Monday, 6 July 2015

Mahathir, Najib dan Wall Street Journal


Jumaat lalu Wall Street Journal menyiarkan laporan mendakwa sejumlah hampir AS$700 juta dana milik 1MDB disalurkan kepada akaun di bawah nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak".


Ekoran laporan itu juga pelbagai pihak mendesak perdana menteri mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ bagi membersihkan namanya serta mempertahankan integriti kerajaan.



Datuk Prof. Dr Haron Din, Muryidur Am PAS berkata banyak berita timbul baru-baru ini dan ia kelihatan benar tetapi kemudian terbukti sebaliknya selepas siasatan dijalankan.

"Jadi saya perlu periksa sama ada berita ini benar atau tidak terlebih dahulu," katanya.

Kata-kata Muryidur Am PAS ini telah menjadi senjata oleh akhbar-akhbar Pro Pakatan Rakyat kononnya Muryidur Am sokong Najib dan cara dan gerak kerjanya sama mereka memanipulasi kenyataan Presiden PAS sebelum ini kononnya tak setuju Najib letak jawatan.

Cara Malaysiakini dan Malaysian Insider menyiar berita saling tak tumpah bagaimana UTUSAN MALAYSIA.

Secara faktanya
Wall Street Journal ada rekod dengan Tun Mahathir sekitar tahun 80an. “i know that efforts will be made by the press, the editors, to pressure the Malaysian Government to do this and that” (Mahathir Mohamad, Ucapan PBB, New York:1986) 



Barry Wain, Bekas editor Asia Wall Street Journal, menulis sebuah buku berjudul “Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (Critical Studies of the Asia-Pacific)” yang mendakwa Mahathir melesapkan lebih RM 100 bilion semasa pemerintahannya. Tun Mahathir pada masa itu mencabar Barry Wain mengemukakan fakta mengenai tuduhan beliau itu yang sehingga sekarang tidak pernah dijawab.

Armarhum Ustaz Fadhil Noor (edola PASMA dan G18) pun tak ambil kesempatan atas isu ini pasal Ustaz Fadhil tahu ada keraguan dan itu diajar oleh Islam.

Kita melihat bagaimana politik Islam dan bagaimana Islam mengajar kita bila terima sesuatu isu. Dulu Datuk Prof. Dr Haron Din bila ditanya isu liwat Anwar Ibrahim, jawapan sama juga diberikan KENA SIASAT DULU.

Ada yang marah, katanya kita nak tumbang Najib kenapa bela dia, pimpinan PAS sekarang bodoh. Saya tanya mereka ini adaka
h Salahuddin al-Ayyubi yang menolong musuhnya, Richard The Lion Heart itu bodoh. Kan kita berperang nak bunuh pimpinan mereka? Kenapa pergi ubat? Tolong jelas bodohkah Salahuddin al-Ayubbi??

Tapi malangnya penyokong G18 dan PASMA tak faham mereka telah membuat sesuatu yang lari daripada ajaran Islam. Datuk Prof. Dr Haron Din menjadi mangsa fitnah dan caci maki.


Adakah ini yang diajar dalam parti Islam Progresif nanti di bawah pimpinan G18? Tolong jawab.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment