Ramai yang bertanya berkenaan bai'ah PAS Kelantan. Ada yang minta salinan jika saya ada. Jadi saya sertakan contoh salinan bai'ah, pasal bai'ah Dr Hatta sekarang ini dah jadi terlalu sulit dan sukar untuk didekati dalam simpanan PAS Kelantan.
Salinan ini dalam tulisan jawi. Kalau ada yang tak 'reti' baca pasal terlalu profesional dan progresif saya tolong rumikan.
Bahawa saya .................................................. berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan rasul-Nya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Dan bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli dewan negeri/dewan rakyat, maka tertalaklah isteri/isteri-isteri saya dengan tiga talak dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut adalah haram.
Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI untuk meletakkan jawatan dari menjadi ahli dewan negeri/dewan rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti.
Ramai yang tak faham berkenaan dengan bai'ah tambahan talak isteri dengan talaq 3 yang diminta oleh tuan guru Nik Abdul Aziz. Anda boleh baca di sini.
Saya setuju dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang menyatakan dalam kuliah Jumaatnya pada 4 September 2015 bahawa bai'ah talaq 3 itu lebih kecil daripada bai'ah dengan Allah s.w.t. tetapi akhbar lebih fokus kepada isu talaq 3.
Isu bai'ah ini tiada paksaan bagi mereka yang ingin menjadi calon terutama di Kelantan kerana di situ adalah kawasan selamat.
Sejarah calon di Kelantan perlu difahami. Dulu Kelantan beri 4 MP kepada luar daripada PAS Kelantan. Masa itu yang dapat ialah Nasuriddin Mat Isa, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Mohd Ramli dan Kamaruddin Jaffar.
Kemudian Tok Guru menyebut untuk memberikan 2 sahaja MP untuk PAS luar Kelantan pada PRU-13. Idea ini disebabkan ada kawasan yang mana MP jarang pulang seperti Mat Sabu dulu. Maka menjadi isu dalaman parti walaupun taklah serius sangat siapa akan ditolak.
Yang sah memang ustaz Nasruddin Mat Isa atas isunya. Tinggal 3 orang yang sudah pasti akan ditolak seorang. Ada orang yang mengatakan ketiga-tiga ini mula aktif pulang ke Kelantan untuk meninjau masalah di kawasan masing-masing. Ada sindir-sindir sinis kata nak elak namanya akan tercicir sebagai calon pada PRU-13.
Projek untuk bertapak di Johor dan Salahuddin Ayub diminta bertanding di Johor, walaupun pada mula dia tak setuju akhirnya dia akur. Maka tinggallah 2 orang MP dan kedua-duannya selamat pada kerusi MP yang diduduki sebelum ini.
Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment