Saturday 28 February 2015

Suhaizan Kaiat Kena Jumpa Sivarasa dan Phahrolrazi Pula

Greenboc seorang penulis yang banyak mencerca ulama PAS dalam blognya memuji kononnya tindakan Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS (baca sebagai Malaysia) berjumpa dengan Gobind Singh Deo adalah tindakan yang bijak bukan membuat kecaman, walaupun Gobind Singh Deo banyak mencerca Undang2 Islam tanpa bertanya dan mendalami Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (II). (kan tak logik Gobind kecam PAS tanpa usul periksa)

Yang menentang hukum hudud ini ada beberapa jenis. Satu jenis macam Gobind yang mewarisi drp ayahnya Karpal, langkah mayat. Ini jenis bukan tak tahu tapi sengaja nak tentang. Dua jenis macam UMNO, Islam tapi tentang kononnya tak sesuai. Jenis Ketiga macam
R. Sivarasa, Naib Presiden PKR dan spesis di PKR yang tentang atas matlamat dan tujuan tidak suka undang2 ini pasal ganggu rancangan nak Putrajaya (baca sebagai kebendaan). Dan yang akhir jenis macam Phahrolrazi Zawawi yang Islam dan kononnya berada dalam gerakan Islam tapi memperjuangan ISLAM TANPA SYARIAT. Islam kebajikan dan macam-macam istilah untuk lembut hati orang kafir.

Oleh kerana hebat Suhaizan, Gobind Singh Deo yang keras tentang hudud terus tunduk akur. Kan hebat kan?? Engkau orang pernah terfikir ke?
 

Jadi saya mencadangkan Suhaizan akan berjumpa dengan R. Sivarasa, Naib Presiden PKR untuk buat dialog dan penerangan sudah pasti selepas ini PKR akan menerima hudud. (rujuk di sini)

Suhaizan selepas itu berjumpa pula dengan
Phahrolrazi Zawawi, bos PASMA sebab dengan cara lembut Suhaizan maka berjaya ubah PASMA akan menjadi hudud yang Allah tuntut dalam Al Quran menjadi perjuangan PASMA disamping mengukuhkan Pakatan Rakyat. (rujuk di sini)
firman Allah Ali-Imraan:159 yang digunakan oleh Greenboc “Maka dengan rahmat dari Allah kamu menjadi lembut lunak dengan mereka. Kalau kamu kasar dan berkeras hati nescaya mereka akan lari dari kamu”. patutlah dimaalkan sebab ini sahaja ayat Quran yang ada.
 

Saya juga rasa demo karikatur hina Nabi Muhammad s.a.w. dibuat diseluruh negara Islam juga tak baca ayat Quran ini. Kalau dia orang baca pasti dia akan buat dialog dan pasti editor dan pelukis akan berbaik sangka dengan Islam. Bodoh mereka semua... kan??

Selepas itu Suhaizan boleh pula berdialog dengan UMNO pula. Tapi jangan sembunyi nanti dikatakan UG pula.

Maaf kalau saya katakan semuanya adalah lakunan semata-mata untuk memperkenakan ulama dalam PAS nak bodohkan ulama kerana ulama dalam PAS selama ini banyak sangat 'bermanja dengan kesenangan'. Politik jangan kita baca sifirnya lurus. DAP telah mengatur banyak perkara dalam Pakatan Rakyat sebab jika DAP tidak bergerak DAP tak boleh hidup dalam dunia Malaysia hari ini.

Dalam percaturan politik ada orang2 yang berkepentingan memengang watak apatah dah dekat dengan pemilihan kepimpinan dalam PAS.

Saya mungkin jenis manusia yang tak mudah percaya dengan apa yang berlaku. Anda boleh percaya dan tidak salah kalau anda tidak mempercayainya.

No comments:

Post a Comment