Saturday 22 August 2015

Mohamad Sabu Sedia Undur Diri Untuk Husam Musa?


Mengikut penganalisis politik, Husam Musa akan menggantikan Mohamad Sabu memimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) dan seterusnya akan mempimpin parti baru Parti Amanah Rakyat (AMANAH).

Sebahagian besar daripada kumpulan GHB yang pro kepada Husam sedang membuat kempen "Husam Ganti Anwar" bagi memimpin Pakatan Rakyat 2.0 yang akan di tubuhkan setelah Anwar Ibrahim tiada (penjara).


Mengikut penganalisis berkenaan idea kumpulan pro Husam dalam GHB mendapat tentangan daripada sebahagian besar pengerak GHB terutama yang pro kepada Mohamad Sabu.

Tulisan rencana Mohd Azhar Abd Rahman di The Malaysian Insider dua hari lalu bertajuk "Husam ganti Anwar – Mohd Azhar Abd Rahman" telah memberikan maklumat awal tentang gerakan dalam GHB untuk menaikan Husam sebagai pemimpin menganggatikan Mohamad Sabu.

Mohd Azhar menulis "Lontaran Husam ganti Datuk Seri Anwar Ibrahim ini bukanlah untuk mengenepikan tokoh besar ketua Umum PKR dalam mengepalai gagasan pembangkang dalam berdepan Barisan Nasional. Namun persediaan mencari pengganti Anwar harus difikirkan bagi meneruskan perjuangan bersepakat parti-parti pembangkang ketika ini."
Dalam tulisan berkenaan ketokohan Mohamad Sabu seolah-olah dipertikaikan. Saya pernah menulis dua artikel mengenai Mohamad sabu tidak layak memimpin GHB dari sudut pandangan kumpulan GHB sendiri. (rujuk sini dan sini)

Gerakan menaikkan Husam Musa sebenarnya tidak disenangi oleh kumpulan pro Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Terengganu semalam juga ada menyentuh perkara ini secara tidak langsung yang mampu difahami oleh mereka yang berada dalaman GHB.

Kata Mohamad Sabu, dia akan meletak jawatan sekiranya jawatankuasa sementara yang ada mampu mencari pemimpin yang lebih sesuai.

"Jika ahli-ahli jawatankuasa percaya bahawa terdapat seorang pemimpin yang lebih baik maka saya bersedia untuk berundur.

"Tidak ada seorang pun yang akan kekal selama-lamanya. Apa yang kita percaya adalah kepimpinan kolektif," katanya yang dipetik daripada Mstar Online.

Kata-kata ini ditegaskan pada ceramah semalam.

Dia berkata demikian pada sidang akhbar pelancaran GHB peringkat negeri Terengganu di Dataran Shahbandar di Kuala Terengganu.

Mengikut penganalisis berkenaan juga, keretakan awal antara kumpulan Mohamad Sabu dan Husam Musa ini akan membuka ruang kepada tidak lamanya hayat parti baru AMANAH.
Lontaran Husam ganti Datuk Seri Anwar Ibrahim ini bukanlah untuk mengenepikan tokoh besar ketua Umum PKR dalam mengepalai gagasan pembangkang dalam berdepan Barisan Nasional. Namun persediaan mencari pengganti Anwar harus difikirkan bagi meneruskan perjuangan bersepakat parti-parti pembangkang ketika ini. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/husam-ganti-anwar-mohd-azhar-abd-rahman#sthash.OJDewJTq.dpuf


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment