Wednesday 18 November 2015

DAP mula menunjukkan sikap sebenar terhadap Bahasa Kebangsaan


Ahli Parlimen DAP dari Bandar Kuching berkeras mahu berbahas dalam bahasa Inggeris di dalam Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Beliau berpandangan perlembagaan negara membenarkan ahli-ahli parlimen dari Sarawak menggunakannya.

Sikap DAP dalam banyak perkara yang telah menjadi dasar bersama Pakatan Rakyat sebelum ini dan PAKATAN HARAPAN yang kononnya mengganti PR amat meragukan. Misalnya Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan Melayu.



Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim telah menukar nama perkampungan Bagan Nakhoda Omar kepada nama Cina.

Rakyat Malaysia sepatutnya bertanya dan mendapatkan pengesahan sama ada penggunaan bahasa Inggeris dalam parlimen adalah pendirian rasmi PAKATAN HARAPAN atau hanya pendirian Ahli Parlimen DAP dari Bandar Kuching?

Sangat penting untuk PAKATAN HARAPAN untuk menjelaskan sama ada mereka bersetuju dengan pandangan DAP bahawa Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam Parlimen atau tidak.

Mereka yang menyertai AMANAH dan berjinak-jinak dengan AMANAH harus sedar dan insaf tentang tipu muslihat DAP dalam banyak perkara berkenaan isu-isu negara termasuk 3 perkara yang telah disepakati bersama,

Jangan kita menyesal kemudian hari setelah tanah tumpah dan agama kita tergadai. Masa itu tidak berguna lagi akibat kebodohan kita memahaami isu-isu sekarang.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

3 comments:

  1. Bukan DAP Sarawak saja, kerajaan Sarawak juga sudah menukar dasar bahasa dengan meletakkan BI sama dengan BM. Untuk menampakkan anda bukan bersifat perkauman, anda juga perlu ulas tindakan kerajaan Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa rasmi Malaysia adalah Bahasa Malaysia/Melayu. Cuba sebut satu negara yg membenarkan bahasa lain selain drp bahasa rasmi digunakan dalam dewan/parlimen negara tersebut. soal BM bukan masalah perkauman. Semua bangsa dan kaum di negara mengiktiraf BM adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Adakan Aiman merasa sebaliknya?

      Berkenaan Sarawak, kena tanyalah pemimpin Sarawak. Mungkin ada perjanjian dibuat ketika Sarawak masuk Malaysia.

      Akan tetapi tidak logik bahasa Inggeris digunakan di dewan jika bahasa kebangsaan adalah Bahasa Malaysia. dan jika AP DAP tak tahu berbahasa BM, dia tak layak jadi AP. Tidak patut bagi rakyat Malaysia tidak mengetahui bangsa kebangsaan sendiri.

      Delete
  2. Itu pandangan penulis..xder salahpun..saya setuju 100% tindakan ap dap sebagai tidak menghormati bahasa melayu sbg bahasa rasmi negara..

    ReplyDelete