MP Bakri Er Teck Hwa memohon maaf kerana menghadiri majlis taklimat untuk ahli parlimen hari ini, yang sepatutnya dipulaukan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Beliau mendakwa tidak menerima apa-apa arahan rasmi untuk tidak menghadiri majlis berkenaan, walau mengetahui mengenai perkara itu melalui laporan media.
Er berkata, arahan seperti itu biasanya dihantar melalui SMS dan emel dari jawatankuasa pusat partinya, DAP.
Beliau tidak menganggap pemulauan tersebut sebagai arahan rasmi kerana tidak menerima maklumat melalui saluran tersebut, katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Er merupakan wakil tunggal Pakatan Rakyat yang hadir ke majlis berkenaan pagi ini.
Katanya, beliau membuat panggilan ke ibu pejabat parti yang mengesahkan bahawa arahan untuk memulaukan majlis tersebut dikeluarkan pada minggu lalu.
"Ini merupakan kesalahan saya kerana tidak meneliti kesemua pesanan dan emel untuk arahan khusus untuk memulaukan taklimat hari ini dan membangkitkan kontroversi lanjut dalam senario politik masa kini.
“Saya dengan tulus hati ingin memohon maaf atas tindakan yang tidak sepatutnya itu dan dengan rendah hati menerima apa-apa tindakan disiplin yang mungkin dikenakan ke atas saya,” katanya.
Seramai 88 daripada 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat gagal hadir ke sesi taklimat mengenai tempat duduk dan isu-isu lain di Parlimen pagi ini.
Takkan bila sampai sana tak ada seorang pun geng Pakatan Rakyat masih belum sedar. Saya rasa memang MP ini benar-benar tuli dan pekak. Lihat tak ada seorang pun MP Pakatan Rakyat sepatut call lah sebab apa? Buat apa lagi duduk terus chow!!

No comments:
Post a Comment