Wednesday 22 July 2015

Islam Progresif GHB Ala Islam Lim Kit Siang dan Dr Masitah


Ada pembaca hantar gambar ini kepada saya. Minta saya komen. Banyak lagi gambar-gambar lain yang hampir sama dengan gambar di atas yang melibatkan pimpinan Islam termasuk pimpinan PAS yang ingin keluar tapi belum keluar lagi telah menjadi suatu kebiasaan tanpa sebarang teguran dan rasa bersalah.

Ini mungkin Islam Progresif yang akan diterapkan dalam parti baru yang bakal didaftarkan pada 14 September ini jika tidak ditunda lagi.

Dulu kita tak bersetuju dengan Islam UMNO atas isu bersalam ini. Suka saya bawa contoh yang diambil daripada blog orang kuat PKR.



Kita viralkan Dr Mashitah Ibrahim bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir. Kita kata UMNO tak betul Islamnya.

Apakah pemikiran Islam UMNO?


Di ruangan soal jawab akhbar Sinar Harian "Anda musykil Dr Mashitah jawab" itu, Dr Mashitah membincangkan tentang hukum bersalaman dan mencium tangan di antara lelaki dan wanita bukan mahram.

Antara isi penting yang dinyatakan ialah, Ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Namun jika berjabat tangan disertai dengan perasaan ghairah dan boleh mendatangkan fitnah maka hukumnya adalah haram, tulis beliau.

Ini pemikiran Islam UMNO, dengan lain kata Islam progresif ala UMNO.


Kita tidak lupa pemikiran UMNO atau Islam progresif ala UMNO sebenarnya telah wujud dalam PAS.


Mereka ini tersembunyi kerana ulama dalam PAS masa itu kukuh dan ramai. Setelah seorang demi seorang ulama dalam PAS meninggal dunia (Ustaz Fadhil Mohd Nor, ustaz Yahya Junid, ustaz Yahya Osman, Ustaz Azizan Razak, ustaz Harun Taib, Ustaz Abu Bakar Chik dan terakhir Tuan Guru Nuik Abdul Aziz), Islam Progresif Ala UMNO dalam PAS telah menunjukkan sikap mereka.

Mereka tidak segam silu menyerang ulama dan kepimpinan ulama, malah ada usaha untuk meminda perlembangaan PAS mengurangkan kuasa Presiden dan Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai oleh Salahuddin Ayub. Usaha ini tidak teruskan pada muktamar PAS ke-61, setelah Cikgu Pa menggumumkan penangguhannya pada awal pembukaan Muktamar PAS baru-baru ini (Otai ini walaupun nampak slow tapi smart dalam membuat tindakan menghalang kerosakkan PAS).


 
Malah ada dikalangan kumpulan ini mencadangkan PAS bubar sahaja Majlis Syura Ulama. Mereka sanggup bawa Lim Kit Siang ke Kelantan untuk bercakap soal agama Islam termasuk hudud. Kenapa sampai begitu sekali tindakan mereka ini?

Ramadan baru lepas DAP tidak segan silu juga mencampuri urusan agama Islam malah menganjur program Islam seperti berbuka puasa dengan ala Islam progresif UMNO. Percampuran lelaki dan wanita juga tidak lagi dipandang suatu yang sensitif.

Wanita kembali kepada jahiliyyah sebagai model untuk menjadi hiasan dan hiburan dalam program Islam Progresif ala DAP/UMNO. Ya kononnya untuk menarik muda mudi menyertai program yang dianjuran kerana ada wanita atau gadis cantik.

TGNA pernah menyebut pasal 'denak' terlalu menjadi kenyataan. Kalau UMNO menggunakan wang untuk panggil ayam, kumpulan ini guna 'wanita' untuk panggil ayam. Apa beza mereka dengan UMNO?





Kenapa tidak ada yang menegur dalam isu makan setalam wanita bukan mahram? Mana pergi hadis nabi cegah mungkar dalam diri kita semasa perkara ini berlaku? Apakah ini tujuan ulama dalam PAS perlu disingkirkan?

Saya tak nampak beza Islam Progresif yang hendak dibawa oleh kumpulan GERAKAN HARAPAN BARU (GHB) dengan apa yang telah sedia ada pada DAP atau UMNO.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

2 comments:

  1. Haru jin dan tuang presideng adalah gandingan mantop. Cantik.

    ReplyDelete