Tuesday 14 February 2012

Sambut Valentine Vs Sambut Thaipusam

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman, umat Islam yang menyambut Hari Valentine boleh membawa kepada syirik dan Islam memang melarang umatnya meraikan hari berkenaan.

Beliau juga mengingatkan umat Islam terutama golongan belia dan remaja supaya tidak meraikan 14 Februari sama ada dengan pemberian bunga, hadiah atau sebarang bentuk tindakan yang boleh menjurus ke arah itu.

Menurutnya, Fatwa Kebangsaan sudah memaklumkan mengenai pengharaman sambutan Hari Valentine kerana mengikut sejarah, Valentines adalah Paderi yang mencabar agama Islam.

Tapi aku tak dengar kenyataan daripada Mufti ini berkenaan dengan sambutan Thaipusam? Adakah Datuk Abdul Rahman sekadar mewakili kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sahaja??

Saya ucap tahniah kepada Datuk Abdul Rahman sebelum ini buat kenyataan mengenai Isu Seksualiti Merdeka, tapi Mufti haruslah lebih berani sebab itu jawatan itu bukan untuk calang-calang orang. Kalau mufti sudah berani kebenaran pasti akan menjadi lebih jelas.