Monday, 16 March 2015

17 AJK PAS Kawasan Batu Mufarakah: Tercabut Sudah Duri & Selumbar


Bila Ishak Surin, Dato' Suhaimi, Tarmizi (Saya tak sebut Dato, kalau setakat beli dekat Kemboja) dan 14 AJK lain mufaraqah daripada PAS Pusat, aku rasa macam nak tergelak. Tak ada apa yang hebat sangat, setahu aku PAS Kawasan Batu mana ada patuh kepada parti.

Sunday, 15 March 2015

PAS Pernah Pecat Adunnya Yang Menari


MP PAS YB Cikgu Hashim Gera itulah satu-satunya dari Perak telah di pecat oleh PAS kerana dalam suatu malam keramaian di Dewan Bankuet Parlimen beliau menari joget bersama ‘perempuan joget’. Di dalam percakapan pembelaan dengan Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat yang terdiri daripada ulama' PAS itu cikgu Hasim beritahu: "Joget adalah tarian bersih. "Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget itu) lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari".


Sunday, 1 March 2015

Mengulas Tulisan Dr Rosli Allani Dalam Malaysiakini

Saya membaca tulisan Dr Rosli Allani Abdul Kadir, ketua Pemuda PAS Kota Bharu di Malaysiakini yang mmpersoalkan seolah-olah PAS sekarang tertutup dengan kritikan menjelang pemilihan kepimpinan parti Jun ini. Katanya lagi cara PAS menangani kritikan memperlihatkan seolah-olah PAS adalah sebuah parti yang tertutup, mana-mana ahli yang menegur pimpinan dianggap telah melakukan kesalahan.

Saya membaca dan terus membaca dan saya mendapat Dr Rosli sendiri keliru dalam membuat hujah serta contoh.

Saturday, 28 February 2015

Betul Ke? Apa Yang Mujahid Yusof Rawa Kata?

Mujahid Yusof Rawa Menyebut dalam Malaysiakini kempen yang panas menjelang muktamar itu nampaknya didorong oleh apa yang disifatkannya sebagai "struktur yang lebih besar" dan tidak
menolak terdapat “tangan tersembunyi” musuh politik PAS, iaitu Umno, di sebalik kempen untuk mencemarkan pemimpin yang dipanggil progresif dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa pusat, Dr Hatta Ramli.

Saya rasa banyak perkara kita boleh salahkan UMNO, tapi takkan semua perkara sebabnya UMNO. Kanapa kita jadikan UMNO sebagai objek untuk kita menghilangkan fokus perbincangan dengan ilmiah dan jujur. Orang politik yang jujur sahaja boleh selamat. 



Suhaizan Kaiat Kena Jumpa Sivarasa dan Phahrolrazi Pula

Greenboc seorang penulis yang banyak mencerca ulama PAS dalam blognya memuji kononnya tindakan Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS (baca sebagai Malaysia) berjumpa dengan Gobind Singh Deo adalah tindakan yang bijak bukan membuat kecaman, walaupun Gobind Singh Deo banyak mencerca Undang2 Islam tanpa bertanya dan mendalami Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (II). (kan tak logik Gobind kecam PAS tanpa usul periksa)

Yang menentang hukum hudud ini ada beberapa jenis. Satu jenis macam Gobind yang mewarisi drp ayahnya Karpal, langkah mayat. Ini jenis bukan tak tahu tapi sengaja nak tentang. Dua jenis macam UMNO, Islam tapi tentang kononnya tak sesuai. Jenis Ketiga macam
R. Sivarasa, Naib Presiden PKR dan spesis di PKR yang tentang atas matlamat dan tujuan tidak suka undang2 ini pasal ganggu rancangan nak Putrajaya (baca sebagai kebendaan). Dan yang akhir jenis macam Phahrolrazi Zawawi yang Islam dan kononnya berada dalam gerakan Islam tapi memperjuangan ISLAM TANPA SYARIAT. Islam kebajikan dan macam-macam istilah untuk lembut hati orang kafir.

Sunday, 21 September 2014

Ahli progresif dalam PAS pandai fitnah dalam Whatsapp??

The Malaysian Insider membuat analisis melalui pengarangnya Zul Solong dan Amin Iskandar memepersoal kedudukan ahli progresif PAS. Antara lain di tulis ialah

Soalan sebenar selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS Ke-60 yang penuh hangat semalam bukan mengenai hala tuju parti itu, tetapi tindakan yang akan diambil ahli progresif dan liberal selepas ini.

Apakah mereka yang tidak setuju dengan cara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang konservatif itu akan terus berdiam diri atas nama wala' dan taat kepada pemimpin, atau mengambil sesuatu tindakan.

Yang kita musykil ialah sikap mereka yang disebut sebagai progresif dalam PAS hanya pandai meleparkan fitnah melalui facebook, blog dan whatsapp tetapi bila tiba muktamar semua mereka tindak mengangkat muka seolah-olah tidak tahu.

Malangnya mereka ini diam membisu dan menghilangkan diri.

Adakah mereka hanya tahu berhujah disebalik groups whatsapp sahaja??

Kalau Ikut Kata Marina, PAS paling layak MB Selangor

Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia akan “runtuh” jika parti majoriti tidak dapat memilih calonnya sendiri untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Demikian amaran pemantau pilihan raya BERSIH hari ini.

Pengerusinya Marian Chin Abdullah berkata, jika “badan tidak dipilih” memilih ketua kerajaan, masa depan negara selepas pilihan raya umum ke-14 akan tidak menentu.

“BERSIH 2.0 menggesa semua pihak hormati peraturan, yang termaktub bukan sahaja dalam konvensyen Westminster, tetapi juga undang-undang tubuh negeri yang menyatakan bahawa seorang anggota dewan negeri (ADUN) mesti mendapat keyakinan majoriti ADUN lain,” katanya.

Maria berkata, krisis di Selangor bukan setakat untuk mencari calon terbaik menjadi ketua eksekutif tetapi ia juga berkaitan sama ada demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan boleh terus berfungsi.


Kalau ikut kata Marina PAS yang paling layak pasal PAS mempunyai 15 Adun manakala PKR hanya tinggal 13.

Tapi atas dasar Pakatan Rakyat PAS memberikan kepada PKR ini ditegaskan oleh Presidennya dalam Muktamar yang ke-60 di Batu Pahat.

Ini menunjukkan pemilihan MB masih dalam lingkungan budi bicara bagi mendapat yang terbaik. Sebelum ini tidak ada masalah Sultan pun tak nak ambil tahu sangat tapi semenjak akhir ini PKR yang dilihat bergitu beriya-iya nakkan Datuk Seri Wan Azizah sehingga ada yang menjadi tanda tanya kenapa??

Kekecohan ini berpunca daripada Datuk Seri Anwar dan ini terbukti dalam kajian akdemik terakhir menunjukkan rakyat salah Anwar telah mencapai 49%.



Sunday, 27 July 2014

Khalid Ibrahim Cuba DiJatuhkan Kerana Konsesi Air?

Ada orang menyebut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dijatuhkan kerana keengganan membeli syarikat konsesi air, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) pada harga RM2.5 bilion berbanding tawaran asal sebanyak RM250 juta.

Menurut sumber ini juga  tindakan tersebut adalah satu cubaan rasuah dan pecah amanah menggunakan duit rakyat dalam jumlah yang sangat besar bagi kepentingan parti dan individu tertentu dalam parti.

Akibat keengganan Abdul Khalid memenuhi permintaan itu menyebabkan desakan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk beliau berundur daripada jawatannya dan digantikan dengan Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut sumber ini juga dakwaan mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang mengarahkan Abdul Khalid supaya membeli dengan nilai yang terlalu tinggi tersebut.

