Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia akan
“runtuh” jika parti majoriti tidak dapat memilih calonnya sendiri untuk
dilantik sebagai menteri besar Selangor.
Demikian amaran pemantau pilihan raya BERSIH hari ini.
Pengerusinya Marian Chin Abdullah berkata, jika
“badan tidak dipilih” memilih ketua kerajaan, masa depan negara selepas
pilihan raya umum ke-14 akan tidak menentu.
“BERSIH 2.0 menggesa semua pihak hormati peraturan, yang termaktub bukan
sahaja dalam konvensyen Westminster, tetapi juga undang-undang tubuh
negeri yang menyatakan bahawa seorang anggota dewan negeri (ADUN) mesti
mendapat keyakinan majoriti ADUN lain,” katanya.
Maria berkata, krisis di Selangor bukan setakat untuk mencari calon
terbaik menjadi ketua eksekutif tetapi ia juga berkaitan sama ada
demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan boleh terus berfungsi.
Kalau ikut kata Marina PAS yang paling layak pasal PAS mempunyai 15 Adun manakala PKR hanya tinggal 13.
Tapi atas dasar Pakatan Rakyat PAS memberikan kepada PKR ini ditegaskan oleh Presidennya dalam Muktamar yang ke-60 di Batu Pahat.
Ini menunjukkan pemilihan MB masih dalam lingkungan budi bicara bagi mendapat yang terbaik. Sebelum ini tidak ada masalah Sultan pun tak nak ambil tahu sangat tapi semenjak akhir ini PKR yang dilihat bergitu beriya-iya nakkan Datuk Seri Wan Azizah sehingga ada yang menjadi tanda tanya kenapa??
Kekecohan ini berpunca daripada Datuk Seri Anwar dan ini terbukti dalam kajian akdemik terakhir menunjukkan rakyat salah Anwar telah mencapai 49%.
No comments:
Post a Comment