Monday 31 August 2015

Anwar Tenggelam Dalam Bersih 4


Sebelum Bersih 4, seorang kawan rapat saya membuat teori bahawa PKR akan "hijack" himpunan Bersih ini dengan agenda parti mereka. Menurut kawan saya, untuk merealisasikan strategi ini PKR telah menepatkan orang-orang mereka lima lokasi perhimpunan ke Dataran Merdeka iaitu Brickfields, Pasar Seni, Masjid Negara, Sogo dan Menara Maybank.

Katanya lagi PKR kerahkan semua MP dan macai-macai mereka disetiap checkpoint, kemudian mereka akan supply 700 crowd controller.

Mula-mula saya fikir ada logik juga, macam nak menulis perkara di blog ini, tapi 2 kali fikir rasa malas pula.

Bila Bersih 4 berlaku, bukan sahaja crowd controller tak ada, MP dan bos PKR pun tenggelam macam budak-budak biasa datang himpunan bersih aje.




Azmin Ali duduk bersila dengan air mineral sebotol sekadar datang tunjuk muka. Kalau tak datang macam-macam gossip keluar dalam whatsapp atau facebook.



Saifuddin Nasution pula macam remaja nakal yang ponteng sekolah dengan gelagat kononnya cool.


Manakala Rafizi pun sama dengan beg galas, macam budak sekolah. Yang lain saya tak larat nak post di sini. Semuanya datang tanpa agenda yang mantap.

Saya pun nampak Bersih 4 tak ada hala tuju yang jitu sekadar nampak hadir dan kesungguhan bermalam di jalan raya.

Dengan 2 banner untuk bebas Anwar dalam perhimpunan yang kononnya hadir  ½ juta manusia, saya rasa PKR gagal mengumpul ahli terutama Melayu untuk menunjukkan sikap yang jelas terhadap Anwar Ibrahim. Ketua AMK rasanya tak mampu untuk menambat hati pemuda perlu diganti.

Bukan Melayu, terutama Cina hadir lebih 90% menunjukkan DAP telah berjaya mendominasi perhimpunan ini. Mereka sedar akan kepentingan ekonomi sebab perhimpunan kali ini adalah kerana masalah ekonomi negara makin teruk.

Cina datang dengan tujuan memberikan sokongan kepada DAP untuk memastikan pemerintah BN menjalankan amanah dan memulihkan ekonomi. Itu teras mereka. Sebab itu berkali-kali Lim Kit Sing bersedia berUG dengan BN asalkan mereka turunkan Najib dan pulihkan ekonomi. Lim Kit Siang jelas halatujunya berUG dengan BN tak apa, asalkan ekonomi negara pulih.

Anwar sekadar tempelan sahaja. Tak lebih daripada itu.



Manakala Wan Azizah datang seperti menonton bola dengan bendera di tangan menggantikan kipas tanpa suatu tujuan yang khusus melainkan hadir sebagai bos PKR yang mungkin akan berucap di pentas jika di minta.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

1 comment: