Friday 6 November 2015

Berapa kali Husam menyebut ini kali pertama?



Saya meneliti dan mendengar ucapan Husam Musa yang cuba diviralkan oleg geng AMANAH dalam media sosial kononnya Presiden PAS nak buat UG dengan UMNO Selangor.

Yang UG tu saya akan menulis kemudian. Saya nak tumpu pada tawaran Anwar Ibrahim untuk lantik Husam Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.


Dalam ceramah yang diviralkan Husam ada menyebut, apa yang disebut oleh Saifuddin Nasution itu adalah kali pertama hamba dengar.

Husam kata ini kali pertama tawaran ini dia mengetahui.

Husam Musa lupa, semasa ceramah kempen untuk PRU-13 di mana Husam bertanding di Putrajaya atas arahan Tuan guru Nik Abdul Aziz (saya membaca TGNA cuba untuk skip Husam di Kelantan) Husam Musa juga menyebut bahawa penyataan Anwar Ibrahim nak dia menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Abdul hadi Awang adalah kali pertama.

Saya nak tanya kepada Husam dan pengikut Husam yang tidak pekak dan tuli semasa mendengar ceramah Husam, mana yang pertama 2013 atau 2015??

Saya baru faham rupanya kenapa ada hadis tentang sifat-sifat munafik iaitu apabila mereka bercakap mereka bohong/dusta.

Makin kita teliti, makin terserlahlah pembohongan Husam Musa. Tak percaya kata saya, pergilah ke blog tulisan Sayuti Omar (MSO) orang kuat Husam, kawan baik dia pula tu. Apa MSO dalam tulisannya pasal Husam? Ada 13 siri tulisan berkenaan yang melondeh sifat sebenar Husam Musa yang kebanyakkan orang tak tahu.

Saya tak suruh pembaca membaca tulisan Kickdefella (Syed Azidi ahli UMNO yang Husam buat orang kanannya sehingga fail post mortem kekalahan PAS Kelantan ada di tangan Syed Azidi).

Kalau baca tulisan Kicdeffela bukan terlondeh lagi, telanjang bulat Husam Musa dibuat oleh Syed Azidi.

Tapi tak ramai yang nak berfikir pasal perkara ini, sebab kita selalu tertipu dengan lemah lembut percakapan manusia.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

3 comments:

  1. Baju PAS Tapi Spender PAN Imayam.

    ReplyDelete
  2. Ketahuilah oleh kamu bahawa tanda2 orang AMANAH itu ada 3:

    1. Apabila kalah pemilihan jawatan parti mereka akan keluar dan menubuhkan parti baharu.

    2. Apabila berbaiah, mereka akan melanggar baiah dan membayar kifarah.

    3. Apabila ditanya pendirian mereka berkaitan hudud, mereka akan merujuk kepada majlis syura DAP.

    kah kah kah

    ReplyDelete
  3. mau cari makan kalu, join umno la.....PAN dok rok

    ReplyDelete