Saturday, 18 April 2015
Usaha Menjatuh Presiden PAS makin giat dengan fitnah baru
Seperti yang kita ketahui sebelum ini, telah banyak fitnah yang dbuat untuk menjatuhkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Fitnah ini telah dijalankan oleh suatu team yang terancang dengan pelbagai isu dan berita siang dan malam dengan posting yang tersusun rapi. Terbaru pertemuan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bersama dengan TS Khalid Ibrahim mengunjungi rakan lama Speaker Dewan Perwakilan Indonesia Bp Irman Gusman di Jakarta telah dijadikan kononnya ini adalah usaha menjadikan TS Khalid Ibrahim MB Selangor semula. Siapa yang menghidupkan api fitnah yang sedang tidur kalau tak PASMA dan JEBON?
Ini rupanya kerja jahat dan kotor seperti disebut oleh Asmuni Awi
Asmuni Awi, masih dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Muktamar walaupun sebelum ini ada banyak kekecohan (keraguan) semasa pengendalian pemilihan tahun lalau telah membuat kenyataan kononnya ada permainan kotor dalam pemilihan PAS kali ini.
Friday, 17 April 2015
Saya Setuju 106% Ustaz Ahmad Awang Jadi Calon Presiden PAS
Sebelum Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberikan gesaan agar PAS Kawasan Bukit Gelugor mencalonkan Ahmad Awang sebagai calon Presiden PAS melawan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, sebenarnya saya telah bersetuju Ustaz Ahmad Awang (sekarang ini telah diangkat menjadi Tuan Guru Ustaz Ahmad Awang oleh facebook2 yang telah bekerja keras untuk misi dan visi ini) menjadi calon Presiden PAS atas beberapa faktor yang sukar ada pada golongan ulama dalam PAS selama ini melainkan ada pada Ustaz Ahmad Awang.
Usaha Mengaibkan Al-Marhum Yusof Rawa, Ustaz Fadhil Noor Serta Ulama PAS
Hari ini Tarmizi Mohd Jam wartawan Harakah yang tamat tempoh kontrak tapi mendakwa di pecat (saya berani berdebat jika dia sudi) telah mengeluarkan satu surat lama Dato' Asri bekas Presiden PAS. Setahu saya yang ada simpanan surat ini ialah Dato' Wan Rahim, orang kuat PASMA kawasan PAS Kota Bahru. Bagaimana TMJ dapat dan apa tujuannya itu kena tanya TMJ dan Dato' Wan Rahim.
Thursday, 16 April 2015
Exco Kesayangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Menjadi Sasaran Kunco PASMA dan Jebon
2 Orang Exco PAS Kelantan telah menjadi sasaran fitnah oleh kunco PASMA dan JEBON, Ayie Prop adalah rakan baik dengan Juragan yang merupakan team PGS Pas Pusat di bawah kendalian Dr Hatta Mohd Ramli.
Tuesday, 14 April 2015
Serangan dan Fitnah Kepada Golongan Ulama PAS makin keras
Buku risalah Siapa Perosak Sebenar PAS? telah dijumpai teredar disekitar Batu Caves. Buku ini menyerang golongan yang disebut sebegai PARASIT dalam PAS. terdapat 8 senarai nama yang didahulukan dengan nama AJK PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli yang juga dikaitan antara perancang menjatuhkan Presiden PAS Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang.
Thursday, 9 April 2015
Pesuruhjaya PAS Melaka Kalah Bertanding Jawatan YDP PAS Kawasan Alor Gajah
Kita masih ingat lagi dalam isu MB Selangor, Adly Zahari Pesuruhjaya PAS Melaka telah membuat kenyataan terbuka dalam Malaysiakini mengkritik Presiden PAS YAB DS Abdul Hadi Awang. (Boleh baca di sini)
Tindakan membelakangkan Presiden PAS ini dlihat sangat tidak kena dan sebenar tidak disenangi oleh ahli-ahli PAS Melaka.
Tuan Ibrahim Tuan Man Di Fitnah Lagi Oleh Jebon & PASMA
Makin hari makin banyak pendedahan tentang rancangan menjatuhkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah membuatkan kumpulan atau kunco yang dikenali Jebon atau PasMa mula gelisah dan menggunakan tektik kotor untuk menyekat pendedahan demi pendedahan yang dibuat terutama kepada Facebook Tok Usin Ceroi (TUC).
Wednesday, 8 April 2015
Kunco-kunco PASMA dan JEBON Edar Senarai Nama Bohong Ponteng Sidang
Rang Undang- Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 bagi menangani militan di negara ini diluluskan tanpa pindaan pada 2.25 pagi Selasa, selepas dibahaskan lebih 14 jam di Dewan Rakyat
POTA diluluskan selepas undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan).
Saturday, 4 April 2015
Kenapa Pilih Jalan Fitnah Untuk Halang Hudud?
Apabila Berita Harian (BH) menyiarkan berita kononya Mohd Amar berkata Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberi amanat sebelum meninggal dunia untuk berbaik-baik dengan UMNO, portal-portal pembangkang sepeti Malaysian Insider, Malaysiakini terus menyiarkan berita tanpa usul periksa. Ya sudah tidak ada lagi etika kewartawanan yang menyiasat dan mendapatkan kesahan sesuatu maklumat.
Subscribe to:
Posts (Atom)








