Monday 5 October 2015

Lebih Baik Peluk Mahathir Daripada Berhimpit Dengan Amoi


Saya mendapat komentar yang nakal bila tersebarnya gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan mesra dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila mereka bertemu pada majlis perkahwinan Akmal Heiqal Kamaruzaman dan Nurshuhada Wan Mohamed Azman di Kota Damansara baru-baru ini.

Saya pun hairan melihat gelagat kurang matang kawan-kawan yang 'terkeluar' daripada PAS atas pertemuan singkat ini. Kita kena bina politik matang dan isu pertemuan, ramah mesra dan kunjung mengunjung antara 'musuh politik' sepatutnya tidak menjadi viral.

Sebelum ini apabila DS Najib bertemu Ustaz Hadi atas lawatan kerana Ustaz Hadi masuk hospital juga diviralkan kononnya ini adalah bibit-bibit UG.

Kempen pemilihan dalam muktamar telah dicemar fitnah kononnya mereka yang bertanding dalam team melawan Presiden pada masa kerana tak mahu Ustaz Hadi bawa PAS bergabung dengan UMNO yang tidak disukai oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Ini main sentimen TGNA).

Tapi bila muktamar berlalu UG hanya sekadar fitnah sahaja tak ada asas yang kukuh, tapi pembohongan yang diulang-ulang mengunakan cara UMNO sedikit sebanyak telah memakan hati sebahagian ahli-ahli PAS. Itu jahatnya fitnah.


Kita tidak lupa gambar bagaimana gambar Ustaz Hadi berpeluk dengan Lim Kit Siang ketika PAS memerinah Terengganu telah dijadikan bahan kempen oleh UMNO.


Rupanya kawan-kawan saya dalam parti AMANAH ini mulut sahaja bercakap menolak UMNO tapi cara dan gaya mereka berkerja sebjik macam UMNO.

Dalam menjawab apa yang diviralkan dalam groups whatsapp kami, saya menghantar gambar ini sambil menulis sedikit note "Lebih Baik Peluk Mahathir Daripada Berhimpit Dengan Amoi"


Saya juga hairan penasihat dan pembantu penasihat dalam parti AMANAH ini, tidak ada sebarang teguran atas apa yang berlaku seolah-olah mengiyakan kata-kata Mat Sabu INI PERKARA KECIL sahaja.



Saya masih menunggu daripada sesiapa sahaja, daripada mana sumber sekali pun yang Ustaz Ghani Shamsuddin pernah membuat teguran atas perkara yang disebut. Jika perkara ini tidak berlaku apalah status pembantu penasihat sekiranya perkara seperti ini juga dinggap kecil.

Malang dalam usia kita makin tua kita tergelincir daripada landasan yang benar sehingga kita hilang pertimbangan yang wajar.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment