Friday 27 November 2015

Mujahid Menghina Ayahnya Sendiri!



Mujahid dan Kamarul Bahrin yang mengadakan sidang media di Parlimen pada 24 November 2015 lalu menyerang PAS kononnya PAS adalah parti ekstremis, mengalakkan cerai isteri talak 3, mengkafirkan orang Islam lain.

Corak pemikiran inilah yang membentuk gaya Isis dan seumpamanya yang amat membahayakan masyarakat katanya pada sidang media tersebut.

Sunday 22 November 2015

Obama Sanggup Datang Ke Malaysia Kali Ke-2, Apa yang Amerika Mahu?


Lawatan kedua Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke Malaysia menimbulkan beberapa persoalan penting berhubung agenda utama yang sedang berlaku dalam negara. Ramai orang telah mengulas tentang perkara ini.

Kali pertama Obama mengadakan lawatan rasmi ke Malaysiaa ialah pada 26 April 2014.

4 MP PAS yang bertanding di Parlimen Kubang Kerian Dari Spesis yang sama


P024 Parlimen Kubang Kerian terdiri daripada 3 Dun iaitu DUN N17 Salor, DUN N18 Pasir Tumboh dan DUN N19 Demit. Yang menarik ada yang hantar maklumat kepada saya bahawa semenjak 1990 mereka yang bertanding di Parlimen Kubang Kerian terdiri daripada spesis yang sama.

Parlimen Kubang Kerian adalah kubu kuat PAS dengan 3 Dun yang kuat dan majoriti PAS menguasa segenap penjuru kawasan berkenaan.

Wednesday 18 November 2015

DAP mula menunjukkan sikap sebenar terhadap Bahasa Kebangsaan


Ahli Parlimen DAP dari Bandar Kuching berkeras mahu berbahas dalam bahasa Inggeris di dalam Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Beliau berpandangan perlembagaan negara membenarkan ahli-ahli parlimen dari Sarawak menggunakannya.

Sikap DAP dalam banyak perkara yang telah menjadi dasar bersama Pakatan Rakyat sebelum ini dan PAKATAN HARAPAN yang kononnya mengganti PR amat meragukan. Misalnya Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan Melayu.

Azmin tolong betulkan fitnah PAS Giler Kuasa - Video


Mereka yang menyerang PAS selalu termakan dengan pelbagai fitnah yang disebarkan oleh musuh PAS sama ada daripada luar mahupun dalam PAS sendiri yang bersifat 'munafik'.

Antara fitnah ialah PAS Giler kuasa sehingga sanggup tinggalkan rakan pakatan dan ingin bersama dengan UMNO dengan istilah nak berUG dengan UMNO.

Friday 13 November 2015

Adakah Kerana Ini, Husam Gila-gila Kata UG?


Banyak kali saya menulis mengenai Azmin sebagai MB Selangor bukan atas Pakatan Rakyat tetapi semasa perjumpaan dengan Sultan Selangor dia mendapat kelebihan Adun kerana sokongan PAS dan UMNO.

Saya dah tulis panjang pada artikel sebelum ini. Pembaca boleh rujuk di sini dan di sini.

Azmin Sibuk atau malas nak layan parti AMANAH?


Ekoran kesibukan menteri besar menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, kepimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH) hanya dapat membuat kunjungan hormat ke pejabat Mohamed Azmin Ali, pagi ini lapor Malaysiakini.

"Pagi ini kita hanya dapat buat kunjungan hormat dan hanya membincangkan bagaimana memperkukuhkan hubungan parti di Selangor serta sokongan kami kepada menteri besar," kata Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir.

Thursday 12 November 2015

Menjawab Fitnah Senarai Pengkhinataan Hj Hadi dalam PR


13 Jun lalu saya terima emel untuk mengulas Senarai Pengkhianatan Hj Hadi Dalam Pakatan Rakyat yang di tulis oleh M. S. Ibrahim Al-Malibar. Bila saya membaca senarai tersebut, mulut saya keluar perkataan kesian kepada penulis dan penyebarnya kerana membuat fitnah. Di akhirat nanti sudah pasti mereka tergolong golongan "muflis". Solat dan amalan baiknya hangus kerana membayar hutang fitnah. Sudaah pasti janji ALlah akan terlaksana.

