Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memberi nasihat agar ikut ajaran Islam yang benar. Yang ni aku rasa nak tergelak. UMNO ni kalau bercakap macam nabi, kalau buat macam Firaun.
BENTONG - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya berwaspada terhadap golongan yang mengaku sebagai ulama tetapi sebenarnya cuba menyebarkan ajaran Islam yang salah.
Beliau berkata ajaran yang bercanggah dengan hadis dan al-Quran boleh membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam.
"Saya harap umat Islam tidak akan terpengaruh atau terpedaya dengan mereka kerana ajaran yang disebarkan itu salah dan sekali gus boleh menjadikan negara dan umat Islam huru-hara," katanya pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada lebih 150 anak yatim di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, dekat sini semalam.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan rakyat agar menghargai nikmat keamanan dan keselesaan yang dikecapi sekarang, berbanding rakyat negara lain yang terpaksa hidup dalam penderitaan akibat peperangan.
"Jika kita lihat di negara Mesir dan Syria, bilangan anak-anak kecil yang menjadi yatim piatu meningkat setiap hari akibat kehilangan ibu bapa kesan daripada peperangan.
"Berbanding di negara ini, anak-anak yatim diberi bantuan yang sewajarnya kesan negara yang aman dan makmur. Jika negara kita huru hara dan berlaku peperangan, sudah tentu anak-anak yatim akan menderita dan sukar untuk meneruskan hidup," katanya. - Bernama
Wednesday, 7 August 2013
Tuesday, 6 August 2013
Berapa Agaknya Upah Bunuh Guna C4?
Selepas akhbar Singapura melaporkan dakwaan pembunuh upahan boleh diperoleh dengan RM5,000 di Malaysia, akhbar tempatan pula hari ini melaporkan harganya lebih rendah lagi.
Sebuah harian berbahasa Melayu melaporkan pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000, yang ironinya menepati tajuk kontroversi The New Paper Singapura bahawa "death is cheap" (murah untuk mati) di Malaysia.
Dalam temubual dengan Sinar Harian, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya sama ada faktor upah serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api.
"Ya, tetapi bukan faktor itu sahaja. Kini senjata api boleh disewa dengan kadar harga yang murah.
"Malah ada senjata api daripada negara luar, yang terpakai boleh dibeli dengan harga yang lebih murah iaitu pada kadar RM700 ke bawah," beliau dipetik sebagai berkata.
Akhbar Satar yang juga presiden Transparency International-Malaysia berkata ramai orang tempatan mempelajari cara menjadi pembunuh upahan dan kaedah membunuh melalui internet.
"Penjenayah ini boleh dikategorikan kepada 'contract killer' iaitu amatur, semi profesional dan profesional.
"Di negara ini, ramai yang terdiri dariada semi profesional dan apabia melakukan pembunuhan, masih meninggalkan bukti yang membantu pihak polis melakukan siasatan," beliau dipetik sebagai berkata.
Sebuah harian berbahasa Melayu melaporkan pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000, yang ironinya menepati tajuk kontroversi The New Paper Singapura bahawa "death is cheap" (murah untuk mati) di Malaysia.
Dalam temubual dengan Sinar Harian, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya sama ada faktor upah serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api."Ya, tetapi bukan faktor itu sahaja. Kini senjata api boleh disewa dengan kadar harga yang murah.
"Malah ada senjata api daripada negara luar, yang terpakai boleh dibeli dengan harga yang lebih murah iaitu pada kadar RM700 ke bawah," beliau dipetik sebagai berkata.
Akhbar Satar yang juga presiden Transparency International-Malaysia berkata ramai orang tempatan mempelajari cara menjadi pembunuh upahan dan kaedah membunuh melalui internet.
"Penjenayah ini boleh dikategorikan kepada 'contract killer' iaitu amatur, semi profesional dan profesional.
"Di negara ini, ramai yang terdiri dariada semi profesional dan apabia melakukan pembunuhan, masih meninggalkan bukti yang membantu pihak polis melakukan siasatan," beliau dipetik sebagai berkata.
Sunni pun ada ala Syiah
RITUAL KAEDAH KUNO YG GANAS UTK MEMANGIL HUJAN
Penduduk kampung ini begitu terdesak untuk hujan mereka telah menggunakan satu upacara kuno di mana mereka menyerang antara satu sama lain dengan cambuk untuk cuba mempengaruhi cuaca.Dalam kesakitan selepas setiap pukulan , pesaing-pesaing yang tahan lasak tidak berganjak diantara satu sama lain .
Upacara dikenali sebagai ujungan telah diguna pakai oleh banyak kawasan di Indonesia, termasuk bandar Kediri, di mana gambar-gambar telah diambil.
Semasa upacara ritual, alat pemukul yang diperbuat daripada sabut kelapa sawit, dinamakan Tiban akan dipukul ke badan. Pukulan Tiban diiringi dengan alunan muzik. Darah yang mengalir menjadi simbolik untuk pertukaran dengan air hujan
Wednesday, 3 July 2013
Sistem Keadilan Malaysia Yang Tunggang Langgang
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen dikunjungi tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, sehari selepas pendedahannya berkaitan senarai tanah keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Mereka datang untuk mendapatkan dokumen senarai pendedahannya sehingga menyebabkan Chong terkejut.
"Saya hanya individu biasa. Jika saya boleh mendapatkan dokumen itu daripada Pejabat Pendaftar Tanah, apakan lagi SPRM?" soal Chong apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.
"Jika kata 10 penyiasat mereka buat kerja, tiada alasan untuk mereka tidak memiliki dokumen sebegini," tambah beliau lagi.
Pada Isnin, Ahli Parlimen DAP itu mendedahkan dokumen senarai tanah seluas hampir 100,000 ekar bernilai RM1 bilion yang didakwa milik ahli keluarga Abdul Taib.
Chong kemudian mempersoal keupayaan SPRM dalam menjalankan siasatan ke atas ketua menteri itu yang disifatkannya sebagai tidak serius.
Chong dalam ucapannya di Parlimen pada Isnin mendakwa Abdul Taib dan keluarganya memiliki 24 plot tanah yang diperoleh bawah aras nilai pasaran serta menunjukkan dokumen berkaitan enam tanah berjumlah 89,025 hektar, terletak kira-kira lapan kilometer dari Kuching.
Beliau turut mendedahkan syarikat yang ada kaitan dengan Abdul Taib, Polar Red Sdn Bhd, Magna Wide Sdn Bhd, CMS Lands Sdn Bhd, Monarda Sdn Bhd, Radiant Lagoon Sdn Bhd, Miracle Harvest Sdn Bhd dan Worldsign Harvest Sdn Bhd.
Turut menyatakan gesaan supaya SPRM mengambil tindakan tegas ialah Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew yang menyifatkan bukti itu mencukupi untuk mendakwa Taib.
"Dokumen yang didedahkan Chong Isnin lalu adalah bukti jelas salah kuasa Taib dan lebih daripada cukup untuk SPRM mengambil tindakan," katanya.
Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping, pula berkata SPRM perlu membuktikan sikap profesionalisme dalam menangani kes melibatkan Taib.
"Walaupun mereka agak lewat sedikit, langkah SPRM bertemu Chong untuk mendapatkan bukti itu petanda baik, tapi mereka perlu serius.
"Sudah lama orang tunggu Taib dibawa ke muka pengadilan. SPRM perlu menunjukkan profesionalisme," katanya.
Baru-baru ini, SPRM dalam kenyataan media berkata kes yang mengaitkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya yang tersebar luas di YouTube sedang diteliti.
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, Global Witness (GW) secara menyamar berunding dengan sepupu Abdul Taib dan beberapa orang untuk mendapatkan ribuan hektar tanah hutan.
NGO berpangkalan di London itu turut menyifatkan pendedahan berkenaan sebagai rasuah sistematik.
SPRM dalam satu kenyataan hari ini pula menegaskan, sebuah pasukan khas melibatkan 10 pegawai giat menjalankan siasatan dan lebih 20 individu yang disebutkan dalam video, diambil keterangan.
Mac lalu, GW mendakwa ahli keluarga Abdul Taib dan rakan perniagaannya melakukan penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.
SPRM dalam kenyataan sama juga menafikan siasatan pihaknya tidak mendapat kerjasama pihak terlibat.
Abdul Taib yang berkuasa selama 32 tahun berdepan dakwaan penyalahgunaan kuasa, bagaimanapun menolak tuduhan itu dengan melabel SPRM sebagai "nakal". - 3 Julai, 2013.
Tuesday, 2 July 2013
Yang ini Adun UMNO patut malu
ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar hari ini mencadangkan agar satu kerajaan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi melarang perbuatan meminum minuman keras di tempat awam.
Menurutnya, enakmen itu bertujuan bagi memberi kuasa undang-undang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis untuk menguatkuasakan larangan tersebut di tempat berkenaan.
Kawasan awam yang dimaksudkannya itu termasuk tempat-tempat seperti taman permainan, kawasan rekreasi dan padang bola, kata bekas exco itu.
"Pejabat saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang kumpulan yang minum minuman keras di lokasi berkenaan sehingga larut malam dan kemudian meninggalkan botol kosong dan juga pecah yang berselerak di tempat tersebut.
“Keadaan ini menyebabkan kacau dan ganggu kepada keharmonian dan ketenteraman penduduk setempat di kawasan berhampiran," katanya.
Katanya, undang-undang seperti itu dikuatkuasa di beberapa negara seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat yang menghalang perbuatan membawa dan meminum bahan tersebut di kawasan seperti taman dan pantai.
Selain itu, beliau juga menuntut agar kerajaan mengharamkan penjualan arak murah bagi membendung gejala sosial yang menurutnya semakin serius.
"Saya juga mohon kerajaan negeri melarang dan mengharamkan jualan arak murah yang boleh diperolehi dengan mudah dan berleluasa di kedai runcit, kedai perubatan Cina dan pasaraya di seluruh negeri.
"Yang begitu membimbangkan, pengambilan minuman ini dilakukan oleh ramai dari masyarakat India berpendapatan rendah.
"Ini menimbulkan masalah gejala sosial dan menyebabkan banyak berlakunya kes jenayah dan penderaan rumah tangga di kalangan masyarakat India yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar.
"Pihak berkuasa dan agensi-agensi berkaitan juga mesti terus memantau kedai yang menjual arak ini daripada menjualnya," katanya lagi.
Beliau berkata demikian semasa membahaskan titah Diraja di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini. - Malaysiakini
@ Orang bukan Islam tahu membezakan baik dan buruk. Yang ada agama tak boleh nak bezakan.
Sunday, 30 June 2013
Bila pula Ustaz Zawawi ahli PKR?
KUALA LUMPUR - PRK Kuala Besut disifatkan pertandingan yang kritikal serta sangat penting kepada Umno-BN dan PR kerana ia mampu menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan negeri, ujar Mohamed Azmin Ali.
Sehubungan itu katanya, pertarungan merebut kerusi itu dijangka sengit khususnya parti pemerintah yang akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerusi berkenaan daripada dirampas parti lawan.
Apatah lagi, ia melibatkan risiko kehilangan kuasa pentadbiran di negeri itu.
"Bagi Umno, ianya perlu untuk mempertahankan kerajaan negeri, bagi PR ianya amat perlu untuk kita membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru selepas PRK itu.
"Sekiranya PR dapat menawan semula kerusi berkenaan kerana kerusi itu pernah dimenangi oleh PKR pada 1999.
"... ianya tidak mustahil untuk PR sekali lagi mewakili kerusi itu pada PRK akan datang," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui dalam program 'Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa' bersama Timbalan Presiden PKR, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas kekosongan kerusi Dun Kuala Besut, Terengganu susulan kematian penyandangnya, Dr A.Rahman Mokhtar dari BN.
Azmin juga tidak menolak kemungkinan PKR akan meletakkan calonnya di kerusi tersebut yang merupakan PRK kali pertama akan diadakan selepas pilihan raya 5 Mei lalu.
Bagaimanapun katanya, keputusan itu hanya akan diketahui selepas satu mesyuarat bersama Majlis Pimpinan PR diadakan dalam masa terdekat.
"Saya yakin kali ini ianya akan menonjolkan satu wakil yang mewakili PR daripada parti yang akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan PR.
"Sebarang keputusan yang bakal diambil adalah tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan akan dibuat dalam Majlis Pimpinan PR," katanya lagi.
Selain itu, Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menggunakan sebaik mungkin platform PRK itu untuk menunjukkan kesungguhan beliau dalam melakukan transformasi pilihan raya di negara ini.
Jika apa yang ditulis oleh Sinar Harian benar, rasanya Azmin Ali tersilap fakta. Mungkin dulu apabila majlis Syura PAS menolak Zulkifli Nordin PKR juga tersilap fakta menyangka Zul Kulim itu adalah ahli PKR!
Untuk makluman Nik Zawawi Nik Salleh (PAS) mendapat 4,426 manakala Wan Zakaria Bin Abd Rahman (BN) 3,9,39. Ustaz Nik Zawawi mengalahkan calon BN dengan majoriti 487 undi.

Wednesday, 26 June 2013
Kesian orang Kuala Besut dawat kekal masih belum tanggal kena mengundi lagi
Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Laporan Bernama menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini akibat kanser paru-paru di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.
Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman yang mengesahkan perkara itu.
"Pagi ini keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan disahkan meninggal pukul 10.18 pagi ini di HSNZ," katanya Anwa seperti dipetik Bernama.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri Terengganu itu meninggalkan seorang balu dan empat anak.
Jenazah dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Teluk Bayu Kuala Besut selepas solat Zohor hari ini, lapor agensi berkenaan.
Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei.
Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Kawasan berkenaan terdiri daripada lebih 17,000 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu.
BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila berjaya meraih 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan.
Kalau tak faham juga maksud tajuk artikel ini, susah saya nak cakap.
Friday, 21 June 2013
SPR memang 'bangang' guna dakwat PRU-12 lalu untuk PRU-13?
SPR tubuh pasukan siasatan dalaman
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat kemungkinan wujudnya sabotaj daripada petugas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membabitkan penggunaan dakwat kekal.
Siasatan itu penting bagi mengenal pasti punca sebenar selepas dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi tidak mampu bertahan lama seperti dimaklumkan badan bebas itu sebelum ini.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pasukan siasatan yang dianggotai tiga ahli SPR diberi masa selama sebulan untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
Siasat secara terperinci
“Petugas SPR ini ada macam-macam, kita tidak tahu niat mereka, jadi ia memerlukan kepada siasatan dalaman secara terperinci bagi mencari kebenaran terhadap perkara itu.
“Kita tidak tahu apakah dakwat ini tidak kekal lama kerana kualitinya ataupun kesilapan pegawai SPR ataupun ada unsur sabotaj, malah kami sendiri terkejut kerana perjanjian dengan pembekal ia mestilah kekal lama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum lalu menjadi polemik apabila pembangkang tidak berpuas hati dengan penggunaannya dan mendakwa ia satu penipuan oleh badan bebas itu.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata penubuhan pasukan siasatan dalaman itu adalah langkah tepat bagi mencari kebenaran terhadap penggunaan dakwat kekal yang tidak mampu bertahan.
Soal kewibawaan
Bagaimanapun katanya, isu dakwat kekal tidak boleh dijadikan alasan ataupun sandaran untuk tindak mengiktiraf keputusan pilihan raya umum lalu, sebaliknya penggunaan dakwat itu mampu meningkatkan lagi kebolehpercayaan perjalanan pilihan raya di negara ini.
“Ia adalah satu langkah wajar kerana ia membabitkan soal kewibawaan dan integriti badan bebas itu selaku pengendali pilihan raya. Malah ia sebahagian daripada cadangan dikemukakan MBM dengan menyentuh isu dakwat kekal membabitkan aspek kualiti serta ketahanannya,” katanya.
Bagi bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim, berkata SPR kini sudah dijadikan ‘kambing hitam’ oleh pembangkang bagi menutup kelemahan mereka dan usaha dilakukan suruhanjaya itu bagi mencari kebenaran adalah langkah tepat.
“Petugas SPR ramai, kita tidak tahu arah sokongan mereka, semestinya siasatan terperinci perlu dibuat terutamanya membabitkan pihak yang membuat dan menerima tempahan dakwat kekal ini.
“Tidak mustahil ada yang mensabotaj penggunaan dakwat kekal bagi memburukkan imej SPR serta menimbulkan keraguan rakyat terhadap badan pengendali pilihan raya itu,” katanya.
Kalau silap kenapa tak mengaku. Itu tanda bangang. Kalau silap tak perlu masa letak aje jawatan, bagi yang lebih berwibawa! Ni tubuh jawatankuasa nak kambing hitamkan siapa pula atas masalah ini. PRU-12 sebelum ini kata ada orang beli dakwat yang sama, itu pun dah banyak juta hilang kerana dakwat berkenaan.
Entah-entah dakwat PRU-12 lalu diguna dan ada yang kebas duit kononnya yang beli baru sedangkan dakwat PRU-12 tidak dihapus pun!

Tuesday, 18 June 2013
Tak Perlu Bagi Alasan Bodoh
Penyokong PAS di Kuala Selangor dibeli dengan wang tunai sehingga RM1,000 dan diminta bersumpah akan atau telah menyokong BN dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, dakwa calon kawasan itu Dr Dzulkefly Ahmad.
Dakwanya, perkara itu banyak berlaku di Jeram dalam tempoh 24 jam terakhir waktu berkempen.
"Orang Melayu takut bersumpah. Sangat takut. Jika kamu bersumpah dengan nama Allah tetapi tidak lakukannya, kami akan mati," katanya ketika diwawancara Malaysiakini pada Khamis lalu.
Dzulkefly tewas di tangan calon BN Datuk Irmohizam Ibrahim dengan majoriti 460 undi di kawasan majoriti Melayu dengan 64 peratus.
Di Jeram, salah satu kerusi negeri di Kuala Selangor, penyandang daripada BN Amiruddin Setro mempertingkatkan majoritinya daripada 1,476 undi pada 2008 kepada 2,834.
Dzulkefly berkata, beliau mengesan ada sesuatu yang tidak kena apabila orang kampung, termasuk anak muda, enggan bertemu dengannya.
Ditanya Malaysiakini, Irmohizam bagaimanapun berkata, dakwaan itu tidak berasas.
Isu pengundi diminta sumpah sokong BN bukan sekarang berlaku tetapi semenjak UMNO dilahirkan lagi.
Sebelum ini dirasuah dengan gula, kain pelikat, teh dan kopi. Sehingga TGNA berkata beri gula kita kacau, beri kain kita pakai.
Seperti juga dengan isu bersumpah, bila BN suruh bersumpah pangkah BN orang kampung pangkah poster BN pada batang kelapa. Kemudian BN upgrade sumpah dengan menggunakan hp untuk ambil gambar semasa di peti undi.
Pengundi pangkah BN pada kertas undi lalu diambil gambar dan padam semula pangkah PAS. Gambar ditunjuk untuk dapatkan duit.
Oleh itu kita tak perlu hairan pada PRU13 pensil dah tak ada lagi diganti dengan ballpen, tak boleh dipadam.
Jawapan Dr Dzulkefly Ahmad, pakar strategik PAS kalah kerana sumpah itu bukan jawapan analisis yang mutlak yang boleh dijadikan bahan untuk perbahasan yang lebih ilmiah.
Dr Zul harus sedar kenapa masih ada tempat lain PAS, PKR atau DAP boleh menang. Ada sesuatu yang menjadi faktor selain daripada sumpah sokong BN yang boleh menentukan kemenangan.
Saya rasa Dr Zul telah memberikan alasan bodoh dan memalukan diri sendiri sebagai pakar Strtaegik PAS. Toleh diri dan lihat sejauh mana dia melawati kawasan sebelum PRU13??
Saya berpendapat Pakar Strategik PAS harus belajar daripada Pakar Strategik PKR, sdr Rafizi!!

Saturday, 15 June 2013
55 Tahun Dewan Ulama PAS dan Ulama PAS tak pernah cengah kemungkaran!
Saya rasa Dewan Ulama PAS Pusat dan Ulama-ulama dalam PAS adalah boneka agama sahaja!! Sebab itu PAS tak boleh memerintah Malaysia. Saya rasa ulama dalam PAS hanya duduk sahaja dan pentingkan duniawi semata-mata serta tamakkan jawatan. Presiden PAS pun asyik nak bawa PAS masuk UMNO itu lah kerja hingga kemungkaran tidak dicengah!!
Mereka semua bertahun-tahun duduk dalam PAS tu sebenarnya memasang hati untuk nak jawatan yang yang akan ditawarkan oleh UMNO. Mereka semua bodoh, bangang, tak tahu makna kebangkitan rakyat, kezaliman dan reformasi!!!
Mungkin tak percaya apa yang saya tulis. Cuba baca kenyataan Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin dalam Keadilandaily. Ramai blogger sedang copy paste untuk disebarkan.
Oh ya mungkin ada kurang faham maksud kemungkaran. Usrah, ziarah, lawatan ke rumah umno untuk tarik dia orang mendekati Islam dan PAS itu bukan mencengah kemungkaran!

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang.
"Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan.“Islam melarang kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya,” katanya kepada Keadilandaily.
Justeru, beliau menyokong kuat usaha penganjur himpunan Suara Rakyat Black 505 dan menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke himpunan akan diadakan di Padang Merbok 22 Jun ini.
Tegasnya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya berasa lemah semangat dan pasrah dengan keputusan pilihan raya umum lalu kerana diketahui dicemari dengan pelbagai bentuk penipuan.
“Keputusan pilihan raya lalu mendedahkan seluruh rakyat kepada sistem demokrasi yang herot. Himpunan itu nanti menjadi platform terbaik menyedarkan rakyat hak mereka yang dicabuli pemerintah,” kata Aziz.
Katanya, sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang penuh tipu helah dan muslihat.“Usaha dilakukan penganjur Blackout 505 patut disokong oleh semua rakyat yang cintakan keadilan,” tegasnya. ~keadilandaily
Oh ya mungkin ada kurang faham maksud kemungkaran. Usrah, ziarah, lawatan ke rumah umno untuk tarik dia orang mendekati Islam dan PAS itu bukan mencengah kemungkaran!
Subscribe to:
Posts (Atom)