Thursday, 17 September 2015

Cakap-cakap Pasal Logo Parti Baru Amanah (2)


Logo yang hampir sama memang suatu perkara yang lumrah tetapi kalau yang ciplak sehingga logo itu ditindan tidak menunjukkan sebarang perbezaan dari segi degree lengkungannya itu suatu yang mengaibkan. Apatah lagi yang dikatakan kumpulan profesional yang buat kerja macam ini.

Isu logo memang tak perlu dibesarkan, tetapi jika ciplak menjadi asas kepada suatu parti yang membawa slogan AMANAH sungguh memalukan. Mana sikap amanahnya? Bagaimana rakyat ingin mempercayai orang-orang macam ini. Sudah sebelum ini janji sumpah setia hanya sekadar mainan dibibir sahaja.

Rakyat akan berkata, nanti janji-janji pilihan raya akan dibatalkan oleh puak-puak AMANAH ini dengan memberi makan kepada 10 orang fakir miskin.

Jangan hairan nanti rakyat minta tunai janji nak bina jambatan misalnya ada pimpinan AMANAH akan berkata janji itu kami dah batal. Kami dah bagi makan 10 orang fakir miskin.

Sangat memalukan.

Macai-macai parti AMANAH ini juga tidak kurang hebatnya dalam membuat konar baring dalam isu logo.


Mereka kata logo PAS ciplak bendera negara Bangladesh. Apa yang saya boleh kata, kadang kala emosi kita membuat kita bodoh dan buta akan fakta. Bendera yang ditunjukkan oleh macai parti AMANAH  itu telah diperkenalkan pada 17 Januari 1972.


Seorang lagi cybertropper parti AMANAH, Wan Mohd Aman yang khusus dalam menyerang kepimpinan ulama PAS. Dia ditugaskan khas dalam hal ini, malah banyak poster, banner yang dihasilkan bagi tujuan menghina ulama. Dia ini juga menunjukkan kebodohan apabila membuat posting dalam facebook kononnya PAS ciplak logo Combodia.


Yang ini juga jenis tak rujuk fakta, sedangkan Combodia perkenalkan logo di atas pada 22 Julai 2007. Kalau kita kata Combodia tiru bendera PAS ada juga asasnya.

Kepimpinan parti AMANAH perlu terima hakikat bahawa logo itu ciplak daripada TV Imayam dan mereka perlu ambil tindakan sewajarnya. Sama kepimpinan parti perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam pemilihan parti PAS dan akar umbi tidak suka cara mereka bekerja.

Terimalah hakikat. Terimalah bahawa penubuhan parti AMANAH semata-mata untuk memuaskan hati bila kalah dalam pemilihan bukan kerana desakan rakyat seperti yang di'bohongi' selama ini.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

1 comment:

  1. good posting.puak2 nun..ego sombong. akhirnya kebodohan timbul menenggelamkan ke'profesional'an nya.

    ReplyDelete