Thursday, 17 September 2015
Cakap-cakap Pasal Logo Parti Baru Amanah
Kawan saya yang bermazhab GHB ada tanya dalam whatsapp pasal logo parti Amanah. Dia mungkin nak mengusik saya. Saya tanya dia siapa yang reka logo itu? Dia tak jawab. Oleh kerana dia tak jawab saya rasa saya perlu perkembangkan cakap-cakap pasal logo AMANAH parti kumpulan kecewa dalam PAS ini.
Bila sahaja logo AMANAH dilancarkan (sebenar sehari sebelum dilancarkan dah tersebar pasal logo tu dah bocor melalui FB Tarmizi Mohd Jam) ramai yang bagi komen.
Ada yang mengatakan logo ini mirip Freemason. Konsep tiga segi dan matanya.
Walaupun tak ada unsur yang boleh disinifikasikan secara khusus bahawa ini adalah logo freemason tetapi dalam facebook perkara ini telah diperkatakan sangat ramai oleh natizen.
Saya lebih berpendapat logo ini diciplak (curi) daripada logo TV Imayam sempena nama gunung Imayam di negeri Tamil.
Kita semua tahu dan sedar bahawa nama sahaja parti AMANAH tetapi kerjanya mencuri dan menciplap. Ahli-ahli dan pemimpinnya tidak amanah. Dulu berjanji untuk setiap dengan PAS dan diberikan kawasan untuk bertanding. Mereka ini bersumpah setia tetapi apabila kalah dalam pemilihan akibat daripada akar umbi parti PAS tidak restu cara mereka, lalu mereka menubuhkan parti baru dengan mencuri ahli-ahli parti lama dengan pelbagai fitnah. Malah cara dan gerak kerja parti lama diciplat bulat-bulat. Misalnya Unit Amal, Nisa', Pasti, kerja organasasi dll lagi.
Kalau setakat logo yang kecil ini saya tak hairan jenis manusia yang TIDAK AMANAH ini akan menciplaknya daripada mana-mana yang dia orang suka.
Kalau sesuatu perkara dibuat dengan titik permulaannya kotor hasilnya akan kotor juga, walaupun ramai mana orang yang bersih cuba masuk ke dalam untuk mencucinya pasti orang yang mencuci itu akan terpalit kekotoran hasil daripada asas yang kotor itu. Saya tak bermaksud kepada Ustaz Ghani dan beberepa orang Ustaz yang tertarik dengan Putrajaya tapi kalau pembaca rasa macam tu, pulang lah.
Pembaca untuk menilainya, saya sekadar memberi pendapat.
Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Depa ni macai DAP. Kira kepala roket kut
ReplyDeleteKamal Atarturk awal2 pun solar belakang mufti Dan bertakbir.
DeleteAbdullah bi Ubay oun awal2 solat disaf yg pertama
Respect and that i have a dandy present: How Many Home Renovation Shows Are There log home restoration near me
ReplyDelete