Sunday 24 May 2015

Daripada Syura kepada Debat, Idea siapa ni?


Saya ditanya berkenaan debat dalam pemilihan muktamar PAS kali ini. Yang bertanya kata Ustaz Ahmad Awang telah bersetuju, Ustaz Abdul Hadi nampak tak melayan aje. Yang bertanya menyebut juga berkenaan Suhaizan Kaiat bersetuju, malah beriya-iya tapi Ustaz Nik Abdul pula setuju tapi mengambil pendirian untuk mendiamkan diri.

Saya mengemukan soalan balas. Zaman nabi dah ada ke debat ni? Ok saya tanya lagi. Adakah pemilihan kepimpinan di asaskan debat sebelum nabi?

Seorang kawan saya dalam kumpulan kami berkata yang pertama berdebat ialah syaitan dengan Allah s.w.t. pasal kes sujud kepada Adam a.s.

Ya, dalam surah al Baqarah semua orang tahu pasal debat syaitan dengan Allah s.w.t. Syaitan dalam debat tersebut memberikan 4 hujah kepada Allah s.w.t kenapa dia tak nak sujud kepada Adam a.s.

Dalam tulisan ini saya akan berikan 2 hujah syaitan.. bakinya cari sendiri. Satu, syaitan kata dia lebih senior daripada Adam, takkan senior sujud kepada junior? Hujah kedua, syaitan kata dia dijadikan daripada api sedangkan Adam daripada tanah. Tanah dengan api mana lebih hebat? Kalau kita lihat cerita Avatar the Last Airbender, Tanah, Angin, Air dan Api. Yang hebatkan api.

4 hujah dalam debat antara syaitan dengan Allah s.w.t. syiatan telah mengemukan hujah yang sangat logik daripada akal fikiran kita.

Saya tanya dalam nada sinis, agaknya kamu nak sokong Syiatan atau Allah s.w.t?

Ok. Kita pergi pula zaman Rasulullah s.a.w. dalam pemilihan kepimpinan. Adakah debat menjadi satu agenda dalam pemilihan untuk memilih kepimpinan?

Tidak!!!

Rasulullah s.a.w. ikutan kita mengajar pemilihan kepimpinan melalui syura. Ini yang dididik dan diajar oleh Rasul kepada kita yang mengikut rasul dengan asalan kita meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w dalam urusan dakwah.

Saya banyak kali menulis dan memberi maklumat sebelum ini ada usaha dalam PAS untuk menjadikan syura sebagai asas kepada perjuangan PAS yang mana pernah dicadangkan sehingga jawatan Naib Presiden PAS pun disyurakan. Tapi masa itu Salahudin Ayud dan Mahfuz tak setuju.

Saya melihat, orang muda pada masa itu rasa peluang mereka tidak cerah untuk jawatan jika syura diadakan, pasal itu mereka membantah. Saya tak sangka pemilihan syura menjadi makin diketepikan dengan alasan PAS adalah parti demokrasi maka pemilihan perlu melalui undi. Jika dihalusi perkara ini sebanarnya inilah dipanggil penyelewengan dalam jalan dakwah secara halus.

Saya tidak menolak debat itu satu daripada kaedah, tetapi debat lebih kepada untuk mengasah berhujah dan kepetahan untuk berfikir. Debat lebih kepada proses tarbiyyah bukan proses pemilihan kepimpinan -- yang ini saya boleh berdebat dengan siapa tak setuju.

Sekarang ini ada usaha untuk menyelewengkan PAS daripada gerakan Islam kepada sebuah parti politik. Usaha dibuat sangat halus, jika kita tidak bertindak sekarang maka kita akan menyelesal apabila PAS sudah rosak jalan dakwahnya.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

4 comments:

  1. Di bandingkan quality pemimpin seperti Umar dan Abu bakar dgn quality pemimpin skarang. Lepas tu debat tak sesuai dgn system undi yg takda zaman nabi?? Gua jem idea mcm ni. PAS ni parti kampung? Ulasan takda quality

    ReplyDelete
  2. Paa berlandaskan quran dan sunnah....kau berlandaskan nafsu dan duniawi...sbb tu otak kau jem...

    ReplyDelete
  3. Mmm.. Bila geng "ahli syurga" bersuara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. abis tu kau nak ikut sytem ape lagi? demokrasi ? kau tgk kat amerika sape yg kempen dengan duit paling banyak menang, walaupun dah ada beratus2 akta utk halang politik wang tapi si pelobi masih boleh cari loophole utk legalize-kan rasuah, sampai rakyat amerika sendiri dah fedup n malas nak mengundi, itu ke yg kau nak? system 2 parti ni tak banyak beza pun dengan system 1 parti ala diktatorship, dua2 tuhannya duit

      Delete