Dakwaan ini selari dengan penulisan pengendali portal Raja Petra Kamarudin dalam pendedahannya mendakwa, Anwar menyokong supaya Splash dibeli dengan harga RM2.5 bilion dan telah mengatur satu pertemuan antara Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah (pemegang 30 peratus saham Splash) dengan Abdul Khalid untuk memastikan transaksi tersebut Berjaya.
Raja Petra menerusi portal malaysia-today.net berkata, Abdul Khalid bagaimanapun enggan melakukannya menyebabkan kemarahan Anwar dan juga dikatakan menjadi sebab Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan Kerajaan PKR Selangor akan mengkaji semula perjanjian air di negeri itu selepas Wan Azizah dilantik Menteri Besar.

Siapa sebenarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?

Samada ini benar atau tidak, Raja Petra Kamaruddin dalam Malaysia Today pernah mendedahkan  mendedahkan bahawa ahli Korporat Tan Sri Wan Azmi Hamzah membiayai beberapa personaliti PKR. [Baca sini]

Wan Azmi yang merupakan 'anak didik' mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bersama ahli-ahli korporat lain seperti Tan Sri Tajuddin Ramli, Tan Sri Halim Saad, dan ramai lagi.

Menurut Raja Petra, Wan Azmi sudah lakukan beberapa urusan korporat sebagai perlindungan dari sebarang kemungkinan ancaman. Antaranya, Wan Azmi telah mengundur diri dari Lembaga Pengarah MAS, menjual saham dalam E&O, dan meyenaraikan sebuah syarikat di London.
Anak Kelantan ini adalah anak mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh yang digugurkan bersama Tun Salleh Abas ketika krisis kehakiman pada tahun 1988.

Wan Azmi, yang sering dituduh pembangkang sebagai nominee untuk mengumpulkan dana untuk UMNO, ada dikatakan sebagai penyokong senyap PAS.

Bantuan ini disalurkan melalui orangnya, Wong Chen.

Wong Chen merupakan salah seorang dari pasukan strategis PKR bersama Rafizi dan Nik Nazmi. Dia berperanan memastikan kekalahan Zaid Ibrahim di PRK Hulu Selangor.

Maka Raja Petra membangkitkan pelbagai persoalan dari pembabitan Wan Azmi membiayai PKR. Antara lain, dia bertanya adakah Wan Azmi cuba memecah belahkan PKR? Turut ditimbulkan adakah ianya satu usaha Tun Daim untuk mengembangkan pengaruh dalam PKR?

Tuesday, 13 August 2013

Ini kesan Pusat Pungutan Zakat Melebihi Pusat Agihan Zakat


Hidup masih ditemani lilin

KESEMPITAN hidup yang dialami menyebabkan setiap malam seorang ibu tunggal bersama tujuh anaknya hanya diterangi cahaya lilin di kediaman mereka yang serba daif di Kampung Sri Paya, sejak 10 tahun, lalu.

Mereka gagal melunaskan bil elektrik yang tertunggak malah terpaksa mengangkut air bersih dari rumah jiran bagi keperluan harian dan memasak, setiap hari.

Namun, keadaan serba kekurangan itu tidak menghalang Siti Sarah Mohd Salleh, 34, menjaga semua anaknya iaitu Nor Shah Rezza Azman, 19; Mohd Esa, 18; Aziera Nafisha, 12; Aziera Hamisha, 10; Mohd Aiman Shah, 9; Aziera Shazwanie,7 dan Aziera Aleysha Nabila, 4, walaupun ramai menawarkan untuk menjadikan mereka anak angkat.

Malah, tugasnya tidak terhenti setakat itu sahaja, Siti Sarah turut bertanggungjawab menjaga dua adiknya, orang kurang upaya (OKU) iaitu Mohd Lukman, 31, dan Abu Sarmi, 25, bagi memegang amanah ibunya yang meninggal dunia, sembilan tahun lalu.

