Tuesday, 31 March 2015

Etika, Kewartawan, Pembohongan dan Sikap Zalim Kerajaan


Apabila Amin Iskandar dan Zul Solong di tangkap oleh pihak SKMM kerana isu berita palsu oleh Malaysian Insider (TMI) banyak perkara telah terbuka yang selama ini menjadi suatu pertanyaan apabila keluar berita yang menyebut "maklumat dalam parti", "sumber pimpinan yang tak mahu dikenali", "sumber dalaman", "maklumat mesyuarat" dan macam-macam sumber yang membuat kita tertanya-tanya siapa sebenar sumber itu?

Friday, 27 March 2015

Pindaan Kuasa Merotan 6 Rotan Kepada 100 Rotan


Haji Ahmad Amzad Hashim, Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) ada menulis dalam facebooknya tentang beberapa langkah yang diambil oleh Presiden PAS, YAB DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenaan Private Members Bill.

Katanya "Private Members Bill (PMB) belum diterima oleh parlimen untuk dibentang pada kali ini. Tidak sempat kerana ada banyak RUU dari kerajaan yang menanti untuk dibahaskan".


Benarkah Nizar Mengamal Islam Liberal?


Salahuddin Ayob semasa menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat telah giat membuat kempen kesedaran bahayanya Islam Liberal. Saya masih ingat bagaimana giatnya pemuda PAS buat kempen untuk menghalang penyebaran Islam Liberal.

Dah Buat Gopoh Baru Nak Rujuk Strategi Presiden


Saya setuju dengan tulisan yang ditulis oleh Pemerhati Sidang Parlimen di laman Tranungkite (sila rujuk di sini).

Isu hudud bukan suatu yang mudah untuk dilakukan, apatah lagi berhadapan dengan UMNO yang cukup licik. Pimpinan PAS, terutama Presiden telah melakukan dengan baik mengikut satu perancangan yang teliti.

Tuesday, 24 March 2015

Khalid Samad Cuba Mengelirukan, Hudud Masalah Peribadi Presiden?


Belum lagi Presiden PAS mengeluarkan kenyataan, Khalid Samad yang selalu menyuruh pimpinan  PAS lain ikut perlembangaan tapi dia laju daripada perlembangaan (baca di sini) telah mengeluar kenyataan dengan menyifatkan masalah yang timbul sekarang lebih merupakan masalah peribadi antara Presiden PAS dan DAP.

DAP Cuba Guling Abdul Hadi. Siapa Dibelakang DAP?


DAP mengumumkan bahawa parti itu kini memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak lagi dapat dapat bekerjasama dengan presiden PAS yang disifatkan “tidak jujur”.
Setiauasaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada malam tadi.


Demi Kedudukan Nizar Belakangi Pesuruhjaya PAS Perak?


Kenapa Nizar Jamaluddin membelakangi PAS Perak dalam membuat keputusan berkenaan hudud di Perak dan termasuk di Kelantan? Malah Nizar dengan beberapa kepimpinan PAS yang dikatakan tidak setuju dengan kepimpinan ulama dalam PAS telah membuat perjanjian dengan DAP atas nama Pakatan Rakyat Perak.

Ustaz Ahmad Awang Kena Jawab Berkenaan Perjanjian Pangkor II (Tolak Hudud)


Semalam telah nyata bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sekiranya PR membentuk kerajaan negeri baharu, pimpinan itu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menolak pelaksanaan hukum Hudud (Kita boleh bahas kalau untuk Perak tapi termasuk di kelantan)

Monday, 23 March 2015

Biar Betul? Lim Kit Siang Cadang BN dan PR Gabung Untuk Perintah Malaysia


Pada jamuan makan malam ulang tahun DAP di Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi, Lim Kit Siang berkata Pakatan Rakyat (PR) sedang berhadapan dengan perpecahan yang tidak dapat dielakkan lagi. Oleh itu Lim Kit Siang mencadangkan penubuhan satu gabungan "Selamatkan Malaysia" yang bertujuan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang Negara ini.

Betul atau Palsu Surat Ini? Nizar Jamaluddin Kena Jelas!


Sebelum saya telah dimaklumkan tentang perjanjian Pangkor II dimana PAS Perak bersama DAP dan PKR telah membuat perjanjian untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud. Dengan itu PAS diberi jawatan MB Perak. Yang memberikan maklumat ini adalah seorang Pesuruhjaya.