Wednesday 11 November 2015

Janji Dengan Allah pun dia khianat, Ini pula dengan PAS



Khalid Samad berkata dia merasa aneh bahawa PAS tidak melihat keperluan untuk parti-parti yang membentuk kerajaan negeri untuk mempunyai perjanjian antara mereka tentang apa yang mereka persetujui bersama.

Katanya lagi, mereka yang bersama kerajaan negeri Selangor akan memahami keperluan untuk perjanjian seperti yang dicadangkan oleh AMANAH dan menjelaskan kepada mereka yang jahil.


Keengganan PAS untuk bekerjasama dengan AMANAH dan DAP membayangkan bahawa parti itu mengutamakan agenda politik daripada menjadi kerajaan yang cekap dan berkhidmat dengan berkesan untuk rakyat, katanya.

Parti AMANAH adalah daripada mereka yang mengkhianati perjuangan Islam. Yang mengkhianati sumpah setia dan janji dengan Allah s.w.t. Mereka mempermainkan sumpah baiah dengan kifarah memberi makan 10 orang fakir miskin.

Adakah orang seperti ini boleh dipengang janjinya??

Entah-entah selepas berjanji dia ingkar kemudian diberikan makan kepada 10 orang fakir miskin BERANI KAMBING.

Pilihan raya nanti rakyat Selangor akan di kencing oleh puak-puak AMANAH ini. Selepas dijanjikan sesuatu kemudian rakyat diajak makan BERANI KAMBING. Bila rakyat tanya mana projek pembinaan untuk rakyat, mereka akan jawab kami dan batal janji tersebut. Yang kamu makan BERANI KAMBING tu adalah pembatalan janjilah!!

Tindakan Tuan Ibrahim Tuan Man menolak dan menjawab tiada keperluan PAS untuk menerima cadangan AMANAH adalah sangat tepat.

PENGKHIANAT tidak sekali-kali diberi muka atas apa yang telah dikhianati. Apatah lagi mereka adalah pengkhinat perjuangan Islam yang telah melanggar sumpah setia kepada Allah s.w.t.

Mereka yang menyokong dan bersama dengan pengkhianat juga sudah pasti akan mendapat saham yang sama dan bertanggungjawab dengan Allah atas apa yang disokong.

Mereka ini tidak boleh dibawa berunding dan bicara. Mereka lebih jahat daripada musuh kerana mereka adalah gunting dalam lipatan, duri dalam daging yang akan merobek PAS daripada sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

2 comments:

  1. http://investmentwatchblog.com/tpp-trans-pacific-partnership-full-document-and-search-tool/

    tpp full document...donlod sblm diblock...

    ReplyDelete
  2. PAS mendakwa parti Islam. Parti Amanah juga mendakwa parti Islam. Apa jasa mereka terhadap Islam? Tolong senaraikan rakyat mahu tahu.

    ReplyDelete