan "Hamba sampai mati dalam PAS" sebenarnya sedang mengorek lubang untuk menjahanamkan PAS.

Apakah Husam menyangka dengan menolak UG dia terselamat daripada menjadi sebahagian proxy UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Islam Kelantan yang telah dibina oleh TGNA. Sangat menyedihkan.

Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment