Friday, 29 May 2015
Ahmad Awang menziarahi veteran dan bekas Bendahari Pas Pusat??
Saya terbaca posting di facebook Tarmizi Mohd Jam (maaf tak panggil dato' yang dibeli di Kemboja) tentang Ustaz Ahmad Awang menziarahi veteran dan bekas Bendahari Pas Pusat, Dato Abdul Halim Abdul Rahman di rumahnya. Kata Tarmizi Mat Jam Ustaz Ahmad Awang mendapatkan nasihat. Alhamdulillah, Ustaz Abdul Halim mengiringi perjuangan Ustaz Ahmad Awang dengan doa restu dan memberi nasihat dan perangsang tulisan Tarmizi Mohd Jam mengakhir postingnya di facebook.
Saya tergelak.
Thursday, 28 May 2015
Betul ke Cakap Ahmad Awang Kata Tak Ada Ahli Tolok Hudud??
Saya menonton video kempen terkini Ustaz Ahmad Awang kononnya tak ada ahli PAS yang tolak hudud. Tahniah kepada team yang buat video ini dan kempen yang agresif untuk menjatuhkan Ustaz Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.
Wednesday, 27 May 2015
Perkataan TOLOL yang diputar belit oleh media sosial dan blogger
Saya telah menulis berkenaan usaha memburukkan Presiden PAS giat dilakukan dengan membuat fitnah dan memutar belit ayat atau perkataan yang disebut oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Usaha ini telah dilakukan oleh blogger dan facebooker dengan berkala dan dipercayai dibiayai oleh orang tertentu. Mereka mendapat upah atas tujuan ini.
Tuesday, 26 May 2015
Mengulas Tulisan Fitnah Blog Mat Indera Sipejuang
Saya terbaca artikel yang di tulis oleh penulis blog dengan Mat Indera Sipejuang berkenaan Debat Tak Syari'e dan dia telah memaparkan gambar di atas (baca di sini). Tulisannya sangat kurang ajar, biadab dan FITNAH terutamanya kepada Ustaz Nik Abdul.
Ustaz Nik Abdul dalam kenyataannya dia setuju dengan debat tapi mengambil pendirian untuk mendiamkan diri.
Mujahid Yusof Rawa Suruh DAP Tutup Mulut, Ingat Nak Bela Presiden PAS Rupanya....
Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataan terbarunya minta DAP dan pimpinannya tutup mulut daripada menyerang Presiden PAS. Kenyataan Mujahid ini telah diterbitkan Malaysian Insider melalui Zulkefli Sulong, antara orang yang terbabit dalam mengatur berita serangan kepada PAS khususnya Presiden PAS terutama dalam menentukan halatuju PAS. (baca di sini)
Monday, 25 May 2015
Mat Taib Mengugut atau Berkempen?
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib diwar-warkan oleh akhbar Pakatan Rakyat mungkin menjadi tokoh terkini meninggalkan PAS atas rasa kecewanya kepada PAS, kerana parti itu seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini.
Asas yang disebut oleh Mat Taib " tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini" kemudian dia cuba memainkan sentimen Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam hal ini.
Sunday, 24 May 2015
Daripada Syura kepada Debat, Idea siapa ni?
Saya ditanya berkenaan debat dalam pemilihan muktamar PAS kali ini. Yang bertanya kata Ustaz Ahmad Awang telah bersetuju, Ustaz Abdul Hadi nampak tak melayan aje. Yang bertanya menyebut juga berkenaan Suhaizan Kaiat bersetuju, malah beriya-iya tapi Ustaz Nik Abdul pula setuju tapi mengambil pendirian untuk mendiamkan diri.
Saturday, 16 May 2015
Betul Ke? DAP dan PKR Akan Setuju Laksanakan Hudud Bila Kita Boleh Tawan Putrajaya?
Saya dengar dengan teliti Dialog Facebookers Bersama Khalid Samad di Kota Bahru, Kelantan 14 Mei 2015 lalu. Sebelum ini saya ada mengulas pasal Khalid Samad (sila baca di sini) yang melabel-label dalam PAS tapi menuduh orang lain yang melabel.
Pada diolog ini dia sekali lagi, Khalid melabelkan kononnya kunmpulan PAS yang tak setuju dengan dia kononnya mengkafir dia dan kumpulan sefikrah dengannya.
Ulas Kononnya Facebook anak Fadzil Noor disekat
Hari ini Free Malaysia Today (FMT) ada menulis akaun sosial Facebook milik anak lelaki bekas Presiden Pas, Datuk Fadzi Noor dipercayai telah disekat gara-gara kritikan terbukanya terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pemberitaan yang berbentuk umum dan tidak jelas ini dipercayai sengaja ditulis untuk memberikan tekanan kepada Presiden PAS kebetulan jawatan ini dicabar.
Media Pro Pembangkang dilihat seolah-olah sekata dalam menyerang kepimpinan PAS yang tidak disukai terutama yang disebut sebagai ulama yang ingin membawa Islam sebagai perjuangannya.
Boleh Percaya Ke? Cakap-cakap Muhyiddin Ni?
Bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan hari ini, kerajaan bersetuju untuk menambah baik elaun pengetua dan guru besar, umum Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, elaun pengetua sekolah
menengah kini dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 sebulan manakala
elaun guru besar sekolah rendah dinaikkan daripada RM100 kepada RM200
sebulan.
Subscribe to:
Posts (Atom)








