Monday, 20 July 2015
Zaid Ibrahim Ditanya, Mat Sabu Layak Tak Memimpin Parti Baru?
Semalam road show Gerakan Harapan Baru (GHB) di Dewan Perniagaan Cina Kota Bahru, Zaid Ibrahim di jemput hadir. Semasa Zaid datang, penceramah semasa itu Hamzah Jaafar (Pengerusi GHB Pahang yang bercakap hudud macam UMNO bercakap, sila baca tulisan saya di sini) berhenti dan menggumunkan ketibaan Zaid Ibrahim. Biasanya orang besar sahaja akan diperlakukan seperti ini. Zaid ni adalah orang besar dalam parti yang akan dibentuk nanti rasanya.
Parti Baru akan dibentuk pada 16 September 2015 nanti. Itu maklumat saya dapat. Saya suka mengulas kepada forumer TKO (saya tak nak sebut nama) yang suka komen artikel saya kononnya saya kata parti KITA akan dibeli itu salah (setakat ini saya tak pernah membuat komen balas pada artikel saya. Saya hanya menyampaikan maklumat terpulang kepada pembaca untuk menilainya.. dunia sekarang dunia terbuka). Untuk maklumat anda GHB ini bukan parti baru dia sekadar platform kerja-kerja jahat kumpulan ini untuk menyebar luas pengaruh, menghasut dan membuat persepsi buruk kepada PAS atas pentas PAS sendiri. Bahasa mudahnya mereka ini ibarat sperti pohon dedalu sejenis parasit bukan avifit.
Dulu Dr Hassan Ali kata anai-anai. Perkataan anai-anai pertamanya dalam PAS digunakan oleh Ustaz Fadhil Mohd Nor dalam ucapan Muktamar PAS. Teks ucapan beliau masih boleh dirujuk sehingga hari ini. Sepatut kumpulan yang suka menggunakan almarhum sebagai inspirasi perjuangan sepatutnya mengkaji bagaimana Allahyaham memeperingati ahli-ahli PAS bahayanya anai-anai dalam jamaah Islam PAS. Pada masa itu orang PAS masih tak kenal siapa sebenar anai-anai.(anai-anai bertindak tanpa disedari, bila sedar sudah parah!!)
Zaib Ibrahim kata sebelum dia datang ke majlis ini, ada orang bertanya dia boleh ke Mat Sabu memimpin parti baru? Dalam Ceramah semalam Zaid tak cerita panjang pasal kebolehan Mat Sabu.Dia memfokuskan cita-cita nak tawan putrajaya.
Sebelum ini saya ada menulis artikel "Mampukah Mat Sabu Memimpin Parti Baru?" (anda boleh baca di sini). Apa yang menjadi kerisauan Zaid dan kumpulannya sama seperti pendedahan saya sebelum ini.
Dalam artikel sebelum ini saya ada menyatakan mengenai pertemuan Mat Sabu dengan CEO dan intelektual di sebuah hotel yang dibiayai oleh seseorang. Mereka yang hadir telah membuat kesimpulan Mat Sabu tak boleh pergi ke hadapan. Kalau tayar, kita boleh ibarat tayar dah pancit atau terkeluar benang.
Tapi kenapa mereka push Mat Sabu?
Anda boleh dapat jawapannya jika anda ambil masa, tenangkan diri dan berfikir lebih rasional tentang masa depan Jamaah Islam dan perjuangannya.
Hari ini saya akan dedahkan siapa yang membiayai kos perjumpaan tersebut pada anda supaya anda boleh jumpa dengan orang ini dan tanya akan kebenaran apa yang saya tulis. Dia ialah bendahari GHB Wilayah Persekutuan sekarang Hayatul Kamil Termudi.
16 September nanti parti baru akan diumumkan dan dipimpin oleh orang yang tercicir dalam pemilihan PAS dan dia ini tidak diyakini oleh pimpinan parti baru sendiri. Dia sekadar batu locatan agenda oleh mastermind lain.
Jika anda study urutan cerita bagaimana PAS nak dihijack oelh kumpulan mastermind ini anda akan dapat maklumat-maklumat yang tersebar itu berhubung kait antara satu sama lain dan sangat rapat kejituannya.
Masih kita ingat bagaimana PASMA ditubuhkan 11 Ogos 2014? PASMA ditubuhkan sebelum pemilihan PAS, maknanya sebelum muktamar ke-61. Ini bermakna kata-kata Dr Hatta, Khalid dan Dr Siti Mariah semalam bahawa GHB ini dibentuk kerana meneruskan desakan penyokong adalah PEMBOHONGAN yang sangat nyata. Semuanya telah dirancang oleh mastermind.
Datuk Phahrolrazi Zawawi yang menjadi pengerusi PASMA dengan sokongan kuat oleh Husam Musa sebelum ini adalah satu daripada platform kumpulan ini untuk menawan PAS pada muktamar baru-baru ini, tapi malang usaha ini gagal.
Akhirnya Pasma diketepikan sama seperti Mat Sabu nanti (ini pendapat saya). Saya telah melihat bagaimana Ustaz Nasaruddin Mat Isa menjadi mangsa permainan politik mastermind sebelum ini dan episod-episod seterusnya juga tidak akan lari daripada script asalnya.
Tunggu dan lihatlah kebenaran pasti akan muncul.
Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasai bai'ah puak syiah aku tak heran..depa ada taqiyah..yg lagi sorang tu Lid Somat..dia bai'ah talak berapa kat bini dia...haha terjerat dh!!!
ReplyDeleteAda geng LGE yg sanggup jadi buta ke utk selamatkan talak Lid...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCaya lu.
ReplyDeleteLu merapu. Camna mau caya lu.
ReplyDelete