Siti Sarah yang kematian suami pada 2009 menetap di rumah pusaka peninggalan ibu bapanya, tidak bekerja dan menggunakan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM450 sebulan untuk membiayai keperluan mereka.

“Sebenarnya ketika arwah ibu saya masih hidup, rumah ini pernah ada elektrik tapi dipotong sebab kami tak mampu bayar tunggakan bil berjumlah RM7,000 pada masa itu dan sejak itu kami hanya pasang lilin.

“Saya anak-beranak terpaksa mengangkut air dari rumah jiran setiap hari dan setiap bulan kami dikenakan caj RM30,” katanya kepada Sinar Harian.

Meskipun sedar akan risiko penggunaan lilin setiap hari, Siti Sarah tiada pilihan bahkan kesemua anaknya juga sudah lali serta memahami keperitan hidup ditanggung mereka yang serba daif.

Jelasnya, dia tiada pilihan lain walaupun pernah juga beberapa kali lilin terjatuh hingga menyebabkan langsir dan kusyen di rumah terbakar.

“Mujur kami tidak apa-apa. Atas sebab itu juga, saya khuatir keluar bekerja kerana risau tinggalkan anak yang masih kecil di rumah serta perlu menjaga dua adik yang OKU.

“Anak sulung saya juga tidak berdaya untuk bekerja kerana menghidap masalah paru-paru manakala anak kedua saya kerja tidak menentu. Kedua-duanya berhenti sekolah setakat tingkatan tiga kerana memahami kesusahan yang saya tanggung,” katanya.

Walaupun hidup serba kekurangan, Siti Sarah tetap bergantung harap kepada lima anaknya yang lain dan mahu mereka menamatkan persekolahan masing-masing biarpun apa yang terjadi dan sekurang-kurangnya dapat mengubah nasib mereka.

Ditanya tentang soal jodoh beliau hanya menyerahkan perkara itu kepada takdir kerana lebih memberi keutamaan menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anaknya.

“Bukan mudah untuk meneruskan hidup terlalu banyak dugaan dan besar tanggungjawab. Pada mulanya saya agak tertekan namun anak-anaklah harapan dan penguat semangat saya. Saya terpaksa berjimat cermat, masak bubur berlaukkan ikan kering janji anak-anak kenyang,” katanya.

Wednesday, 7 August 2013

Dibebani hutang, petani mahu PM benar jual organ

KURUKSHETRA - INDIA. Sekumpulan petani di Haryana meminta kebenaran daripada Perdana Menterinya untuk menjual organ badan bagi melangsaikan hutang mereka.

Di Mahapanchayat, semalam, petani-petani yang berhimpun turut menayangkan kadar bagi setiap organ badan mereka.

Malah, mereka juga turut menyerahkan surat yang telah ditandatangani lebih 100 orang untuk diberi kepada Perdana Menteri.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Bhartiya Kissan Union (BKU).

Mereka turut menyatakan keprihatinan mereka terhadap kematian lebih 20,000 petani yang membunuh diri akibat bebanan hutang.

Di Jat Dharmshala, para petani juga menyampaikan takziah atas kematian Mukesh Panipat yang terpaksa masuk penjara gara-gara tidak mampu membayar hutang dan kemudiannya mati.

Berarak menuju sekretariat mini, petani melaungkan slogan menentang kerajaan.

“Kerajaan membisu berhubung isu bebanan hutang petani. Jika mereka tidak mampu menanganinya, setidaknya, kami dibenarkan untuk menjual oragan dan membayar hutang,” kata Presiden BKU negeri, Gurnam Singh Chaduni.

_______
Gambar di atas adalah gambar hiasan. Gambar ini adalah kreatif penjual daging London membuat pameran jualan selama dua hari dengan tema Daging Manusia dalam Filem Resident Evil 6 di London Smithfields market.