Mat Sabu mengisytiharkan kumpulan yang disingkir akar umni PAS pada myktamar lalu telah mengambil-alih “Workers Party” dan sedang menunggu kelulusan nama baru iaitu “Parti Amanah Negara” (AMANAH @ PAN) sebagai wadah baru menggantikan Gerakan Harapan Barunya.
Mengikut Mat Sabu parti baru juga mahu memperjuangkan Islam dan akan dirasmi pada 16 September nanti dengan jangkaan keahlian seramai 35,000 orang.
Mat Sabu juga menyebut parti baru mungkin mempunyai 10-12 wakil rakyat lompat parti.
Lompat parti ini beretika atau tidak? Saya tak nak jawab. Elok dengar sendiri ucapan Khalid Samad. Tengok dan dengar sendiri Khalid ini jenis orang yang hebat berhujah atau orang yang celaru. (Dulu saya menulis tapi puak parti baru suka sangat spin. Jadi lebih baik bagi audio video pulalah)
Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment