JOHOR BAHARU, 15 Jun - Exco kerajaan negeri Johor yang bertanggungjawab bagi Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Tee Siew Kiong meletak semua jawatan dalam MCA, sebaliknya hanya mengekalkan keanggotaan seumur hidup beliau dalam parti itu.
Tee berkata beliau berbuat demikian bagi mengelak sesetengah anggota parti itu terus mengeksploitasi pelantikannya sebagai exco Johor.
"Saya kesal kerana sesetengah anggota parti menjadikan pelantikan saya sebagai isu dan pada masa sama, bukan sekadar menjadikan saya sebagai sasaran malah bertujuan memusnahkan perpaduan parti.
"Bagaimanapun, saya tidak akan sesekali meninggalkan parti kerana saya sudah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga besar ini untuk tempoh lebih 30 tahun," katanya dalam satu kenyataan malam semalam.
Beliau meletak jawatan sebagai setiausaha penganjur nasional, anggota majlis presiden, anggota jawatankuasa pusat, anggota jawatankuasa pemandu pilihan raya, anggota jawatankuasa perhubungan MCA negeri Johor, timbalan pengerusi jawatankuasa pemandu pilihan raya MCA Johor dan pengerusi bahagian MCA Pontian.
Tee juga akan menghadiri pendengaran jawatankuasa disiplin MCA pada 17 Jun untuk menjelaskan penerimaan jawatan sebagai exco Johor.
Sebagai anak Johor, katanya, beliau tidak boleh mengingkari arahan Sultan.
"Arahan Sultan menyebut bahawa mesti ada wakil daripada setiap kaum dalam anggota majlis kerajaan negeri, jadi saya diarah mewakili masyarakat Cina," katanya.
Tee juga berkata beliau sememangnya tidak pernah berhasrat menentang keputusan parti untuk menolak semua jawatan dalam kerajaan jika MCA gagal mempamer prestasi lebih baik dalam pilihan raya ke-13 berbanding pada 2008.-- Bernama
Saturday, 15 June 2013
Pertemuan UG Versi Baru?
The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.
Difahamkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.
“Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.
Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara timbalan kepada Najib Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.
Kebanyakkan penganalisis politik mengatakan Najib terlalu popular, lebih dari partinya, untuk hilang jawatan dalam kerajaan dan parti.
“Akan tetapi Najib berhadapan dengan dua serangan terhadapnya, jadi dia perlu mencari sekutu,” kata sumber lain kepada The Malaysian Insider, mengatakan ironinya Anwar juga mahukan jawatan tertinggi itu.
Tidak diketahui sama ada presiden Indonesia sedar mengenai pertemuan di ibu kota negaranya akan tetapi bekas timbalan presiden Indonesia pernah menjadi pengantara kepada kedua-dua pemimpin sebelum pilihan raya 5 Mei untuk kempen pilihan raya aman.
Akan tetapi Kalla mengatakan persepakatan gagal selepas Anwar memulakan kempen di seluruh negara untuk membantah keputusan Pilihan Raya 2013. Pemimpin PKR itu mengatakan Najib tidak pernah menandatangani perjanjian itu walaupun terdapat persetujuan mulut.
Pemimpin Malaysia, terutamanya dari Umno, telah diketahui mengadakan pertemuan sulit di Jakarta - hanya mengambil masa dua jam penerbangan dari Kuala Lumpur, bagi mengelakkan publisiti dan gossip.
Najib dan Anwar diketahui mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Indonesian yang mahu melihat kestabilan di negara jiran mereka Malaysia – menggajikan dua juta rakyat Indonesia dari profesional, buruh dan pembantu rumah.
Kedua-dua Anwar dan Najib merupakan sebahagian daripada Team Wawasan yang memenangi jawatan tertinggi dalam pemilihan Umno 1993, dengan Muhyiddin, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.
Umno memecat Anwar pada 1998 dan bekas timbalan presiden parti itu berhadapan dengan pertuduhan liwat dan rasuah di mahkamah sementara Muhammad meninggalkan parti sebelum pilihan raya bulan lalu.
Zahid pada ketika itu merupakan sekutu Anwar dan ketua Pemuda Umno yang menggunakan terma Indonesia KKN untuk korupsi, kronisme dan nepotisme dalam serangan terhadap bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perhimpunan Umno 1998.
Beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sementara Anwar dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno sebulan selepas perhimpunan parti itu.
Mungkinkan ini adalah UG Versi baru seperti yang ditulis oleh A. Kadir Jasin dalam blognya??
Tak Hadir Angkat Sumpah Pun Jadi Isu
ADUN Salor Datuk Husam Musa hari ini menjelaskan beliau tidak menghadiri majlis angkat sumpah di Dewan Undangan Negeri itu semalam kerana mempunyai tugasan rasmi di luar negara.
"Saya dijadual ada aturcara rasmi di luar negara bermula 13 Jun sampai 20 Jun. Permohonan cuti saya diluluskan oleh sidang DUN Kelantan semalam," kata dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.
Husam berkata beliau telah memohon untuk tidak menghadiri sidang DUN Kelantan sejak 26 Mei lalu kerana berada di luar negara termasuk menunaikan umrah pada 26 Mei hingga 9 Jun .
"Saya akan mengangkat sumpah pada sidang belanjawan (yang) dijadualkan Oktober akan datang.
"(Perhimpunan) Blackout 12 Jun dan jadual luar negara 13 Jun di atur lebih awal sebelum dapat notis sidang dun," katanya.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini berhubung tandatanya mengenai ketidakhadirannya di majlis angkat sumpah tersebut, sedangkan beliau dilaporkan dilihat hadir dan berucap dalam perhimpunan Black 505 di Padang Majlis Daerah Ketereh pada 12 Jun.
Semalam seramai 42 ADUN di negeri termasuk bekas menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat mengangkat sumpah manakala tiga ADUN termasuk Husam tidak berbuat demikian.
ADUN Wakaf Baru diwakili Exco Kelantan Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi, manakala Datuk Mustapha Mohamed mewakili kawasan Ayer Lanas juga tidak mengangkat sumpah dan memaklum perkara itu kepada Dewan.
Speaker DUN Abdullah Yaakob pula dilapor memberi kebenaran dan kelulusan permohonan kepada ketiga-tiga wakil rakyat tersebut.
Bila rumahtangga PAS sudah goyah persaudaraannya akibat nak pemilihan, semua perkara jadi isu. Ini makna ikatan Islam dalam diri PAS dan semua yang ada masih longgar. Aku tak tahu macam mana kalau Tuhan dah bagi banyak lagi kuasa?
Wednesday, 12 June 2013
MP Pakatan Rakyat (PR) Janganlah bersikap seperti ini!!
MP Bakri Er Teck Hwa memohon maaf kerana menghadiri majlis taklimat untuk ahli parlimen hari ini, yang sepatutnya dipulaukan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Beliau mendakwa tidak menerima apa-apa arahan rasmi untuk tidak menghadiri majlis berkenaan, walau mengetahui mengenai perkara itu melalui laporan media.
Er berkata, arahan seperti itu biasanya dihantar melalui SMS dan emel dari jawatankuasa pusat partinya, DAP.
Beliau tidak menganggap pemulauan tersebut sebagai arahan rasmi kerana tidak menerima maklumat melalui saluran tersebut, katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Er merupakan wakil tunggal Pakatan Rakyat yang hadir ke majlis berkenaan pagi ini.
Katanya, beliau membuat panggilan ke ibu pejabat parti yang mengesahkan bahawa arahan untuk memulaukan majlis tersebut dikeluarkan pada minggu lalu.
"Ini merupakan kesalahan saya kerana tidak meneliti kesemua pesanan dan emel untuk arahan khusus untuk memulaukan taklimat hari ini dan membangkitkan kontroversi lanjut dalam senario politik masa kini.
“Saya dengan tulus hati ingin memohon maaf atas tindakan yang tidak sepatutnya itu dan dengan rendah hati menerima apa-apa tindakan disiplin yang mungkin dikenakan ke atas saya,” katanya.
Seramai 88 daripada 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat gagal hadir ke sesi taklimat mengenai tempat duduk dan isu-isu lain di Parlimen pagi ini.
Takkan bila sampai sana tak ada seorang pun geng Pakatan Rakyat masih belum sedar. Saya rasa memang MP ini benar-benar tuli dan pekak. Lihat tak ada seorang pun MP Pakatan Rakyat sepatut call lah sebab apa? Buat apa lagi duduk terus chow!!
Beliau mendakwa tidak menerima apa-apa arahan rasmi untuk tidak menghadiri majlis berkenaan, walau mengetahui mengenai perkara itu melalui laporan media.
Er berkata, arahan seperti itu biasanya dihantar melalui SMS dan emel dari jawatankuasa pusat partinya, DAP.
Beliau tidak menganggap pemulauan tersebut sebagai arahan rasmi kerana tidak menerima maklumat melalui saluran tersebut, katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Er merupakan wakil tunggal Pakatan Rakyat yang hadir ke majlis berkenaan pagi ini.Katanya, beliau membuat panggilan ke ibu pejabat parti yang mengesahkan bahawa arahan untuk memulaukan majlis tersebut dikeluarkan pada minggu lalu.
"Ini merupakan kesalahan saya kerana tidak meneliti kesemua pesanan dan emel untuk arahan khusus untuk memulaukan taklimat hari ini dan membangkitkan kontroversi lanjut dalam senario politik masa kini.
“Saya dengan tulus hati ingin memohon maaf atas tindakan yang tidak sepatutnya itu dan dengan rendah hati menerima apa-apa tindakan disiplin yang mungkin dikenakan ke atas saya,” katanya.
Seramai 88 daripada 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat gagal hadir ke sesi taklimat mengenai tempat duduk dan isu-isu lain di Parlimen pagi ini.
Takkan bila sampai sana tak ada seorang pun geng Pakatan Rakyat masih belum sedar. Saya rasa memang MP ini benar-benar tuli dan pekak. Lihat tak ada seorang pun MP Pakatan Rakyat sepatut call lah sebab apa? Buat apa lagi duduk terus chow!!
Wednesday, 20 February 2013
DAP Kapir Harbi!
Hari-hari telah disaljikan tentang kedurjanaan DAP. Kalau ada DAP Melayu akan melarat dan merana. Buat apa berbaik dengan DAP tu KAPIR HARBI!! Nanti Malaysia jadi macam Singapore!
Masa tu sesal tak kesudahan.. antara serangan psikologi oleh UMNO yang nak mampus kepada Melayu demi untuk menyelamat tembolok mereka!
Gambar di atas Kapir Harbi sedang menderma kepada Tabung Palestine.
Tak hairan pun UMNO juga ada Tabung Palestine. Tapi Tabung Palestine UMNO bukan untuk rakyat Palestine, tetapi untuk pemimpin mereka kebas buat joli!!
Ni Boss UMNO Melaka yang kebas Tabung Kutipan Palestine Melaka sebanyak RM680 juta. Ini bukan Kapir Harbi... Ini Melayu Asli spesis UM NO Karat Biru!
Wednesday, 30 January 2013
Keputusn Nombor Ekor Dalam Utusan Pun Tak Boleh Percaya!!!
Utusan Meloya adalah akhbar paling bangang dan tak bertamadun. Dulu ada kata-kata orang dalam Utusan tu nombor ekor aje betul TAPI si AKHBAR BANGANG ni nombor ekor pun tak betul!!
Bahlol cari makan untuk anak bini dengan duit fitnah!!
Tuesday, 29 January 2013
Kalau wanita bertudung nak masuk Kristian, Rosmah macam mana?
Ini gambar yang di war-warkan kononnya ada ceramah disebuah gereja di Perak telah di hadiri oleh gadis-gadis bertudung. Dakyah ini mengatakan proses untuk mengkristiankan gadis Melayu bertudung sedang giat dilakukan di negara kita.
Saya tak nafikan sebagai seorang Islam kita kena ambil tahu dan prihatin tentang gerakan kristianisasi. Tapi jangan sampai isu ini sekadar isu politik!
Kalaulah gadis bertudung boleh mendengar ceramah kristian di gereja. Bagaimana gadis atau mak gadis yang tak bertudung?
Saya berpendapat kalau nak sebar kristian baik ambil 'mak gadis' yang tak bertudung sebab logiknya yang tak bertudung lebih ingkar arahan tuhan makan lebih mudah untuk meninggalkan tuhan!
Kalau dalam gambar itu gadis tak bertdung ada logik tapi kalau bertudung apa yang aku boleh kata bangang betul cybertropper UMNO/BN!!!
Utusan Meloya Cuba Memperbodohkan Pembaca
Utusan ini memang akhbar bebal. Sudah berkali-kali di saman masih lagu tu juga!! Saya tak tahu bagaimana rupa ketua pengarang yang bebal ini. Hari ini ada cerita Amanat. Antara lain disebut:-
Solat Jumaat 'berimamkan' radio
PASIR PUTEH 28 Jan. - Seorang bekas penyokong tegar Pas yang terlalu taksub dengan Amanat Haji Hadi, mendedahkan bagaimana dia mendirikan solat Jumaat berimamkan siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran radio kerana menganggap imam di kampungnya kafir.
Menurut Aziz Jusoh, 53, dari Kampung Gong Guchil dekat sini, selepas menyedari tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam, dia terus bertaubat dan nekad meninggalkan Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapati ia merosakkan akidah.
Katanya, sebagai pengikut parti yang ilmu agama cetek, tindakan memulaukan imam atau orang UMNO dan mengkafirkan mereka dianggap halal serta jihad dalam memperjuangkan Islam bersama Pas. Setiap kali Jumaat, sebuah radio pasti berada di hadapan saya yang siap sedia untuk menunaikan solat dua rakaat. Saya akan mendengar khutbah dan berimamkan suara yang berkumandang.
Bangang betul pengarang, kalau dia tak solat kerana iman kerajaan kafir habis dalam radio tu iman PAS ke?? Nak tipu pun biarlah betul!!
Sunday, 13 January 2013
Utusan & Berita patut belajar daripada Sinar
Hari ini semua akhbar Melayu
cuba memperbodohkan orang-orang Melayu dengan berita yang menyenangkan
hati pemerintah dan menepikan etika dan sifat pemberitaan. Hanya Sinar
Harian sahaja berlaku jujur dengan apa yang berlaku.
Utusan
Malaysia secara teradisinya terpinga tak ada isu untuk paparan hadapan
sekadar meletakkan berita serangan kepada pembangkang "Penganjur Langgar Syarat". Aku rasa Ketua Editornya Bengong atau Banggang!!
Jika
ada yang melanggar peraturan dengan membawa anak-anak itu peranan
POLIS!! Bukan baling gas pemedih! tapi pergi kepada individu berkenaan
dan nasihatkannya. Jika degil juga baru bawa mereka keluar daripada
perhimpunan. kalau rasa boleh dakwa di bawah undang-undang dan peraturan
perhimpunan dakwalah.
Lagi
bagus kalau Polis sediahkan tempat asuhan anak-anak... daripada polis
sediakan Khemah jutaan ringgit untuk bagi makan peserta yang ditangkap
dengan kos RM18 seorang!!. Itu pun Utusan bodoh nak tulis...
Anak-anak kecil di bawa berrjalan, takkan nak tinggal tepi jalan!!
Ketua Polis Dang Wangi ada sebut macam bersiar-siar atau macam tengok bola... Memang mereka ini bersiar-siar dengan anak-anak.
Setakat
tak sampai 10 kes bawa anak-anak nak jadikan tajuk berita. Bangang
betul!! 10 daripada 100,000 berapa nisbahnya. Takkan ini meyebabkan
pengajuran salah. Ini kes terpencillah bangang!!
Belajar daripada Sinar Harian... Belajar menerimahakikat jangan beku otak dengan fanatik keUMNOan.
Monday, 15 October 2012
DAP Kedah sekadar bantah tapi UMNO lagi teruk yang buat!
|
Hari ini Utusan Malaysia (baca Meloya!) cuba memaminkan isu DAP dan PAS dengan memberikan tajuk kononnya DAP Kedah tak suka papan tanda yang sopan sebagaimana papan tanda di negeri Kelantan.
Kalau betul apa yang dikatakan UM (tapi setakat ini dah lebih 10 saman UM kalah kerana pembohongan..) DAP Kedah sekadar memberikan pandangan tak suka tapi UMNO Kedah sebelum ini dan UMNO keseluruhannya yang membuat dan menyiar iklan dan papan tanda kurang sopan.
Mana Islam UMNO??
Ini berita yang diputar belit oleh Utusan.
Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam.
Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.
"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Guan Aik mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.
Hari ini Utusan Malaysia (baca Meloya!) cuba memaminkan isu DAP dan PAS dengan memberikan tajuk kononnya DAP Kedah tak suka papan tanda yang sopan sebagaimana papan tanda di negeri Kelantan.
Kalau betul apa yang dikatakan UM (tapi setakat ini dah lebih 10 saman UM kalah kerana pembohongan..) DAP Kedah sekadar memberikan pandangan tak suka tapi UMNO Kedah sebelum ini dan UMNO keseluruhannya yang membuat dan menyiar iklan dan papan tanda kurang sopan.
Mana Islam UMNO??
Ini berita yang diputar belit oleh Utusan.
DAP Kedah bantah iklan sopan
Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my
ALOR SETAR 14 Okt. - DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.pengarang@utusan.com.my
Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam.
Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.
"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Guan Aik mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.
Subscribe to:
Posts (Atom)












