Thursday, 11 June 2015

Pertama Kali Semenjak 2004, Mesyuarat AJK PAS Pusat Tidak Bocor di Media Massa


Saya cuba untuk mendapat gambar mesyuarat AJK PAS Pusat kali Pertama. Saya terokai hampir semua facebook AJK PAS Pusat yang baru dilantik. Malah saya juga cuba terokai facebook wartawan Harakah yang masih berkhidmat saya gagal menjumpainya. Mungkin saya terlepas pandang dan jika ada pembaca tolong sendkan kepada emel saya. (gambar di atas adalah mesyuarat sesi lalu)

Itu baru gambar.

Wednesday, 10 June 2015

Mat Sabu pelik Umno gembira keputusan pemilihan PAS, Sebenarnya Saya Pun Pelik!!


The Malaysian Insider (Yang akhbar tak pelik) menyiarkan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menduga sesuatu akan berlaku selepas berakhirnya muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini, berdasarkan beberapa perkara yang disifatkannya pelik berlaku sebelum dan semasa muktamar itu.

Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu mendakwa turut berasa hairan mengapa akhbar arus perdana, termasuk agensi berita negara seolah-olah campur tangan menentukan kemenangan golongan konservatif dalam pemilihan parti kali ini yang menyaksikan semua calon golongan profesional disingkirkan. (sebenarnya berita TMI ini pelik AJK muslimat PAS yang menang ada 7 orang doktor dikatakan calon ulama... ada masa saya akan tulis)

Ada 1 Kerusi Ada 1000 Jawatan, DAP ada 19 kerusi, lebih daripada 10,000 Jawatan


Semalam semasa saya minum, seorang kawan bertanyakan dengan sinis. "Jahat ke DAP, ada 1 kerusi Adun tapi PAS dapat jawatan hampir 1000?". Kata-kata itu sebenarnya adalah kata-kata sinis Khalid Samad.

Yang ini pun saya ada 2 jawapan. Saya mulakan dengan jawapan sinis juga.

Tuesday, 9 June 2015

Usul Dewan Ulama Telah Di Pinda?

Saya telah menulis berkenaan usul secara umum yang mana perkara ini adalah menjadi suatu yang lazim dalam mana-mana mesyuarat Agung PAS semenjak almarhum Ustaz Fadhil Nor dulu lagi. (Sebenarnya sebelum itu lagi, tapi sengaja saya sebut nama Ustaz Fadhil sebab nama ini telah dijual untuk merosakkan nama Presiden yang ada sekarang. Anda boleh baca di sini.)

Ada yang bertanya saya perlu Muktamar semula ke? Yang keluar kenyataan tu pengerusi SPR PAS!!!

Hubungan PAS-DAP: Rayuan Anwar Sudah Terlewat


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa PAS mengkaji semula keputusan muktamar parti Islam itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP kerana bimbang kerana keputusan tersebut akan menjejaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

“Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS. Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini."



Monday, 8 June 2015

Fitnah lagi? Siapa Punya Angkara?


Ada orang hantar gambar ini kepada saya dengan sedikit petikan "Ulama PAS kalau nak putus hubungan dengan DAP tak payahlah jalankan hukum hudud kepada Lim Guan Eng".

Saya hairan perangai bodoh dan jahat geng-geng yang suka buat onar dalam jamaah Islam. Nak kata dia orang tak solat, rasanya solat tak tinggal mungkin lebih baik daripada sesetengah ahli PAS yang taat kepada jamaah. Makan BABI jauh sekali.

Putus Hubungan Dengan DAP Kekal Pakatan Rakyat? Awak Faham Tak?



Nampak sehari dua ini asyik bincang pasal putus hubungan dengan DAP dan dah ada macam suara-suara mengatakan seolah-olah nak berpatah balik. Tulisan Mohamad Sabu juga ada menyebut semacam nak berbaik semula dengan DAP (Dah dapat kedudukan, cuba cari jalan untuk berbaik semula dengan DAP)

Saya rasa ramai tak faham tentang "USUL" dan orang tak faham
juga berkenaan dengan perjalanan sesuatu USUL dalam muktamar. Lagi orang tak faham bila usul putus hubungan dengan DAP tapi kekal dalam Pakatan Rakyat. Pelik katanya.

Kita berdakwah kepada artis, kepada UMNO dan kepada sesiapa sahaja


Terbaca satu posting daripada Leman Raja Lawak dan Wan Aisah pasal penolakkan jawatan dalam Lajnah Kesenian Kebudayaan dan Rekreasi.

Ingin saya bertanya kenapa kita berada bersama Jamaah Islam? Untuk kuatkan jamaah Islam itu? Kalau kita tak ada jamaah akan menjadi lemah dan longlai?

Rang Hudud: Greenboc dan AlHusseyn Pasti Bergembira


Parlimen sehingga hari ini masih tidak membahaskan rang undang-undang yang dihantar Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 2 minggu lalu bagi membolehkan Kelantan melaksanakan hukuman jenayah Islam atau hudud Malah Kertas Peraturan di Parlimen hari ini juga menunjukkan usul untuk membahaskan rang itu tidak tersenarai.

Apabila Hanipa (Peguam) Menangis


Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Hanipa Maidin menitiskan air mata ketika mengenangkan bantuan pernah diberikan kepadanya oleh salah seorang kakitangan ibu pejabat parti itu, Syed Mohamad Syed Hassan.

"Selepas pilihan raya umum 2004, selama dua minggu kami peguam PAS berkurung dalam sebuah bilik di Taman Melewar (untuk menyediakan petisyen pilihan raya).