Saturday 28 January 2012

Aziz Bari minta jadi calon, tapi Mazidul Akmal Sidik di minta jadi calon!!

Semua orang kenal Mazidul Akmal Sidik merupakan pengacara 999 di TV3 yang terkenal. Selkain daripada menjadi pengacara TV, Mazidul Akmal Sidik juga adalah blogger yang telah menulis lebih daripada 2000 entri dalam blognya semenjak tahun 2008 lagi.

Blog juga yang lebih bersifat 'penceritaan' masalah semasa rakyat melalui lensa wartawan agak menarik. Ada entri yang ditulisnya menyetuh hati kerana dia menulis secara telus dan berani.

Maaf di tidak jadi calon parti mana-mana tetapi blognya dicalonkan di World Bloggers And Social Media Awards 2012.


Blog Mazidul Akmal dicalonkan dalam kategori Most Vocal Blog, blog ini dicalonkan bersama 8 blog lain.

Jika pembaca berasa blog http://mazidulakmal.com wajar dipilih sebagai blog terbaik, sila klik Most Vocal Blog untuk mengundi.


Ketika entri ini ditulis, blog ini berada di kedudukan tercorot.


Andai pembaca sudi mengundi blog ini, sila catatkan di ruang komen di bawah, 'SUBI' bermakna Saya Undi Blog Ini.

Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...

Sebelum ini Dr Hassan Ali dikatakan nak masuk UMNO, Aziz Bari juga mengkritik agar disingkirkan Dr Hassan Ali bagi kelicinan perjalanan ke Putrajaya. Masalah Dr Hassan Ali telah selesai, sekarang nampak Ustaz Azizan pula buat hal.

Dr Aziz Bari sekali lagi dengan lantang meminta Ustaz Azizan di pecat. Katanya Ustaz Azizan sesuai berjuang dalam UMNO. Hari ini Ustaz Azizan mengulas kenyataan Aziz Bari.

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.

Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.

Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar) menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.

“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.

“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.

Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”

Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.

“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.

Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.

“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.

“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.

PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat


SELEPAS INI KITA MINTA PAS PECAT PULA PRESIDEN KERANA PERNAH BAWA IDEA UG!

Benarlah kata-kata Nik Abdul Aziz

Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini kata orang 'mulutnya masim'. Kata-katanya adalah benar. Banyak pandangan politik sekarang terutama dalam PAS adalah hasil kerja Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Siapa yang berani angkat muka dengan beliau?

Banyak kali TG Nik Abdul Aziz telah mengungkapkan kata-kata bahawa bakal Perdana Menteri apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya ialah DS Anwar Ibrahim. Sepatutnya perkara ini sudah jelas kepada ahli-ahli PAS.

Saya terbaca satu petikan terbaru di MalaysianInsider yang mengesahkan perkara ini.

Disebalik persiapan dan harapan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan hasrat mahu berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Kata Hadi, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.

Beliau (gambar) berkata sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam pilihan raya ke-13.

“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya menambah menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.

Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir macam Hassan Ali?

Datuk Dr Hasan Ali dipecat tanpa pembelaan diri baru-baru ini kerana membuat kenyataan yang bercanggah dengan parti dan Pakatan Rakyat, maka ramai juga yang tertanya apa cerita pula tentang bekas Menteri Pelancongan,Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Tindak tanduk bekas Menteri ini yang mengkritik Barisan Nasional secara terbuka kebelakangan ini juga serius jika diberbandingkan dengan Dr Hasan.

Perdana Menteri, DS Najib nampak relaks sahaja ketika jawab soalan daripada wartawan tentang Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir semasa sidang akhbar selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC Jumaat lalu.

Dr Hassan Ali mulai di fitnah?

Kononnya maklumat ini diperolehi Maklumat yang diperoleh daripada SUK Selangor, Shah Alam. Dr Hassan Ali nak kereta Camry yang dibeli Kerajaan Selangor pada asalnya sebanyak RM175,000 dinilai berharga RM100,000 dengan harga RM70,000.00

Dr Hassan Ali dikatakan gila plat kerata dan maki hamum SUK. Baca cerita fitnah di sini. Sebelum ini Dr Hassan ali dikata telah berhutang dengan Harakah sebanyak RM70 ribu.

Aku bukan nak bela Dr Hassan Ali yang dipecat oleh PAS, tapi aku tak nak jadi penyebar fitnah dan nampaknya blog-blog Pakatan Rakyat suka sangat mencerca mereka yang tak bersehaluan.

Semua Agama Adalah Baik?

Saya rasa amat tidak selesa sekarang ini kerana terlalu longgar pegangan  sesetengah dari kita terutamanya bila kita memperkatakan isu kebebasan  berfikir dan bertindak dalam rangka  hak asasi mnusia vis-a-vis pengabdian  diri pada Allah swt. Aliran fikiran orang-orang yang  mendakwa dirinya intelektual dan bijak pandai mirip pada mengatakan bahawa isu yang penting ialah percaya pada Tuhan dan cara bagaimana pengabdian pada Tuhan dibuat dan diaturkan boleh berbeza-beza.

Kefahaman semua agama baik ini sebenarnya telah lama menular di Barat. Saya terkejut dengan Angelina Jolie yang berlakon cerita hampir lucah/lesbian "Gia" boleh bertudung.

Pasangan pelakon Hollywood Angelina Jolie dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.

Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.

"Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia," ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade.

Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.

"Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan," katanya pada Sabtu.

Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah.

"Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka," ujarnya.

Kekecohan di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan

Tindakan sekumpulan jemaah yang baru selesai menunaikan solat jumaat di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan berkumpul untuk tunjuk perasaan di luar perkarangan masjid telah dibantah oleh kumpulan yang lain menyebabkan kekecohan berlaku.

Masjid rumah Allah, sepatutnya kesabaran perlu diutamakan. Nafsu semata-mata tidak kemana walaupun tindakan yang nak dilakukan adalah baik. Biarlah agama menguasai akal.