Tuesday, 5 May 2015

Filem Lama UG Dihidupkan Semula Oleh Mereka Yang Terdesak



Saya terbaca di blog Greenboc seorang penulis PKR tentang cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar diadakan kerajaan perpaduan hanya satu bentuk "eskapisme" (melarikan diri) dan tidak akan menyelesaikan krisis dalaman PAS dan Umno, kata penganalisis politik Ibrahim Suffian. Pengarah Merdeka Center – sebuah pengkaji bebas – itu berkata masalah sebenar dihadapi kedua-dua parti tertumpu pada pimpinan yang tidak menunaikan kehendak sebahagian ahli, dan ia tidak akan dapat diselesaikan menerusi kerajaan perpaduan.

Sunday, 3 May 2015

Islam Ajar Syura Hanipa Ajar Debat Dalam Pemilihan Pemimpin Islam


Saya terbaca dalam Malaysiakini Hanipa Maidin ada berkata pemilihan Presiden PAS perlu mengemukan dan membentangkan idea dan wawasan mereka masing-masing bagi membawa PAS dengan lebih yakin di tengah tengah masyarakat pelbagai agama, bangsa dan kaum di negara ini.

Katanya lagi justeru itu, salah satu medan dan wadah yang paling mudah dan berkesan bagi mencapai hasrat tersebut, bagi saya, adalah diprogramkan satu debat terbuka antara calon-calon yang bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden PAS.

Saturday, 2 May 2015

Selama Ini Demo Bersih, Bersih 2.0, Bersih 3.0, Anti-ISA Tak Pernah Nampak Batang Hidung


Hari ini saya terlihat gambar Tuan Guru Ahmad Awang oleh TMJ bekas wartawan Harakah diberhentikan kontrak setelah tamat tempoh tapi mendakwa dipecat. Tergaman dan terkejut beruk juga bila Ustaz Ahmad Awang ini dapat status Tuan Guru?

Tuesday, 28 April 2015

Presiden PAS dan Pembantunya


Ada orang menyebut bahawa PAS lemah semasa Tuan Guru DS Haji Hadi Awang menjadi Presiden.  Hujah ini sama seperti pertanyaan kepada Saidina Ali kerana kekalutan umat Islam di zaman beliau dimana dizaman Saidina Ali tidak sebaik di zaman Saidina Abu Bakar dan Omar. Jawapan Saidina Ali sepatutnya menjadi teladan kepada kita yang berjuang dalam gerakan Islam.

Monday, 27 April 2015

Insan Yang Di Cerca dan Di Maki Kini Menghiasi Poster di Permatang Pauh.. Kenapa ya?



Hampir terkejut saya melihat poster insan yang dulunya dicerca dan dihina tiba-tiba menjadi keutamaan dalam poster PRK Permatang Pauh yang dikeluarkan atas nama Pakatan Rakyat. malah gambar beliau diutamakan daripada calon yang juga presiden kepada parti yang bertanding.

Itu namanya politik. Atas kepentingan semuanya boleh jadi, fitnah dan caci maki.

Saturday, 25 April 2015

Tak Ada Bendera PAS Dalam Perarakan Calon Pakatan Rakyat di Permatang Pauh?



Perarakan mengiring calon untuk Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil kali ini sedikit hambar kerana dipercayai penyokong dan akar umbi PAS tak keluar. Walaupun ada pertemuan dengan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan Timbalan Presiden parti itu Azmin Ali di sebuah hotel di Seberang Jaya pada pukul 9 malam pada malam tadi untuk menyelesaiakan masalah ini.

Sunday, 19 April 2015

DAP Memang Tak Boleh Perintah Selain P. Pinang, Tapi?


Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Pas tidak bimbang kerana DAP tidak boleh menang dan memerintah negeri lain selain Pulau Pinang.

“Kita (Pas) berupaya untuk menang sekurang-kurangnya 10 negeri jikalau PR dijaga sebaik mungkin dengan prinsip dan dasar tidak lari dari perjuangan asal.


Usaha Memburukkan dan Membuat Fitnah Kepada Ulama Berjaya. Tahniah


Pertama, saya nak ucapkan tahniah kepada Greenboc yang suka buat fitnah kerana fitnah anda telah berjaya. Nanti mudah anda nak menjawab di sisi Allah apa yang anda tulis. Bila kita tolak hudud, tolak hukum Allah dan kita tolak ulama ini jadinya. Ilmu tinggi sampai pHD tapi malangnya cara berfikir masih kontot macam Dr. Lutfi di atas.


Saturday, 18 April 2015

Fitnah Dari Laman Greenboc dan Siapa Sebenarnya Tukang Fitnah Ini?


Setelah wujud penjelasan daripada Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan juga Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung dengan pertemuan mereka dan apa tujuan mereka berada di Indonasia. Greenboc (Zulkifly Harun) masih lagi menulis berbaur fitnah di lamannya. Saya tak tahu apa mentaliti orang seperti ini, selalu bercakap pasal Islam tetapi masih menyebar fitnah dan suka membuat andaian dan ulasan agama dengan  maklumat yang tidak benar.

Ulas Tulisan Khalid Samad Yang Terbaru


Selepas digelar parasit dalam PAS oleh kumpulan pro ulamak, salah seorang pemimpin yang didakwa liberal telah menyerang balik kumpulan itu malah ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kumpulan yang menggelarkan diri mereka pro ulamak dalam PAS lebih sesuai dipanggil sebagai “Geng Juhala”.