Wednesday, 23 September 2015

Cerita Ambiga Memenuhi Ruang Whatsapp


Pagi ini ruang whatsapp di beberapa groups yang saya hadir telah dipenuhi dengan cerita Ambiga. Parti-Parti Politik dan NGO telah dijemput untuk Persidangan Meja Bulat di Hotel Empire, Subang. Malangnya PSM tidak pula diundang (sila baca di sini) atas sebab yang hanya boleh dijawab oleh mereka yang menjadi perancang Pakatan Baru nak ganti pakatan lama.

Dikatakan Ambiga mempersoalkan persidangan meja bulat ini kerana wujudnya 'hidden' agenda disebalik persidangan tersebut. Ambiga mempersoalkan kenapa NGO dijemput sedangkan penubuhan PAKATAN HARAPAN telah pun dibuat sebelum itu.

Saya difahamkan bahawa kenyataan Ambiga ini adalah merujuk kepada pertemuan sebahagian pimpinan PKR, DAP dan serpihan PAS.



Pakatan Harapan sebenarnya telah dirancang awal. Anda boleh baca artikel Malaysiakini bertajuk "Pakatan leaders informally discuss Pakatan 2.0?" Jadi bagi Ambiga apa guna panggil NGO? Atau NGO sekadar alat sahaja untuk politik murahan ini?


Ambiga juga mempersoalkan kenapa persidangan ini bersifat tergesa-gesa seolah-olah sengaja untuk menepikan PAS. Kenyataan dikuatkan apabila PAS berkata tidak akan sertai terus AMANAH menunjukkan sikap sebenarnya yang memang tidak mahu PAS.




Bagi Ambiga, PAS adalah parti pembangkang yang kuat dan tulang belakang kepada Melayu perlu ada dalam barisan Pembangkang untuk politik Malaysia. Malah bukan sahaja Ambiga Tian Chua pun pernah membuat kenyataan seperti ini di akhbar berbahasa Cina.

Without PAS , Pakatan Rakyat cannot topple BN
Ambiga dikatakan keluar dalam majlis persidangan meja bulat setelah tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh DS Wan Azizah serta Rafizi Ramli. Malah bukan Ambiga, Maria Chin turut keluar majlis lebih awal.

Saya sangat setuju dengan tulisan Zasyaf Ishak di The Malaysian Insider ‘Pakatan Harapan’ suatu permulaan yang longlai.

Kesimpulan tulisan Timmy Say dalam portal yang sama juga boleh diambil renungan

"Hanya mereka yang mempunyai ego yang tinggi sahaja masih cuba menanam idea bahawa situasi ini menguntungkan pembangkang. Berhati-hatilah dengan idea yang ditanam para 'political animal', takut-takut yang digali rakyat ialah bom yang diceritakan sebagai ubi."


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

4 comments:

  1. RAFIZI TERKEDU DITENGKING AMBIGA???

    "Tanjat Ge-Girl kena tengking Tau..."
    Wah!!! Ini satu berita menarik ni. Berani betul Si Ambiga tu nak tengking seorang budak yang dianggap Paling Bijak dalam kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu secara terbuka.

    Katanya, Si Rafizi tu sampai terdiam dan terkedu apabila bekas Pengerusi BERSHIT tu menengking dia sewaktu rundingan Meja Bulat berhubung pembentukan Pakatan Haprak tu baru - baru ni.

    Laporan mengenai insiden itu telah disiarkan dalam akhbar News Straits Times yang mendakwa kononnya Si Ambiga tu tak bersetuju dengan cadangan pembentukan Pakatan Haprak tu.

    Laporan itu mendedahkan, Ambiga meluahkan rasa tidak puas hati dia dan menganggap tindakan Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan itu sebagai satu langkah yang tergesa - gesa.

    Yang lebih menariknya ialah apabila laporan tersebut menyebut, tindakan Ambiga itu adalah kerana pembentukan Pakatan itu meminggirkan PAS dan tidak mengiktiraf penglibatan parti tersebut.
    “Ambiga telah kritikal dalam soal ini. Dia (Ambiga) bertanya kenapa masih memerlukan pendapat pihak lain berkaitan pembentukan pakatan pembangkang, sedangkan Wan Azizah sudah membuat keputusan dan mengumumkannya (tengahari semalam)


    “Ambiga bertanya kenapa perlu kami (NGO) hadir di sini, apabila kamu telah membuat keputusan sendiri. Beliau juga berkata Wan Azizah perlu realistik dalam soal ini dengan mengambil kira keadaan sebenar di peringkat akar umbi," lapor NST.
    Walaubagaimana pun, tindakan Si Ambiga yang lantang mempertikaikan tindakan Wan Azizah yang telah membuat pengumuman itu secara tergesa - gesa telah dibidas semula oleh Rafizi.

    Namun, cubaan Si Rafizi tu nak tunjuk Hero dengan mempertahankan 'Boss' dia cuba memberikan 'Ceramah' mengenai 'Prinsip Pakatan Pembangkang' itu telah dibentak oleh Si Ambiga.
    “Kami tidak mahu mendengar ceramah berkaitan prinsip. Awak (Rafizi) tidak menjawab soalan saya. Kenapa awak tergesa-gesa,” bidas Ambiga.
    Laporan NST itu juga turut mendedahkan bahawa Ambiga tetap bertegas menyatakan bahawa peranan PAS adalah siginifikan dalam menarik sokongan dikalangan rakyat pada ketika ini.

    Selepas bertindak menengking Si Rafizi, Ambiga juga dilaporkan telah meninggalkan rundingan Meja Bulat itu sebelum acara pengumuman dan pelancaran Pakatan Haprak 2.0 itu dibuat.

    Kesimpulannya, cadangan pembentukan Pakatan Haprak yang diumumkan semalam membuktikan bahawa mereka sudah semakin terdesak.

    ReplyDelete
  2. KHALID SAMAD SONGEH DITUDUH PENIPU???

    Hahaha!!! Nampak sangat yang Si Khalid Samad tu cuba untuk menegakkan benang yang basah bila dia dituduh sebagai seorang Penipu. Mula la dia hilang akal dan meroyan tak tentu arah.

    Seperti biasa, alasan yang diberikan oleh Si Khalid Samad tu untuk mempertahankan diri sudah pastinya dia mendakwa kenyataan dia keluarkan telah disalah-ertikan oleh pihak PSM.

    Dalam erti kata lainnya, laporan yang disiarkan didalam media sebelum ini telah disalah tafsir sehingga menyebabkan timbulnya salah faham bagi pihak PSM berhubung isu keahlian Pakatan Haprak Baru tu.
    “Sedangkan, sepertimana yang telah saya jelaskan, saya hanya menyatakan jawapan yang diberi apabila soalan itu ditimbulkan semasa sidang meja bulat.
    “Walau apa pun, pada dasarnya sidang meja bulat diadakan untuk menghidupkan kembali PR yang telah berpecah. Oleh itu hanya parti yang terlibat dengan PR telah dijemput sebagai langkah permulaan,” katanya.
    Kiranya, jika kita lihat dari satu sudut, memang Si Khalid Samad tu cuba mendabik dada dan mendakwa puak - puak PSM tu tak layak untuk menjadi sebahagian dari Pakatan Haprak tu.

    Perkara tu dapat kita lihat apabila Si Khalid Samad tu menegaskan bahawa mereka yang telah mengkhianati PAS sebelum ini lebih layak untuk menyertai Pakatan tu berbanding PSM.

    Alasan yang diberikan ialah sebab diorang dah lama berjuang dalam Pakatan sedangkan pihak PSM tu baru sangat nak menyertai Pakatan tu apabila ianya dijenamakan semula baru - baru ini.

    Persoalannya, adakah itu sebab utama kenapa puak - puak PSM tu tidak dijemput menyertai rundingan Meja Bulat yang diadakan sebelum ini? Adakah itu yang membuatkan PSM tidak layak untuk menyertai Pakatan Haprak Baru tu?

    Jelas, tindakan Si Khalid Samad tu sebenarnya hanya sekadar nak menutup kemaluan diri dia sendiri je. Apa yang dia buat membuktikan bahawa dia tidak menghargai sumbangan PSM kepada Pakatan. Jadi, sebab tu la dia meroyan tak tentu arah!!!

    ReplyDelete
  3. PSM BENGKAK, KHALID SAMAD DIDAKWA PENIPU!!!

    Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan alasan yang diberikan oleh dua pemimpin Pakatan Harapan, Ong Kian Ming dan Khalid Samad mengenai ketiadaan parti berkenaan dalam rundingan meja bulat pada Selasa lalu adalah sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.

    Ahli jawatankuasa PSM, S Arulchelvan berkata, kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut mengenai PSM tidak menerima Polisi Bersama Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan juga menolak Artikel 153 berkenaan hak-hak keistimewaan Bumiputera adalah satu pembohongan.

    “Semasa PRU 13, PSM ada mencetak dan mengeluarkan satu manifesto dimana tajuk Manifesto PSM adalah UDAHLAH TU ! TOLAK 56 TAHUN UMNO-BN.

    “Saya sertakan manifesto ini disini dimana dalam mukasurat 20 & 21 digariskan Hubungan PSM & PR. Dalam Manifesto PSM, kita telah mengatakan PSM menerima dan menyokong Manifesto PR dan buku jingga,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkannya semalam.

    Katanya, PSM mencabar kedua-dua pemimpin tersebut dan menuntut penjelasan mengenai kenyataan palsu yang dibuat ke atas mereka.

    Katanya lagi, PSM turut meminta pihak pakatan untuk menjelaskan secara lanjut serta bukti yang mengatakan parti itu menolak Artikel 153 tersebut.

    “Sebelum ini terdapat hanya tiga mesyuarat yang diadakan antara PSM pada PR dan isu Artikel 153 tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam ketiga-tiga mesyuarat berkenaan.

    “PSM tidak terdesak atau kecewa apabila tidak dijemput untuk menghadiri rundingan berkenaan kerana kami percaya ia adalah hak mutlak penganjur tetapi tidak boleh bertolak ansur dengan pembohongan secara terang-terangan ini.

    “Oleh itu PSM mengharapkan agar Pakatan Harapan memberikan penjelasan yang sewajarnya dan kami mendoakan yang terbaik untuk gabungan berkenaan,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah Pengkhianat tu, pengkhianat juga lah.

      Delete