Saya mengambil keputusan, tak payah balas, malas nak layan sebab terlalu banyak fakta yang bohong dan fitnah dalam tuduhan tersebut.

Gaji & Elaun Presiden PAS, Cybertropper AMANAH buat kerja bodoh


Saya terima masej daripada rakan geng AMANAH "Sungguh bertuah parti PAS kerana mempunyai seorang Tok lebai Presideng yang sangat 'Zuhud' dan tidak mengejar jawatan, harta dunia serta kuasa.. Takburrrrrrrr""X lama lg elaun penasihat. Boleh ler beli bot besao gi candat", tambahnya.

Kenapa ugut isteri, lebih baik ugut Husam sendiri?


Media akhbar pro pembangkang yang kini giat menyerang PAS dan cybertropper AMANAH telah menjadikan isu kononnya isteri Husam Musa diugut bunuh.

Yang tukang cerita dalam ceramah ialah Salahuddin Ayub. Dia berkata beliau dimaklumkan oleh Husam bahawa isterinya diugut bunuh.

Wednesday 11 November 2015

Janji Dengan Allah pun dia khianat, Ini pula dengan PAS



Khalid Samad berkata dia merasa aneh bahawa PAS tidak melihat keperluan untuk parti-parti yang membentuk kerajaan negeri untuk mempunyai perjanjian antara mereka tentang apa yang mereka persetujui bersama.

Katanya lagi, mereka yang bersama kerajaan negeri Selangor akan memahami keperluan untuk perjanjian seperti yang dicadangkan oleh AMANAH dan menjelaskan kepada mereka yang jahil.


Tuesday 10 November 2015

Sedia Ganti PAS di Kelantan Mat Sabu Lupa 2 Perkara


Parti Amanah Negara (AMANAH) bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu.

Mat Sabu berkata, jika sokongan AMANAH hebat, Amanah bersedia untuk bertanding di Kelantan untuk lawan UMNO. Ini bermakna AMANAH juga akan melawan PAS kerana sudah pasti PAS akan bertanding pada kerusi asalnya dan akan wujud pertandingan 3 penjuru.

Monday 9 November 2015

Husam bodoh untuk mengerti pemikiran Tok Guru


Ada yang menulis, termasuk Greenboc (dulu blognya berada rangking sekitar hampir 1000 tapi  kini 585,979 di Malaysia, menunjukkan pembaca tidak suka tulisan berbentuk fitnah) tentang Adun Salor, Datuk Husam Musa kononnya melontar 'bom' pada satu ceramah yang mendakwa cadangan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi penasihat kepada Umno adalah sebahagian dari perancangan kerjasama antara kedua-duanya.

Kawan-kawan saya yang pro AMANAH minta saya komen.

Friday 6 November 2015

Berapa kali Husam menyebut ini kali pertama?



Saya meneliti dan mendengar ucapan Husam Musa yang cuba diviralkan oleg geng AMANAH dalam media sosial kononnya Presiden PAS nak buat UG dengan UMNO Selangor.

Yang UG tu saya akan menulis kemudian. Saya nak tumpu pada tawaran Anwar Ibrahim untuk lantik Husam Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.


Husam ni buta, atau sengaja buat buta?


Saya mendapat banyak pertanyaan berkenaan dengan kenyataan Husam Musa. Tak tahu mana satu saya nak mulakan. Saya dahulukan pasal gaji exco Kelantan naik.

Kenaikan ini membabitkan kenaikan elaun menteri besar daripada RM12,800 kepada RM15,000 sebulan, timbalan menteri besar, (RM8,800 kepada RM13,000), exco serta speaker DUN, (RM6,000 kepada RM10,000) dan ADUN (RM4,600 kepada RM8,000).